Bab 30

Romance Series 32332

“Tahniah puan Vienna.Puan mengandung anak kembar"kata doktor Rina sambil tersenyum.

Aku tergamam.Dalam hati ingin melompat gembira.Tepat tekaan ibu mengatakan aku mengandung kembar.

“Syukur alhmdulillah"ucapku sambil meraup muka.

“Dan ada lagi satu berita gembira"balas doktor Rina.

“Apa dia doktor?"

“Kandungan puan sepasang."

“Maksud doktor,saya bakal dapat baby boy and girl?"ajuku dengan riak gembira.Doktor Rina hanya mengangguk.

Alangkah bahagianya jika Eiyad ada sama dengar kata doktor Rina.Aku tak sabar nak maklumkan pada Eiyad.Rasa lama pula Eiyad ke Turki sedangkan baru pagi tadi Eiyad pergi.

Malam harinya aku menghubungi Eiyad.Suaranya agak serak dan sesekali dia batuk.Aku mula merasa risau.Eiyad beritahu aku bahawa dia demam dan muntah-muntah.Dia sempat bergurau memaklumkan bahawa dia demam rindu.Lepas itu dia mahu menyedapkan hati aku,dia kata mungkin perubahan cuaca.

Aku tidak jadi nak beritahu berita gembira itu.Rasa tidak puas jika tidak melihat sendiri reaksi Eiyad tatkala aku memaklumkan bahawa aku mengandung anak kembar.Aku juga tidak memberitahu sesiapa.Aku nak Eiyad orang pertama tahu.Aku menatap photo Eiyad selepas menamatkan panggilan.Rasa rindu menerpa.

Bunyi ketukan pintu bilik mengejutkan aku.Aku lihat mama masuk ke dalam bilik sambil menatang dulang makanan.Aku jadi serba salah.

“Kenapa mama bawa makanan masuk bilik?Vie boleh turun ke bawah la"kataku.

“Vie kan tak sihat.Mama bawa makanan naik atas.Jadi Vie tak payah susah-susah turun"jawap mama sambil meletak dulang makanan ke atas meja.

“Loya sikit je mama.Bukan teruk pun"balasku lalu bersila atas katil.

“Nampak dah sarat perut Vie ni.Jangan-jangan kembar tak?Appointment tadi macam mana?"mama mengusap perutku.

“Appointment okay mama"jawapku ringkas.Sengaja tidak mahu mengiakan tekaan mama.

“Vie makanlah,mama keluar dulu"kata mama lalu berjalan keluar dari bilik.Aku memandang sepi makanan atas meja.Tidak ada selera.Makin bertambah usia kandungan,makin menjadi morning sickness.

Pagi keesokan harinya aku bersiap untuk keluar.Aku lihat mama sedang menghidangkan sarapan pagi atas meja.Nenek pula membaca surat khabar.

“Morning ma,nenek"sapaku lalu menarik kerusi duduk sebelah nenek.

“Morning Vie"balas mama dan nenek serentak.

“Vie nak kemana ni?"soal nenek sambil melipat surat khabar lalu memandangku.

“Vie nak shopping barang baby sikit"jawapku sambil mengambil sekeping roti.

“Kalau macam tu,mama ikut la"pinta mama.

“Nenek pun nak ikut.Bosan duduk rumah"balas nenek membuat aku tersenyum.

“Baiklah ma,nenek.Kalau ada mama dengan nenek tak adalah Vie kekok nak pilih barang baby.Maklumlah anak first."

Selesai bersarapan,kami bergerak ke shopping mall.Kebetulan papa cuti,terpaksalah papa jadi pemandu kami hari ini.Aku masuk ke dalam butik anakku.Mata aku rambang,tak tahu nak pilih yang mana satu.

“Vie dah tahu ke jantina baby?"soal mama.

Aku hanya menggeleng.Aku capai beberapa helai baju.Akhirnya aku memilih setiap pasang baju aku ambil dua helai.

“Kenapa Vie ambil baju yang sama tapi dua helai?"nenek pelik melihatku.

“Cute sangat nenek"jawapku sambil mengusap perut.

“Biasalah Umi,anak first memang excited sikit.Macam saya masa mengandungkan Eiyad dulu.Kalau boleh sekali dengan mall saya nak beli"mama tergelak bercerita kisah lama.

“Kamu tu obses sangat.Sampai penuh almari dengan baju anak"balas nenek.

Aku berasa sangat disayangi.Aku memeluk tangan nenek sambil melentokkan kepala ke bahu nenek.Nenek mengusap pipiku lembut.Nenek selalu manjakanku sejak dia dapat terima kehadiran aku dalam keluarganya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience