Bab 26

Romance Series 32332

Aku berdiri di sebalik tiang memerhati kemeriahan majlis perkahwinan.Aku tidak pasti majlis siapa.Paluan kompang menarik perhatianku.Aku lihat kedua mempelai berjalan perlahan melalui karpet merah.Sewaktu mereka berjalan menghampiri aku,aku terkejut lihat Eiyad dan Tisha.Aku segera menerpa tubuh Eiyad.

“Abang!Apa semua ni?"

“You tak ada hak nak sentuh dia,dia milik i sekarang"balas Tisha sambil menolak tubuhku.Eiyad hanya memerhati.

“Apa salah saya,abang?Sampai hati abang buat saya macam ni"aku mula mengalirkan air mata.

“Aku dah tak ada hati pada kau.Sepanjang kita bersama macam-macam musibah datang.Kau pergi sekarang!Aku benci tengok kau!"depan orang ramai Eiyad menengkingku.Tisha tsrsenyum menang.

Aku memakukan diri dan tidak berganjak dari situ.

“Mulai saat ini,Nur Vienna Sofia binti Amarullah aku ce..."belum sempat Eiyad menghabiskan kata-katanya aku memeluk kaki Eiyad.Meraung merayu jangan teruskan.Tisha menarik kasar tubuhku lalu menolak sekuat hati.Aku terjelepuk atas tanah kemudian pandanganku berpinar-pinar dan terus kelam.

Seperti terjaga dari lena yang panjang,aku tersedar.Aku cuba untuk bangun tapi tidak berdaya.Wayar berselirat di tubuhku.Aku lihat Eiyad sedang lena sambil memegang jari jemariku.Aku menggerakkan jari membuat Eiyad tersedar.Dia bingkas bangun lalu berlari keluar.Tidak lama kemudian dia masuk kembali dengan seorang doktor.

Doktor itu memeriksa aku kemudian tersenyum lega.Dia bercakap sesuatu pada Eiyad di sudut bilik.Aku tidak dapat mendengarnya.Eiyad meraup mukanya dengan tapak tangan sambil tersenyum.Tak henti dia mengucap syukur.

“Alhamdulillah,sayang dah selamat"kata Eiyad setelah doktor itu keluar.Dia mengenggam erat jemariku sambil mencium beberapa kali.Aku mula teringat apa yang Eiyad buat pada aku.Aku menarik kasar tanganku dan melemparkan pandangan ke arah lain.Eiyad terkesima dengan perlakuanku.

“Kenapa sayang?"

“Pergilah pada Tisha.Bukankah abang dah kahwin dengan Tisha?"jawapku.Air mata mula mengalir.

“Apa yang sayang cakap ni?Bila masa abang kahwin dengan Tisha?"

“Kenapa tak nak mengaku?Abang cakap abang benci pada saya.Abang juga cakap sejak kita bersama macam-macam musibah menimpa."

“Apa yang sayang merepek ni?"Eiyad ketawa kecil membuat aku memandangnya.

“Bila masa abang kahwin dengan Tisha?Sedangkan tiga bulan abang teman sayang dekat sini.Sayang koma selepas terjatuh masa kita diculik haritu.Ingat?"Soal Eiyad sambil merenung ke dalam anak mataku.

Alhamdulillah.Aku bersyukur dalam hati.Ternyata itu hanya mimpi.Aku menarik tangan Eiyad lalu menyalam lama tangan Eiyad.Aku masih diberi kesempatan untuk bersama Eiyad.

“Maafkan sayang kerana tuduh abang melulu"

“Tak apa sayang,yang penting sayang dah selamat.Syukur alhamdulillah"Eiyad mengucup dahiku.

“Siapa punya angkara?"soalku.

Eiyad melepaskan keluhan berat lalu duduk di atas kerusi.

“Christine"jawap Eiyad sepatah.

“Siapa Christine?"soalku lagi.Selama bersama Eiyad aku tidak pernah mendengar nama itu.

“Stewardess.Dia dah lama jatuh hati pada abang.Tapi abang tolak cinta dia kerana berlainan agama.Macam-macam dia buat untuk menarik perhatian abang,tapi abang tak pernah layan.Abang tak sangka,sampai macam ni dia berdendam."

“Tisha dan Khalish juga sudah ditahan polis kerana bersubahat dengan Christine dengan tuduhan menculik dan cubaan membunuh.Hukuman dah dijatuhkan,mereka dipenjara.Christine pula tidak dapat diselamatkan kerana peluru tembus pada jantung dia.Apa yang penting sekarang sayang kena cepat sembuh.Abang rindukan sayang"Eiyad mengenyit mata padaku.Laju saja tanganku menampar bahu Eiyad.

“Vie!Syukur kamu dah selamat"Ibu masuk ke dalam wad yang aku diami selama tiga bulan ini lalu menerpa ke tubuhku.

Mama,papa,Puan Maryam,Eiyana dan atok juga melawatku di hospital.Nenek Eiyad yang duduk di Kuantan pun ada sama.Puan Maryam menghampiriku lalu memegang tanganku.

“Maafkan nenek Vie.Nenek banyak buat salah pada Vie.Nenek baru sedar yang mana kaca dan yang mana permata.Selama ini nenek buta,tak nampak kebaikan Vie.Maafkan nenek"ucap Puan Maryam dengan wajah kesal.

“Nenek tak bersalah,Vie redha dengan suratan takdir dan Vie harap keluarga kita bersatu selamanya"balasku sambil mengucap syukur dalam hati.

“Cepat sembuh Vie,kami tak sabar nak timang cucu"kata mama membuat suasana riuh dengan gelak tawa.Muka Eiyad sudah mula kemerahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience