Bab 12

Romance Series 32332

Malam itu aku memakai gaun kembang yang diperbuat dari kain satin.Ditambah pula kain lace warna gold dari paras pinggang ke bawah.Aku juga menyarung shawl warna gold.Eiyad sempat menghulur satu bungkusan sebelum kami pulang petang tadi.Dia menyuruh aku memakainya untuk malam ni.Pandai Eiyad pilih.

“Eiyad belum sampai?"Hana tiba-tiba menegurku.Entah dari mana muncul.

“Not yet."Ringkas aku membalas sambil menyarung high heel.

Hatiku masih tertanya-tanya apa tujuan Eiyad mengajakku ke rumah ibu bapanya.Aku berjalan ke sudut taman yang aku deco sendiri.Nama pun interior designer,setakat taman ni,sebelah mata aje aku buat.Aku puji diri sendiri dalam hati.Perasan.

Kereta Eiyad berhenti betul-betul di hadapan pintu pagar.Aku dan Hana berpandangan.

“Princess,your prince dah sampai"usik Hana sambil ketawa kecil.

Aku menjengil mata padanya.Hana menghantar aku sampai ke pintu pagar.Aku termangu lihat Eiyad keluar dari kereta.Dia tersenyum manis sambil membuka pintu sebelah tempat pemandu.

Nampak tampan Eiyad mengenakan kameja dan blazer putih.Seluar dan kasutnya juga warna putih.Mukanya dah bersih.

“Kalau iya pun,tutuplah sikit mulut tu"Hana berbisik ke telingaku membuat aku tersedar dari lamunan.

“Ehemm"aku berdehem sikit sambil menutup mulut.Mukaku merona merah.

“Awak tolong jaga kawan saya ni baik-baik.Kalau terjadi apa-apa,awak orang pertama yang saya cari"pesan Hana berbaur ugutan.

Eiyad ketawa besar sambil mengangguk beberapa kali.Aku segera memeluk Hana sambil tersenyum.

“Aku gerak dulu Hana"

“Okay,tapi ingat kau kena balik sebelum jam 12.Kalau lebih jam 12,Range rover ni bertukar jadi labu.Kau pun jadi selekeh"kata Hana cuba berseloroh.

“Apalah kau ni.Suka tengok cerita dongeng,dah terpengaruh."Balasku sambil menggeleng kepala.

Eiyad hanya tersenyum dan masuk ke dalam kereta.Dia memulakan pemanduannya.

“Untung kau dapat housemate happy go lucky."

Aku hanya tersenyum sambil memandang Eiyad.Mukanya nampak ceria,tidak seperti petang tadi.

“You're right.Saya saja ajak dia duduk sekali dengan saya sementara cuti sem.Sejak ada dia,memang saya tak sunyi.Nampak macam brutal,tapi hati dia lembut"balasku memuji Hana.Sejak ada Hana segala makan pakai aku,dia siapkan.

Eiyad hanya mengangguk dan menumpukan perhatian di hadapan.

“Hari ni kami celebrate birthday nenek.Tapi bukan nenek yang kat kampung.Ni nenek sebelah mama aku.Garang dan cerewet orangnya."kata Eiyad.

“Awak nak saya buat apa?"

“Nanti kau bagi bungkusan ni pada nenek.Pandai-pandailah kau ambil hati nenek."jawap Eiyad sambil meletakkan bungkusan kecil di atas ribaku.

“Oh ya,sebelum aku lupa,kemungkinan ada seorang girl ni dia selalu ada dengan nenek.Nama dia Tisha.Dia ni kaki kipas nenek,no wonder la dia selalu bodek nenek untuk rapat dengan aku.Tapi aku sikit pun tak ada perasaan pada dia.Aku nak kau selalu ada dekat sebelah aku dan pura-pura jadi kekasih aku."Kata Eiyad panjang lebar.

Kalau jadi kekasih betul pun apa salahnya?.Bisikku hanya dalam hati.Nakal.

Eiyad membelok kereta memasuki halaman banglo besar.Nampak mewah.Aku terpegun melihat apa yang terpamer depan mata.Betul-betul kaya keluarga Eiyad.

“Mari"ajak Eiyad sambil menarik perlahan lenganku.

Kelihatan satu pasangan suami isteri sedang berbual.Eiyad melambai ke arah mereka sambil tersenyum.

“Assalamualaikum papa,mama."Ucap Eiyad sambil menyalam tangan kedua ibu bapanya.

“Waalaikummussalam."Balas kedua mereka serentak.

Tidak hairanlah dari mana Eiyad mewarisi hidung mancung dan kulit putih.Ibunya berketurunan arab.

“Eiyad nak kenalkan,ini Nur Vienna Sofia.Someone special for me."Kata Eiyad memperkenalkan aku kepada ibu bapanya.

Aku terus menyalam tangan mama Eiyad.Setelah itu aku menunduk tanda aku hormat papa Eiyad.

“You look so beauty.Kalau ini pilihan Eiyad,mama setuju."puji mama Eiyad membuat mukaku merona merah.

“Insyaallah mama,andai ada jodoh kami.Eiyad akan mempercepatkan urusan."

Jantungku berdegup kencang tatkala Eiyad berkata begitu.Aku tahu itu hanya dari mulutnya dan bukan dari hati.

“Mana nenek?"Aju Eiyad.Matanya melilau mencari neneknya.

“Ada di dalam.Dengan Tisha.Vienna silalah masuk.Makan."Pelawa mama Eiyad.

“Thanks aunty...."aku ingin tahu nama mama Eiyad.

“Aunty Zahara.Nak paggil mama pun boleh.Ini Uncle Eizlan."Aunty Zahara memperkenalkan dirinya dan suami.

“Thanks aunty,uncle.Vie masuk dulu ya."Aku meminta diri.

Eiyad berjalan di sebelahku sambil membisik sesuatu.

“Betul cakap mama,kau memang cantik.”

“Nonsense."Balasku menafikan.Padahal dalam hati berbunga-bunga.

“Hai nenek."Sapa Eiyad menyalam tangan neneknya.

“Hai my lovely grandchild.Long time no see.You look so handsome tonight."

“Hai Eiyad."Sapa gadis di sebelah nenek Eiyad.Mungkin ini Tisha,gadis yang Eiyad sebut tadi.

Nampak agak sombong.Dari tadi merenungku tajam seolah-olah nak telan aku hidup-hidup.Dia memeluk lengan Eiyad.Aku lihat Eiyad segera menepis.

“Let me introduce.My future wife,Nur Vienna Sofia."Eiyad memperkenalkan aku pada nenek dan Tisha.

Terjegil biji mata Tisha mendengar.Dia diam untuk beberapa ketika.

“Happy belated birthday nenek.This is for you." Aku menghulur bungkusan hadiah pada nenek Eiyad.

Nenek Eiyad mencebik lalu mengambil bungkusan itu dari tanganku.

“Nampak murah hadiah ni,tapi i appreciate.Tak setanding hadiah Tisha bagi pada i.Lagi satu,jangan panggil nenek,just call me puan Maryam.You're nobody in my house."Bunyinya agak angkuh.Betul kata Eiyad neneknya seorang yang cerewet dan garang tambah sombong.

Tisha tersenyum seolah mengejekku.Aku lihat pakaiannya dari atas sampai bawah.Subhanallah,tak cukup kain.Mukanya putih melepak.Kontra dengan warna kulit badannya.Muka cantik tapi make up tebal berinci-inci.Astaghfirullah,aku istighfar dalam hati.Tak baik menghina orang.

“Eiyad,i laparlah.Jom teman i makan."Tisha menyeluk tangan ke lengan Eiyad.

“Excuse me."Eiyad menepis tangan Tisha.

“Sayang,jom pergi.Tak selesa dekat sini."Ajak Eiyad sambil menarik lenganku pergi dari situ.

Aku lihat Tisha menghentak kaki memberontak sambil membuat muka kecewa.Macam tu punya perangai pun ada.

Eiyad memperkenalkan aku pada kawan-kawannya.Eiyad khusyuk bersembang.Aku mula bosan sebab topik yang mereka bualkan pasal kerja.Mungkin sama-sama pilot kot.Aku membuat andaian.

“Saya nak pergi ambil air."Aku berbisik di telinga Eiyad.

Eiyad hanya mengangguk lalu mengukir senyuman.

Aku menuju ke meja minuman dan mengambil secawan air.Sewaktu aku mahu melangkah pergi,seseorang mencengkam pergelangan tanganku kuat.

Aku melihat Tisha membuat muka tidak puas hati.Tangannya tidak melepas pergelangan tanganku.

“Lepas!Sakitlah."

“Aku nak warning kau.Tinggalkan Eiyad."

Aku ketawa kecil sambil menarik tanganku dari terus dicengkam.

“Siapa kau nak beri arahan pada aku?"

“Berani kau cakap macam tu!"Tisha mengangkat tangan mahu menamparku tapi dihalang oleh seseorang.

“It's too much!Berambus dari sini."Tengking Eiyad

“How could you.Sebabkan perempuan ni you tengking i depan orang ramai.Tak apa Eiyad,satu hari nanti i percaya you akan melutut tagih cinta i.You akan menyesal."Kata Tisha berbaur ugutan.Dia melangkah pergi.

“Eiyad,saya rasa tak sedap badan.Hantar saya balik."Pintaku.

“Baiklah.Aku pergi jumpa mama dan papa sekejap."Laju langkah Eiyad menuju ke arah Aunty Zahara dan Uncle Eizlan.

“Kau okay tak ni?"Soal Eiyad setelah kami masuk ke dalam kereta.

“I'm okay."jawapku sambil menyandarkan badan.

“I'm sorry,aku tak sepatutnya biarkan kau tadi.Sedangkan aku tahu Tisha pantang dapat peluang.Mesti dia attack kau."

“It's okay."Balasku ringkas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience