Bab 18

Romance Series 32332

Hana menjemputku di pejabat.Dia meminjam keretaku pagi tadi untuk membeli barang sebelum balik ke Australia.Aku masuk ke dalam kereta.

“Vie,sebelum balik rumah boleh tak kau teman aku pergi shopping sikit?"tanya Hana sambil mengerdipkan matanya beberapa kali.Ingat comel?

“Aku penatlah.Hari ni banyak betul kerja.Esok boleh?"aku memberi alasan.memang badanku terasa penat.Keluar meeting,kena present design terbaru,jumpa client.

“Alaa...Please."Hana mula merengek.

“Yelah."Akhirnya aku akur.

“Thanks Vie.You're best friend forever."ucap Hana lalu memulakan permanduan.Aku di sebelah ralit menelek handphone.

Sudah sebulan Eiyad menyepi.Tanpa ada khabar berita.Aku call selalu masuk peti suara menandakan dia menutup telefon.Kadang-kadang aku stalk akaun fac dia.Last update status bulan lepas.Semasa kami di kampung.

Eiyad betul-betul menjauhkan diri dari aku.Bukankah ini yang aku mahukan?Aku sendiri yang buat keputusan itu.

Jalan di Bukit Bintang agak sesak.Waktu puncak begini orang berpusu-pusu pulang dari tempat kerja.Perjalanan makan masa hampir 1 jam.Hana memasuki parking lot.Setelah mendapat parking,kami berjalan keluar masuk ke dalam bangunan Lot 10.

Hana masuk ke dalam butik Zara lalu membelek beberapa helai baju.Aku duduk di luar sambil menunggu Hana.Aku toleh ke tepi,aku nampak macam susuk tubuh Eiyad.Sneakers putih yang tersarung dikakinya itu buat aku cam sangat.

Aku berlari mengejar Eiyad.Aku menarik bahu membuat dia berpaling memandangku.Eiyad nampak kaget.Dia seperti mahu melarikan diri,tapi aku sempat menarik tangannya.

“Where have you been?How are you?"Soalku sambil memerhati Eiyad.Penampilannya nampak santai.Dia memakai kameja jeans lengan pendek dan short pants jeans.

“I'm always fine.How about you?"Eiyad nampak gelisah sambil memerhati ke dalam butik Zara.

“I'm fine"jawapku ringkas.

Seorang gadis tinggi lampai menuju ke arah kami.Cantik.Kulitnya putih dan hidungnya mancung.Jauh beza denganku.

“Hai,i'm Eiyana.Saya..."Belum sempat dia memperkenalkan diri dia,Eiyad lantas memotong.

“She is my fiance and we will married next month"balas Eiyad.Gadis itu mengerutkan dahi.

Aku terkedu mendengarnya.Patutlah Eiyad dah jauhkan diri dariku,rupanya dia dah ada orang lain.Bakal berkahwin bulan depan.Akhirnya aku melepas.

“Congratulation.Jangan lupa invite"ucapku dalam nada sedikit kecewa.

“Thanks."Eiyad segera menarik tangan Eiyana.

“Siapa perempuan cantik tu?"soal Hana.

“Tunang Eiyad."

“Wow..cantiknya.Tapi kau lagi cantik"puji Hana.Entah ikhlas atau tak,aku pun tak tahu.

Aku memandang sepi ayam goreng mc'D di hadapanku.Padahal fast food ini yang paling aku suka makan.Seleraku mati.Masih terbayang-bayang Eiyad dan tunangnya.Nampak sangat sepadan.Hati aku mula merasa cemburu.

“Dah macam frust menonggeng aku tengok kau ni.Lupakanlah Eiyad tu.Doakanlah kebahagiaan dia"Kata Hana lalu meneguk air coke.

“Excuse me"sapa Eiyana terus duduk di hadapanku.

“Cik Eiyana,mana Eiyad?"soalku sambil melilau mata mencari bayangan Eiyad.

“Panggil Yana aje kak.Abang Eiyad dah balik"jawap Eiyana.Nampak muda sangat Eiyana.Mungkin baru lepasan sekolah menengah.Tak kan ini taste Eiyad.

“Nama kakak Vienna kan?"tanya Eiyana sambil tersenyum.Mukanya ada iras-iras Eiyad.

“Macam mana Yana tahu nama akak?"aku mengerutkan dahi.Agak pelik.

“Dulu abang Eiyad selalu cerita pasal akak kat Yana.Yana pun teringin nak berkenalan dengan akak.Sejak akhir-akhir ni abang Eiyad dah tak pernah bercerita pasal akak.Tiap kali Yana tanya,abang Eiyad mesti melenting.Yana tak tahu masalah both of you.Tapi Yana yakin mesti ada sesuatu yang tak kena sampai abang Eiyad buat statement yang Yana ni tunang dia."Jawap Eiyana panjang lebar.

“Jadi korang berdua adik beradik?"

“Yes,you're right.Dia abang saya.Satu-satunya abang yang saya ada."

“Jadi apa motif abang Yana buat statement begitu?"

Eiyana sekadar menjungkit bahu sambil mencebik bibir tanda tidak tahu.

“Aku rasa Eiyad merajuk dengan kau."Hana menyampuk.

“Yana pun rasa begitu,akak kena pujuk abang Eiyad.Yana dah lama tak lihat abang Eiyad happy"balas Eiyana pula.

“Okay,it was my fault.But how?"

Eiyana ber bisik sesuatu padaku dan Hana.Aku sekadar mengangguk beberapa kali.Setuju dengan pendapat Eiyana.

“Okay akak,i have to go.Yana call grab tadi,lagi berapa minit nak sampai.Sengaja suruh abang Eiyad balik tadi,kalau tak Yana tak dapat kenal dengan akak.Nice to meet both of you.See you next time"Kata Eiyana berlalu pergi.

Aku merasa kembali bersemangat.Tanganku pantas menyuap ayam ke dalam mulut.

“Aku ingatkan tak lalu makan.Baru aku nak rembat ayam kau"kata Hana membuat aku melepaskan tawa.

“It's mine.Kalau kau nak,beli lain"balasku bersahaja.

Hana menjulingkan mata ke atas sambil menayang muka comel.

Malam itu aku memandu kereta dengan berhati-hati menuju ke Bukit Ampang.Menurut Eiyana,abangnya selalu pergi ke sana jika tiada duty.Harap-harap Eiyad ada di sana.

Aku menghela nafas lega tatkala melihat kereta Eiyad di tempat parkir.Aku keluar dari perut kereta lalu mencari kelibat Eiyad di barisan gerai makan lereng bukit.Aku tersenyum tatkala Eiyad duduk di meja makan menghadap permandangan indah kota metropolitan Kuala Lumpur.Ternyata permandangan pada waktu malam sangat cantik.

“Hai"sapaku membuat Eiyad tersentak.

Aku segera duduk di atas kerusi tanpa disuruh.Eiyad diam dan tidak memandangku.Matanya kembali memandang ke depan.Aku menarik nafas dalam-dalam lalu menghembus perlahan.

“Awak masih marah?"soalku.

“Macam mana kau tahu aku kat sini?"pertanyaan di jawap dengan pertanyaan.

“Eiyana beritahu saya."

“So,kau dah tahu hal sebenar?"

Aku hanya mengangguk.

“I'm really sorry.I know It's hard to forget.Tapi saya tahu kesilapan saya.Maybe you can give me another chance.I really miss you and i really love you."kataku sedikit merayu.

Eiyad masih tidak memandangku.Keras sungguh hati Eiyad.

“Aku dah move on.Tapi kenapa selepas aku lupakan kau,kau tiba-tiba muncul?Kau hancurkan perasaan cinta aku pada kau.Kau sendiri buat keputusan tanpa soal perasaan aku pada kau.Kau tahu tak betapa peritnya hidup aku selepas kau melarang aku jumpa kau."Luah Eiyad

“Jadi selama ni awak cintakan saya?"

Eiyad hanya diam membisu.Mengangguk tidak menggeleng pun tidak.

“Kenapa awak tak terus terang pada saya?Jadinya saya tidak bertepuk sebelah tanganlah ni?"

Aku mengeluarkan kotak kecil dari tas tangan aku lalu menolak kepada Eiyad.Eiyad memandang kotak yang berisi sebentuk cincin platinum lelaki bertatahkan batu zamrud putih.

“Eiyad saya tahu ini masih terlalu awal,tapi will you marry me?Saya tak kisah awak nak cakap saya perigi cari timba atau apa,yang penting saya tak nak kehilangan awak."Kataku tanpa segan silu.

“Kau tak nak kehilangan aku atau kau desperate?"

“Dua-dua sekali."Jawapku sambil tersenyum.

Eiyad kembali berdiam diri.Langsung tidak menyentuh cincin itu.

“Kalau tak sudi tak apalah"sambungku lalu menarik kotak cincin.Eiyad lantas menarik kotak itu.

“Siapa kata aku tak sudi.Tapi tak romantik cara kau lamar aku.Tak ada privacy."Rungut Eiyad.

Aku memandang sekeliling.Ada satu pasangan memandang ke arah kami.Mereka segera berpaling sambil tersenyum setelah melihat aku memandang ke arah mereka.Hishh!Sibuk aje.

“Okay apa.Berlatarkan permandangan neon kota Kuala Lumpur"balasku.

Eiyad menyarung cincin ke jari manisnya.Muat-muat.Sesuai dengan kulitnya yang agak cerah.Pandai juga aku pilih.Perigi cari timba,jarang dibuat orang.

“Aku akan beritahu parents aku tentang hal ini.Aku akan suruh mama hantar rombongan meminang ke rumah kau"ujar Eiyad.

Aku hanya mengangguk.Sekejap aje rajuk Eiyad.Tapi sekejap itulah yang buat aku tak senang duduk.Bak kata pepatah makan tak kenyang,tidur tak lena dan mandi tak basah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience