Bab 7

Romance Series 32332

Aku menarik nafas beberapa kali kemudian hembus perlahan bagi menghilangkan resah di hati.Sebelum ini bukan tak pernah jumpa client,tapi entah kenapa kali ini hati aku berasa lain.

Aku melangkah masuk ke dalam cafe.Aku ambil handphone dari tas tangan dan dail nombor client itu.Setelah talian bersambung,aku lihat seseorang melambai ke arahku sambil tangan sebelah kananya menekap handphone di telinga.Aku segera menuju ke arahnya.

“Excuse me,ni encik Khalish?Anak Tan Sri Adnan?"tanyaku ragu-ragu.Takut tersilap orang.

“Yup.Just call me Khalish.Have a seat and nice to meet you"pelawa Khalish.

“Thanks"ucapku sambil duduk di atas kerusi.

“Straight to the point,seperti yang kami sedia maklum encik tidak berpuas hati dengan projek renovation yang sedang kami jalankan di kondo encik.Tan Sri minta kami hentikan kerja-kerja renovate buat sementara waktu dan ini ada beberapa contoh design yang baru.Encik pilih yang mana encik suka atau encik ada idea konsep yang macam mana encik suka?"

“Panggil Khalish cukup.Tak perlulah formal sangat"pinta Khalish sambil membelek file design yang aku bawa tadi.

“It's okay encik.Sekarang waktu kerja,saya perlu bersikap formal"jawapku.

Khalish hanya mencebik bibir.Raut wajahnya nampak matang walaupun usianya masih muda.

“Saya lebih suka konsep ala inggeris.Warna putih diutamakan.Dari segi perabot pun saya mahu warna putih.Bukan tak cantik konsep yang awak buat sekarang tapi terlalu moden dan terlalu umum sangat.Ramai sangat orang buat konsep macam itu"kata Khalish sambil memandang wajahku.

“Kalau macam tu,saya akan menggunakan perabot jenama vantage.Encik setuju?"

“Good idea"jawap Khalish sambil mengangguk kepala beberapa kali.

“Actually,kondo tu dah lama kosong.Saya lebih selesa duduk dengan parents saya.Cuma sekali sekala kalau saya nak privacy,saya akan ke sana.Tapi saya bakal berkahwin dua bulan lagi,itulah saya nak renovate.Tak sangka pulak pilihan design daddy saya tak kena dengan taste saya.Daddy saya pula tak bincang dengan saya tentang konsep yang saya nak.Itulah saya minta tukar konsep."panjang lebar Khalish memberi keterangan.

Aku hanya mengangguk beberapa kali.

“Awak dah kahwin?"tanya Khalish.

“Not yet.Belum sampai seru"jawapku.

“Awak memilih sangat kot?"duga Khalish.Matanya merenung tajam ke mukaku.

Aku mula rasa tidak selesa.Aku segera kemas file di hadapanku dan bingkas bangun.Lagi lama dekat sini lagi rimas.Dasar mata buaya.

“I need to go.Kalau tidak ada masalah esok saya dan kontraktor akan mulakan kerja.Thanks encik Khalish.See you next time"aku segera melangkah laju meninggalkan Khalish.

Entah macam mana sewaktu aku berjalan laju menuju ke kereta kaki aku terpelecok.Ada seseorang menyambut tubuhku dari jatuh.Rasa sakit teramat sangat di bahagian buku lali membuat aku rasa dunia kelam.

Aku membuka mata dan pandang sekeliling.Macam mana aku boleh berada di hospital? Suasana agak suram.Aku lihat seseorang sedang duduk berteleku atas sejadah.Aku capai handphone di atas almari sisi tepi katil.Pukul 3 pagi.Aku mengerutkan dahi.Siapa dia?

Seusai mengaminkan doa,dia bingkas bangun dan melipat sejadah.Kemudian dia jalan menghampiri katilku.Eiyad?

“Awak dah sedar?Baguslah"Eiyad duduk di atas kerusi.

“Macam mana saya boleh ada dekat sini?"soalku dan cuba duduk bersandar.Eiyad segera meletak bantal di belakangku.

“Awak pengsan depan cafe tadi.Doktor dah x-ray kaki awak.Tak ada patah cuma terseliuh.Kalau tak ada masalah esok dah boleh discharge"jawap Eiyad.

“Terima kasih sebab awak dah tolong saya.Bila awak balik dari Sydney?"

“Pagi semalam.Seminggu dekat sana asyik teringat kat awak aje.Itulah sebab sampai saja saya terus pergi office awak.Adam cakap awak jumpa client dekat cafe"jawap Eiyad panjang lebar.

Perutku mula berkeroncong.Berbunyi kuat pulak.Eiyad melepaskan tawa kuat.Mukaku merona merah menahan malu.Satu hari kot tak makan.

“Saya ada tapau makanan dari rumah mama saya tadi.Saya tahu awak mesti lapar.Tak makan dari pagi kan?"

Tangan Eiyad laju membuka thermos makanan.Eiyad mengambil sudu dan menyua bubur ayam yang masih hangat ke mulutku.Aku cepat menolak.

“Encik Eiyad,yang sakit kaki saya.Tangan saya normal lagi.Saya boleh suap sendiri"kataku dan merampas sudu di tangan Eiyad.

“Garangnya.Tahu lah lapar"Eiyad cuba berseloroh.

“Oh ya,mama saya suggest esok lepas awak discharge dia mahu saya bawa awak ke rumah saya.Kaki awak tu kena urut.Kalau tak bengkak nanti"kata Eiyad.

“Tak payahlah awak,sikit je ni.2 atau 3 hari nanti okaylah ni"balasku.

“Degil"bisik Eiyad perlahan tapi aku dapat mendengarnya.

“Saya rasa awak dah boleh balik.Saya dah okay.Lagipun hari dah lewat ni.Awak pun kena berehat kan?"

“Dah alang-alang nak masuk waktu subuh ni,better saya stay sini kot.Pagi esok tunggu keputusan doktor sama ada awak boleh discharge atau tak"Eiyad bangun dan berjalan ke arah sofa.Dia melabuhkan badannya ke atas sofa.

“Dah siap makan nanti awak sambung tidur"arahnya sambil memejam mata.

Kenapalah baik sangat Eiyad ni?Dia nak mengurat aku ke?Nonsense.Vienna,kau jangan nak perasan okay.Aku bermonolog dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience