Bab 31

Romance Series 32332

Aku tersedar tatkala mendengar suara orang mengangkat takbir.Perlahan-lahan aku menyandarkan badan di kepala katil.Pandanganku tertancap ke sudut katil.Eiyad sedang menunaikan solat.Aku menoleh ke arah jam loceng di atas almari sisi katil.Lebih kurang pukul tiga pagi.Bila Eiyad sampai?.Soalku dalam hati.

Tersentuh hatiku tatkala Eiyad mendoakan kesejahteraan diriku dan bayi dalam kandungan.

“Amin ya rabbal alamin"Eiyad meraup mukanya dengan kedua belah tangan setelah mengaminkan doa.Dia melipat sejadah dan menoleh ke arahku.

“Assalamualaikum sayang"ucap Eiyad lalu meletakkan belakang tangannya ke dahiku.Aku merasa pelik.

“Waalaikummussalam.Bila abang sampai?"soalku lalu menyalam tangan Eiyad.

“Tengah malam tadi,mendarat saja abang terus minta Zahran hantar balik sini.Kebetulan dia pun baru habis duty.Risau abang lepas baca whatsapp dari mama.Mama cakap sayang pengsan petang tadi.Demam panas"jawap Eiyad panjang lebar.Dia mengambil tuala lembab dan mengelap tanganku.

“Tak ada apalah abang.Sayang okay aje.Mungkin cuaca panas sangat"aku menyandar kepala ke dada Eiyad.Setiap degupan jantungnya aku dapat dengar.

“Lagi satu,sayang jangan skip makan.Bahaya untuk sayang dan baby kita"balas Eiyad.

“Baby-baby kita"kataku sambil menatap wajah Eiyad membuat Eiyad terpegun sejenak.Dia memandangku tanpa kata.Eiyad mendakapku dengan erat sekali seakan tidak mahu dilepaskan.Dia menyebut namaku dan mengucap syukur berulang kali.Lama kami terdiam tanpa kata.

“Betul cakap ibu,sayang mengandung anak kembar.Alhamdulillah"

Aku hanya tersenyum manakala Eiyad mengelus-ngelus rambutku.

“Esok abang tiada duty,apa kata kita balik rumah nenek dekat kuantan.Lama tak berjalan ke sana"cadang Eiyad sambil tersenyum.

Aku hanya mengangguk tanda setuju.Eiyad baring disebelahku lalu menarik selimut sehingga paras dada.

“Sayang tidurlah,dah lewat sangat ni.Esok kalau keadaan sayang betul-betul sihat,kita balik kampung"balas Eiyad sambil mengusap perutku.

Pagi itu,setelah siap mengemas katil,aku keluar dari bilik dan turun ke bawah.Aku lihat bagasi terletak elok di tepi tangga.Aku terus ke dapur dan lihat Eiyad sibuk menghidangkan makanan.Bau haruman roti bakar menaikkan seleraku.

“Sayang,have a seat.Sorry,breakfeast simple aje.Mama,papa dan nenek lepas subuh tadi gerak ke Perak.Melawat saudara papa sakit"kata Eiyad.

“Simple but nice.Thanks abang,susah payah sediakan breakfeast"ucapku lalu meneguk susu suam.

“Everything for you sayang.So,how are today?"

“I'm okay.100% okay sebab abang jaga sayang"jawapku cuba berseloroh membuat Eiyad menarik lembut pipiku.

“After breakfeast,kita bertolak balik kampung ya"balas Eiyad sambil menggigit roti bakar.

Kami bertolak ke Kuantan setelah selesai bersarapan.Keadaan jalan agak lengang.Mungkin bukan hari cuti.Eiyad memarkir kereta di hadapan sebuah restoran yang agak terkenal di Temerloh.Aku lihat jarum jam baru pukul sebelas setengah,tapi pelanggan di kedai makan itu sudah ramai.

“Dah lama abang buat research pasal kedai ni,ramai bagi feedback positif.Menu utama dia ikan patin gulai tempoyak.So hari ini abang nak rasa"kata Eiyad lalu keluar dari perut kereta.Aku turut keluar dari kereta.

Betul kata Eiyad,memang sedap.Gulai tempoyak ikan patin membuka selera makanku yang lama hilang sebab alahan.Masam-masam pedas rasanya memang kena dengan tekakku.Eiyad lagi berselera,bertambah makan.

“Abang ajak saka abang makan sekali ke?"soalku seakan bergurau.

“Abang makan untuk baby-baby kita la" balas Eiyad sambil tersenyum.

“Yang bawa perutnya sayang,abang pula berlebih-lebih"balasku.

“Tak tahulah sayang,abang jadi berselera makan.Sementara ada nikmat nak makan,kita makanlah.Kalau nikmat tu ditarik,tengok nasi pun muak,"balas Eiyad membuat hatiku tersentuh.Rasa agak kesal berkata begitu pada Eiyad.

Aku menyandar kekenyangan.Eiyad meneruskan pemanduan.Eiyad memegang tanganku lalu mencium beberapa kali.

“Kalau terjadi sesuatu pada abang.Abang nak sayang tabah menghadapi semua.Jaga anak-anak kita.Abang dah transfer duit ke dalam akaun sayang Abang harap duit tu cukup untuk sayang walaupun tak seberapa"kata Eiyad membuat aku berasa pelik.

“Apa abang merepek ni?"marahku pada Eiyad.

“Abang cakap kalau.Abang tak minta pun sesuatu terjadi.Abang buat ni sebagai persiapan masa akan datang yang kita tak tahu apa yang akan jadi"kata Eiyad.

Aku hanya mendiamkan diri sambil melempar pandangan ke luar tingkap.Perlahan-lahan air mataku gugur.Berharap tiada apa-apa yang akan berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience