Bab 36

Romance Series 32332

Aku merenung kosong pasport dan tiket kapal terbang yang terselit di dalam pasport.Aku dah buat keputusan untuk ke luar negara.Puas aku pujuk ibu untuk mengizinkan aku pergi.Tapi ibu tak benarkan.Akhirnya ibu mengalah setelah aku memaklumkan aku akan tinggal bersama Hana. Ibu pesan agar aku jaga diri.Aku juga merayu pada ibu agar tidak memaklumkan kepada sesiapa bahawa aku membawa diri ke Perth Australia.

Aku memandang sepi setiap sudut di dalam kondo.Setiap sudut ada memori yang masih segar dalam ingatan.Dimana aku bergurau dengan Eiyad.Eiyad menyakat aku dengan lipas plastik sehingga aku melompat atas sofa.

Aku berjalan pula ke balkoni.Sudut taman mini menarik perhatian.Eiyad memberi sepenuh kepercayaan kepadaku untuk renovate seluruh ruang dalam kondo ini.Aku sungguh rindu pada Eiyad.

Aku menulis sepucuk surat untuk Eiyad.Seandainya Eiyad kembali ke kondo ini,aku harap Eiyad membacanya.Aku menceritakan segala-galanya di dalam surat ini.Aku juga menceritakan kenangan lucu yang berlaku pada dia setiap kali berada dikampung.

Dengan hati berat,aku melangkah keluar dari kondo.Pemandu teksi sudah menantiku di bawah.

“Vie!"ada seseorang memanggilku setelah aku keluar dari lif.

Aku menoleh ke belakang.Aku lihat Zahran sedang berlari ke arahku.

“Nak ke mana ni?"soal Zahran dengan nafas tercungap-cungap setelah berlari tadi.

“Balik kampung"jawapku berbohong.

“Keadaan Eiyad macam mana?"

“Macam tu lah Ran.Still tak dapat terima saya."

“Semoga awak tabah Vie"Zahran bersimpati padaku.

“Itulah hukuman buat saya Ran.Okaylah,i have to go.Assalamualaikum"aku segera beredar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience