Bab 33

Romance Series 32332

Aku menanti di hadapan pintu bilik kecemasan dengan perasaan resah.Pemandu yang melanggar Eiyad turut berada berhampiranku.Paksu,maksu Kinah dan nenek dalam perjalanan ke sini.

“Puan,ini barang suami puan"kata pemandu kereta yang tidak aku kenali sambil menghulur handphone dan kunci kereta.

“Terima kasih encik..."

“Nama saya Fadli"potongnya.

“Okay,terima kasih encik Fadli.Kalau encik nak beredar dulu,silakan."

“Saya perlu bertanggungjawap kerana saya yang melanggar suami puan.Saya akan pergi selepas keluarga puan sampai.Saya juga akan buat laporan polis berkenaan kes ini"balas Fadli.Matanya redup merenungku.Mungkin dia bersimpati.

Aku akur akhirnya aku terdiam.Hujung jari kaki menjadi mangsa tenunganku.Aku tidak henti berdoa dalam hati agar Eiyad selamat.Aku tidak sanggup kehilangan Eiyad.Aku masih memerlukannya untuk bersamaku menjalani hari-hari yang mendatang.

“Vie"sapa paksu Eizman.

“Macam mana keadaan Eiyad?"

Aku hanya menggeleng sambil melepaskan tangisan di bahu maksu Kinah.Aku terlalu sebak.Tidak dapat berkata apa-apa buat masa ini.

Aku melihat paksu Eizman tenang berbincang sesuatu dengan Fadli.Ini semua salah aku.Kalaulah aku dengar kata Eiyad untuk tunggu dia di tepi pantai,pasti perkara ini tidak berlaku.Pasti Eiyad tidak jadi seperti ini.Aku memang bodoh.

Nenek menggosok belakangku agar aku tenang.Tapi selagi aku tidak tahu keadaan Eiyad aku tidak akan rasa tenang.

Pintu bilik kecemasan dibuka dari dalam.Aku segera menerpa ke arah doktor lelaki yang merawat Eiyad.

“Macam mana keadaan suami saya?"soalku ingin tahu.

“Suami puan selamat cuma kecederaan dia agak parah.Urat saraf tunjang juga turut tercedera.Kemungkinan suami puan akan lumpuh.Tapi tidak pasti sama ada lumpuh untuk sementara atau seumur hidup.Kami akan buat pemeriksaan dengan lebih detail"jawap doktor itu dengan riak tenang.

Aku menekup mulut sambil menangis.Aku tidak percaya hal ini terjadi pada Eiyad.Aku rasa duniaku kian kelam.Aku hampir terjatuh tetapi ada seseorang menyambutku.Aku tidak tahu apa yang terjadi selepas itu.

Aku cuba membuka mata tapi terasa amat berat.Telingaku dapat mendengar perbualan.Seperti suara ibu.

“Kandungan puan Vienna selamat,cuma berlaku sedikit bleeding.Mungkin bleeding semasa puan Vienna terjatuh.Saya akan beri ubat.Cuma satu yang saya nak pesan pada makcik agar sentiasa pantau keadaan puan Vienna.Dia tidak boleh buat kerja berat dan tidak boleh kepenatan."

Aku mencelikkan mataku lalu memandang sekeliling.Aku berada di atas katil hospital.

“Saya keluar dulu makcik"pinta doktor lelaki itu dan berjalan keluar dari wad.

“Syukur Vie,kamu dah selamat"ibu mengukir senyuman.

“Macam mana keadaan abang Eiyad?"

“Eiyad dah sedar Vie,cuma.."kata-kata ibu terhenti.

“Cuma apa ibu?"

Ibu tidak berkata apa-apa.Ibu hanya mengusap kepalaku sambil menangis.

“Ibu,cuma apa?Ibu jangan sembunyi apa-apa dari Vie.Vie nak tengok abang Eiyad"pintaku lalu bangun dan mahu turun dari katil.Ibu segera menghalangku.

Aku menolak tubuh ibu membuat ibu terduduk.Aku cabut branula di tanganku.Darah memancut keluar.Ibu segera memelukku dan menekan butang kecemasan.

“Bawa mengucap nak"Ibu menangis sambil memelukku erat.

“Vie nak tengok Eiyad.Ibu tolong jangan halang Vie"rayuku.

Seorang doktor dan seorang jururawat segera menerpa tubuhku.Aku cuba meronta tapi tindakan doktor itu lebih pantas suntik lenganku dengan picagari.Makin lama aku merasa lemah dan mata seakan berat.Aku terbaring sambil menangis.Aku tidak berdaya berbuat apa-apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience