Bab 9

Romance Series 32332

Aku menelefon ibu dan memberitahu di mana keberadaanku.Ibu mula membebel.Sebenarnya ibu tak berapa berkenan.Tapi aku dah jelaskan pada ibu tentang keadaanku.Ibu akhirnya mengalah dan berpesan agar aku jaga diri.

“Jom makan"pelawa Eiyad setelah aku menamatkan panggilan telefon.

Aku hanya mengangguk memandang Eiyad.Dia nampak lain apabila bersongkok dan mengenakan baju melayu serta kain pelekat.Baru balik dari surau.

“Mari Vie,makan.Lauk ala kadar aje lah"kata nenek sambil menyendukkan nasi ke pingganku.

“Alhamdulillah nek,ini pun dah cukup.Tambah pula lauk kampung,ada sambal belacan.Banyaklah Vie makan malam ni"balasku sambil menyuap nasi.

“Vie ni memang kuat makan nek,kalau ada lauk asam pedas memang makan tak pandang orang"Eiyad menyampuk.

Tanganku laju mencubit pinggangnya membuat Eiyad menyeringai sakit.Padan muka!

Makin lama aku rapat dengan Eiyad makin aku mengenalinya.Salah sangkaanku mengatakannya sombong dulu.Ternyata Eiyad seorang yang romantik.Kadang-kadang suka mengusik.Walaupun baru mengenalinya,aku mula menyenangi dengan sikap Eiyad.

“Esok jam berapa kamu balik ke Kuala Lumpur?"soal nenek.

“Insya Allah lepas asar,nenek"jawap Eiyad sambil menambah nasi ke pinggannya.Berselera Eiyad makan malam ni.

Setelah usai makan malam,aku mengemas meja makan.Nenek dan Eiyad sudah duduk di hadapan tv.Sengaja aku menyuruh nenek duduk di hadapan tv.Setelah berurut tengah hari tadi,aku dah boleh berjalan tanpa menggunakan tongkat.

Aku menatang dulang berisi air kopi panas dan sepiring biskut kering menuju ke hadapan.Sesekali bunyi tawa nenek dan Eiyad menarik perhatianku.Ternyata cerita Nujum pak belalang hasil karya arwah P.Ramlie membuat kami tak kering gusi.

“Jemput minum nek,Encik Eiyad"pelawaku sambil duduk berhadapan Eiyad.

“Macam mana kaki?Dah okay?"tanya Eiyad kemudian menghirup kopi.

“Dah okay.Bengkak pun dah surut.Tinggal kesan lebam aje"jawapku.

“Alhamdulillah"ucap Eiyad.

“Nek,Vie masuk bilik dulu ya.Mengantuk"pintaku.

Sebenarnya bukan mengantuk.Cuma nak mengelak dari Eiyad.Lama-lama berdepan dengan Eiyad,dadaku berdegup lain macam.

“Baiklah"balas nenek sambil mengukir senyuman.

“Assalamuikum"ucapku.

“Waalaikummussalam"balas Eiyad dan nenek serentak.

Keesokan harinya kami berkemas untuk balik ke Kuala Lumpur.Eiyad memasukkan beg ke dalam bonet kereta.

“Nek,kami balik dulu.Terima kasih banyak-banyak atas layanan nenek.Dan terima kasih juga sebab urutkan kaki Vie"ucapku sambil menyalam tangan nenek.

“Apalah sangat Vie.Ala kadar aje.Dah sampai sana jaga diri.Kaki Vie tu bukan sembuh sepenuhnya.Jangan lasak sangat.Dan jangan segan-segan datang sini lagi"pesan nenek sambil memelukku.

Eiyad hanya memerhati.Kemudian dia menyalam tangan nenek selepas nenek memelukku.Nenek membisik sesuatu di telinga Eiyad.Eiyad hanya mengangguk beberapa kali sambil tersenyum.

Kereta Eiyad bergerak perlahan meninggalkan perkarangan rumah nenek.Eiyad hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan.Hanya ditemani bunyi lagu berkumandang di corong radio.

“Apa yang nenek bisik pada awak tadi?"soalku memulakan perbualan.

“Nothing"jawap Eiyad sepatah.

“Encik Eiyad janganlah berahsia sangat."pintaku seakan mendesak.

“Stop calling me encik Eiyad.Just call me Eiyad." pinta Eiyad.

Aku sekadar mengangguk beberapa kali.

“Nenek pesan pada saya jaga awak baik-baik.Kalau dah berkenan sangat masuk meminang"kata Eiyad berwajah selamba.

“Terlalu awal sangat awak.Kita kenal pun tak sampai sebulan.Saya tak kenal awak dan awak tak kenal saya."

“Masih banyak masa untuk kita mengenali antara satu sama lain.Ambillah berapa banyak masa yang awak nak.Satu saja saya nak awak tahu,hati saya ni ada satu perasaan aneh terhadap awak.Tiap kali saya dekat dengan awak,saya rasa bahagia.First love,maybe"kata Eiyad membuatku benar-benar mati ayat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience