Bab 25

Romance Series 32332

Pancaran matahari menerobos masuk melalui rekahan dinding.Aku mencelikkan mataku.Aku meluruskan badanku yang terasa lenguh kerana duduk terlalu lama.Sampai bila mereka mahu seksa kami berdua?

Aku melihat Eiyad sedang buat sesuatu.Dia berusaha melepaskan ikatan tangannya.Tapi tidak berhasil.Dia melepaskan keluhan agak berat.

“Abang.Cuba rapatkan kerusi dan membelakangi antara satu sama lain.Manalah tahu dapat buka tali"aku beri pendapat membuat Eiyad tersenyum.

“Pandai isteri abang"saat genting macam ini dia sempat memuji.

Aku mengerah seluruh tenaga cuba membelakangi Eiyad.Eiyad turut melakukan hal yang sama.Berhasil.Eiyad segera membuka ikatan tali di tanganku.Kita hanya merancang tapi Allah maha mengetahui.Sekelip mata Eiyad dapat melerai tali.Aku segera berpusing ke arah Eiyad dan membuka ikatan tangan Eiyad.

Tombol pintu dipulas dari luar.Aku dan Eiyad segera duduk seperti biasa dan meletak tangan ke belakang.Aku lihat kuncu-kuncu gadis itu masuk ke bilik sambil membawa plastik berisi makanan.

“Nah!Makan"mereka melempar makanan ke atas meja.

“Macam mana nak makan dengan tangan terikat"balas Eiyad.

“Iya tak ya juga,tak apalah demi kau,aku suapkan"kata salah seorang dari mereka sambil ketawa besar.Apa yang lawak aku pun tak tahu.

Aku perhatikan Eiyad hanya menjeling sebatang kayu yang ada di belakangku.Sedang mereka ralit membuka bungkusan makanan,tangan Eiyad laju mencapai kayu itu dan memukul belakang kepala keduanya.Hanya satu pukulan dapat menumbangkan mereka.Aku dan Eiyad membuka ikatan tali di kaki kemudian Eiyad menarikku berlari keluar dari bilik.Sewaktu menuruni tangga,ada seseorang sedang bercakap menggunakan handphone.

Eiyad segera menarik tanganku naik ke atas dan masuk ke dalam bilik tadi.Eiyad menendang pintu yang berada di tepi jendela sekuat hati dan kami sembunyi di balkoni.Eiyad menekan sesuatu pada apple watch series 4 di pergelangan tangannya.

“Insyaallah kita akan selamat.Abang dah minta bantuan"jawap Eiyad.Ternyata berguna juga apple watch ini.

“Shit!Apa dah jadi?Bangun!Mana mereka berdua"aku terdengar suara gadis itu nyaring.

Eiyad mengisyaratkan agar diam.Takut diketahui oleh mereka.

“Tak boleh harap!pergi cari cepat!"

“Kau nak lari mana Eiyad!"aku terjerit setelah melihat gadis itu berdiri betul-betul hadapan kami.Pistol diacu di kepalaku.

Eiyad mengelabah lalu mengangkat tangan seperti menyerah diri pada polis.Aku memandang Eiyad mengharap Eiyad dapat membantu.Air mata mula mengalir.Seperti hidupku bakal tamat sebentar lagi.

“Kau jangan apa-apakan isteri aku,Kalau kau nak tembak,tembak saja aku"kata Eiyad membuat gadis itu ketawa lalu beralih pada Eiyad.

“Betul juga kata kau.Kalau aku tak dapat kau,perempuan ni juga tak layak dapat kau.Untuk kali terakhir aku benarkan kau bercakap dengan isteri kau sebelum peluru tembus kepala kau"balas gadis itu buat aku meraung.

“Abang,jangan tinggalkan saya"aku merangkul pinggang Eiyad lalu melepaskan tangisan di dada Eiyad.

“Sayang,andai saja lepas ni jasad abang tidak bernyawa.Abang nak sayang jaga diri baik-baik.Tolong tengokkan papa dan mama.Jangan lupa sampaikan salam pada mereka.Ucapkan terima kasih abang pada ibu dan atok kerana mengizinkan abang memiliki sayang walaupun sekejap"Eiyad mencium dahiku lalu melepaskan pelukan.Eiyad duduk melutut depan gadis itu.Aku mengalih pandangan ke arah lain kerana tidak sanggup melihat Eiyad.

“Kan senang kerja aku.Selamat tinggal Eiyad"gadis itu siap sedia menekan picu pistol tapi ada yang melepaskan tembakan terlebih dahulu.Tubuh gadis itu longlai jatuh di badanku membuat aku hampir terjatuh dari balkoni.Aku sempat berpaut pada besi balkoni.

“Sayang,pegang tangan abang kuat-kuat.Bertahan sayang"Eiyad cuba menarikku ke atas.

Aku menangis sambil menggeleng.Aku tak mampu bertahan.Aku lihat ke bawah.Agak tinggi walaupun cuma dua tingkat.Pegangan tanganku semakin lemah.Eiyad masih berusaha membantuku.Aku dapat rasa mungkin inilah pengakhiran hidupku.Pegangan tanganku terlepas,tubuhku jatuh ke bawah dan aku merasa kepalaku terhempas atas batu.Aku lihat Eiyad meraung sebelum mataku terpejam serapat-rapatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience