Bab 32

Romance Series 32332

Aku membuang pandangan ke luar jendela ke arah halaman rumah.Angin sepoi-sepoi bahasa menerpa tubuhku.Bahagia hatiku melihat Eiyad bergurau dengan nenek di halaman rumah.Nenek yang sedang menyapu daun-daun kering sesekali melatah apabila disergah oleh Eiyad.

“Sayang,marilah join sekali"laung Eiyad dari luar.

Aku hanya mengangguk lalu berjalan ke luar.Eiyad menantiku di tangga.Sampai saja di anak tangga terakhir,Eiyad lantas mendukungku membuat aku menjerit terkejut.Eiyad berjalan menuju ke arah pangkin yang berada di bawah pohon rambutan.

“Paksu tak datang sini ke nenek?"soalku sambil mengupas kulit rambutan.Eiyad cakap aku bernasib baik kerana sekarang musim buah-buahan.

“Sekejap lagi datang lah tu.Katanya nak ke kebun buah.Durian banyak gugur sekarang"balas nenek sambil menyeka peluh dengan tuala yang bersangkut di leher.

“Sedapnya durian"kataku dengan riak teruja.Sempat berangan nak makan durian sepuasnya.

“Jangan nak berangan sayang.Orang pregnant tak boleh makan durian banyak-banyak"ujar Eiyad sambil menolak dahiku lembut.Sengaja mahu bergurau.Hilang terus bayangan buah durian dalam fikiranku.

“Tak baik tau buat macam tu."aku pura-pura merajuk.

Dari jauh kelihatan paksu Eizman menunggang motosikal memasuki halaman rumah nenek.Paksu Eizman melempar senyuman setelah memberhentikan motosikalnya di hadapan kami.

“Assalamualaikum"sapa paksu Eizman.Paksu Eizman ini adik kepada papa.

“Waalaikummussalam"balas kami serentak.

“Rezeki kamu Vie,Eiyad.Musang king gugur sebiji"kata paksu Eizman sambil menghulur sebiji durian pada Eiyad.

Eiyad mengambilnya lalu dihidu.

“Kupaskan kulitnya Eiyad"arah nenek.

Eiyad segera mengambil sebilah parang dan kain lapik untuk mengupas kulit durian.Agar sukar mengupasnya sehingga peluh jantan Eiyad keluar.Eiyad menyeka peluh dengan belakang tangannya.

“Marilah paksu kupaskan"paksu Eizman mengambil parang dari tangan Eiyad dan mengupas.Sekejap sahaja durian sudah terbelah.Mungkin paksu Eizman sudah terbiasa sehingga mudah untuk dia mengupas.

“Cantik warnanya"kataku sambil mengambil seulas durian.Aku memandang Eiyad untuk meminta izin untuk makan.Eiyad hanya mengangguk.

“Vie tak boleh makan banyak.Cukuplah sekadar rasa"pesan nenek.

Aku hanya mengangguk sambil menikmati durian itu.Memang sedap sangat rasanya.

“Banyak ke durian dekat kebun?"soal nenek.

“Banyak tapi masih atas pokok"jawap paksu Eizman sambil tersengih.

Malam harinya Eiyad mengajakku keluar.Sebenarnya hati aku agak berat untuk mengikutinya,tapi Eiyad beria-ia ajak.Aku terpaksa menurut.Nenek dan maksu Kinah tidak mahu menyertai kami.Paksu pula entah ke mana.

“Kita nak kemana ni abang?"tanyaku sambil memandang wajah Eiyad dari tepi.

“Just wait and see"jawap Eiyad sambil memegang tanganku.

Eiyad nampak lain hari ini.Wajahnya nampak ceria.Aku mula merasa tidak sedap hati.

“Dah sampai"kata Eiyad.

Aku memandang keluar.Eiyad memberhentikan kereta di kawasan pantai.Eiyad memimpin tanganku untuk menyeberang jalan.Agak sesak hari ini.Mungkin disebabkan malam minggu dan ada car booth sale.

Aku hampir menangis saat Eiyad membawaku berjalan di atas pasir pantai.Lilin disusun kiri dan kanan.Di tengah-tengah terdapat sebuah meja dan kerusi.Ada seorang lelaki berdiri di sisi meja sambil memainkan violin.Aku menekup mulutku.

Eiyad menarik kerusi untukku.Aku hanya mengangguk lalu duduk.Eiyad duduk di hadapanku.

“Happy 1st anniversary sayang"ucap Eiyad sambil menghulur sejambak bunga ros merah segar.

Aku terkedu.Macam mana aku boleh lupa tarikh penting yang menyatukan aku dan Eiyad.Aku mengambil bunga itu lalu menghidunya.Segar.

“Sayang minta maaf.Sayang betul-betul lupa"kataku.

“Tidak apa sayang.Actually abang ada hadiah untuk sayang.Tertinggal dalam kereta.Sekejap lagi abang ambil."

Makanan telah dihidangkan dan kami makan sambil ditemani bunyi violin.Eiyad tidak lepas dari memandangku.

“Sayang,abang pergi ambil hadiah jap.Sayang tunggu sini tau"pinta Eiyad setelah selesai makan.

“Tak payah lah abang,bukan ke sekejap lagi kita balik.Dalam kereta abang boleh bagi"balasku.

“Tak sweetlah kalau bagi dalam kereta.Give me five minutes okay"pujuk Eiyad lagi.

Aku terpaksa mengalah dan hanya mengangguk.Eiyad tersenyum lalu mengucup dahiku membuat aku merasa pelik.Kemudian Eiyad berjalan laju menuju ke kereta.

Aku melemparkan pandangan ke pantai sambil menunggu Eiyad.Agak lama Eiyad pergi ke kereta.Lebih dari lima minit.Aku buat keputusan untuk pergi melihat Eiyad.

Eiyad sedang terbongkok mencari sesuatu di tempat duduk belakang kereta.

“Abang!"laungku dari seberang jalan.

Eiyad memandangku lalu tersenyum.Dia menutup pintu kereta.Aku memandang kiri dan kanan jalan.Kemudian aku memandang ke kiri semula lalu berjalan untuk menyeberang jalan setelah merasa selamat.

“Sayang!"Eiyad menjerit lalu berlari ke arahku.

Aku lihat samar-samar lampu kereta yang dipandu laju menuju ke arahku.Aku kaget.Tidak dapat berbuat apa-apa.Eiyad pantas menolakku ke pinggir jalan.

Bumm!Tubuh Eiyad melambung ke atas kereta setelah dilanggar kereta itu.Aku terpempan melihat Eiyad yang sudah terbaring atas jalan.Orang ramai sudah berkerumun di tempat kejadian.

“Abang!"jeritku setelah mendapat kekuatan.Aku berjalan ke arah Eiyad yang sudah tidak sedarkan diri.Darah mengalir di hidung dan telinga Eiyad.

“Abang bangun.Jangan tinggalkan sayang"air mata mengalir laju.Aku memeluk dada Eiyad.

“Masih ada nyawa,cepat bawa ke hospital"jerit salah seorang dari mereka setelah memeriksa nadi Eiyad.

“Puan,ikut sekali kami ke hospital.Puan cedera ni"sambungnya lagi.

Aku hanya menurut lalu dipapah oleh seorang gadis masuk ke dalam kereta yang melanggar Eiyad tadi.Aku memangku kepala Eiyad.Aku sudah tidak dapat berfikir apa.Aku merasa takut kehilangan Eiyad.Aku mengusap kepala Eiyad sambil menangis.Kata-kata Eiyad sebelum ini bermain di fikiran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience