Bab 37

Romance Series 32332

Bila cinta kini tak lagi bermakna,
Yang ku rasa kini hanyalah nestapa,
Ditinggalkan cinta masa lalu,
Dulu kau tawarkan manisnya janjimu,
Dan ku sambut itu dengan segenap hatiku,
Hingga engkau pergi tinggalkanku,
Hilangnya cintamu menusuk hatiku,
Hingga ku memilih cinta yang fana,
Perginya dirimu merobek jantungku,
Hingga ku terjatuh dalam harapan,
Ku sebut namamu di setiap doaku,
Bangkitkan setia kenangan tentangmu,
Yang ku dapat hanyalah bayangmu.

Pejam celik,pejam celik tiga tahun aku memulakan hidup baru di Perth.Dari hari pertama aku ke Perth,Hana banyak membantuku sehinggalah aku melahirkan dua orang cahaya mata.Segala urusan Hana selesaikan.Kadang-kadang aku berasa kasihan pada Hana.Dalam kesibukan dia belajar,dia masih selit sedikit waktu untuk menguruskan aku sepanjang tempoh berpantang.

Walaupun aku berjauhan dengan Eiyad,aku sentiasa pantau kehidupannya.Ibu banyak kali memaklumkan bahawa Eiyad sering mencariku di kampung.Aku mohon pada ibu bahawa jangan beritahunya.Aku belum bersedia mahu berjumpa Eiyad.Ibu kata Eiyad dah pulih sepenuhnya.Eiyad juga sudah kembali bekerja sebagai pilot.

Aku tersenyum melihat telatah Eijaz zayyan dan Eshal Sofia.Semakin membesar dan sudah banyak akal.Sebagai abang,Eijaz banyak mengusik adiknya.Kadang-kadang sampai menangis Eshal dikerjakan.

“Ibu"Eshal berjalan terkedek-kedek ke arahku lalu duduk di atas riba.

“Kenapa sayang monyok aje ni?"tanyaku sambil mengusap kepala Eshal.

“Aban uat"jawap Eshal dalam nada pelat.Aku ketawa kecil.

Eijaz berjalan menghampiri kami lalu duduk di atas riba sebalah kanan.Mataku melilau mencari kelibat Hana.Daripada tadi hilang.Aku mendukung Eshal dan meletak di dalam twin stroller.Kemudian aku meletak Eijaz pula.Aku menolak perlahan stroller sambil mencari Hana.Dari jauh aku nampak Hana melambai tangan ke arahku.

Dalam diam dah bertahun Hana menjalin hubungan dengan Zahran.Aku mendapat tahu setelah Hana menjemputku di Perth airport semasa hari pertama aku menjejakkan kaki ke sini.Rupanya Zahran ditugaskan untuk membawa kapal terbang ke Perth.Hana menjemput aku dan Zahran.Dari situ Hana perkenalkan Zahran sebagai kekasihnya.

“Jom makan.Laparlah"ajakku sambil memandang Hana dan.Zahran.

“Okay jom"Hana memeluk lenganku.

“Nak makan dekat mana?"soal Zahran sambil menolak stroller.Sesekali dia mengacau Eijaz membuat Eijaz membebel.Tiada sepatah perkataan kami faham.

“Rindu masakan Malaysia.Apa kata kita perkena makanan dekat Insan's cafe"cadangku.

Hanna dan Zahran mengangguk setuju.Semasa memasuki cafe,langkahku terhenti.Aku nampak seperti kelibat Eiyad bersama seorang wanita makan di cafe itu.Nampak mesra.

“Ehemm"Zahran berdehem lalu berjalan ke arah Eiyad.Aku segera menolak stroller keluar dari cafe itu.

“Kau tak nak jumpa Eiyad?"soal Hana.

“I'm not ready yet.Lagipun aku tengok dia dah bahagia sekarang."balasku sambil memandang wajah comel Eijaz dan Eshal.

“Maybe itu kawan Eiyad."

“I don't think so.Jom Hanna,kita makan dekat tempat lain"balasku.

Hana hanya mengikutku.Zahran berlari anak ke arah kami.

“Kenapa tak masuk?"aju Zahran.

“Saya belum bersedia nak jumpa Eiyad"jawapku.

“Eiyad dah tahu awak ada dekat sini,dia nak sangat jumpa awak tapi awak pergi macam tu aje.Dia cari awak juga tadi."

Aku berhenti melangkah lalu merenung tajam.muka Zahran.

“Kan saya dah pesan jangan beritahu dia.Kenapa awak mungkir janji?Sudahlah,saya nak balik.Hana,terpulang pada kau nak ikut aku atau Zahran"aku segera menahan taxi yang kebetulan lalu di situ.Hana mengikut aku pulang ke apartment.

Dalam taxi,bayangan Eiyad bermesra dengan wanita itu bermain di fikiran.Jujur aku katakan aku memang rasa cemburu.Dah tiba masanya aku berpisah dengan Eiyad.Dia dah bahagia sekarang.Aku pun bahagia di samping anak-anak yang dah semakin membesar.Aku boleh hidup tanpa Eiyad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience