Bab 11

Romance Series 32332

Sudah seminggu Eiyad tidak menelefon dan mencariku selepas kejadian itu.Mataku memandang television tapi otakku menerawang entah ke mana.Marah betul Eiyad padaku.

Handphone berdering.Aku segera menjawap panggilan tanpa melihat nama tertera di skrin handphone.

“Hello Eiyad.Where have you been?"soalku.

“Siapa Eiyad?Ini ibulah"sergah ibu.

Aku segera melihat skrin handphone.Tertera perkataan ‘my lovely mom'.Aku tersengih sendiri kemudian menekap handphone ke telinga.

“Sorry ibu,Vie ingatkan kawan Vie yang call"balasku.

“Minggu depan genap sebulan tempoh yang ibu bagi.Kamu dah ada calon ke?Kalau belum ada ibu dah ada calon.Salman jual karpet asyik tanya pasal kamu aje"

Aku menggaru kepala yang tidak gatal.Dah mula ibu buka topik pasal calon.Aku tengah patah hati ni.Salman juga yang disebutnya.Nak sangat ke aku kahwin dengan orang asing?

“Jangan risau ibu,Vie dah ada calon.Minggu depan Vie bawa jumpa ibu.Okaylah ibu,Vie tengah kemas rumah ni,assalamualaikum"balasku malas nak panjangkan perbualan.Terus aku tamatkan panggilan.

Aku mengeluh panjang.Konon dah ada calon,tapi siapa?Eiyad?Dia pun dah hilang entah kemana.Tiap kali call,asyik voice mail.Mungkin dia memang tak nak berhubung dengan aku.Khalish?Dia lah punca semua ini terjadi.Sekarang dia lepas tangan.

“Termenung nampak?Buah hati lari ke?"soal Hana sambil duduk disebelahku.

“Siapalah nak kan aku ni Hana?"

“Mamat dekat hospital haritu?"pertanyaan di jawap dengan pertanyaan.

“Eiyad?"

“Ya.Mamat handsome yang kerja pilot tu.Yang bersusah payah jaga kau sakit"jawap Hana sambil mengunyah keropok nanchos.

“Entahlah Hana,dia dah hilangkan diri.Marah sangat dia kat aku.Padahal bukan salah aku.Khalish punca semua ni jadi"ujarku masih geram.

“Siapa Khalish?"

“Anak client aku.Aku handle projek renovate kondo anak dia,tak sangka anak dia buaya darat.Aku pun dia nak try.Padahal dah nak kahwin.Dia nak buat benda tak senonoh dengan aku dalam lif.Tak sangka Eiyad nampak kejadian tu.Sejak dari itu,Eiyad langsung tak contact aku"jawapku panjang lebar.

Hana mempamerkan wajah simpati.Tanganku lantas menepuk bahu dia.

“Opocot!"jerit Hana.Pinggan di tangannya dicampak ke lantai.Habis berterabur makanan.Mujur pinggan plastik.

“Ha tengok!Siapa nak kemas ni?"Hana memuncungkan bibirnya.

“Kaulah kemas"jawapku sambil ketawa.

Beep!Bunyi handphone menandakan ada pesanan dekat whatapps masuk.Aku segera membuka setelah tertera nama Eiyad.

“Jumpa aku dekat Taman Tasik Titiwangsa jam 3pm"

Ringkas saja pesanan dia.Aku tersenyum,mungkin ini peluang aku nak jelaskan hal sebenar.Dan mungkin juga aku boleh minta bantuan Eiyad menyelamatkan aku dari Salman.

“Yang kau tersengih macam kerang busuk ni kenapa?"

“Eiyad nak jumpa aku.Kau ikut sekali ya"pintaku.

“Kenapa kau nak ajak aku pula?Malaslah"balas Hana.

“Please Hana.Manalah tahu Eiyad ada niat nak bunuh aku,ditolaknya aku masuk tasik siapa nak selamatkan aku?"aku mempamerkan wajah simpati.

“Buruk betul sangkaan kau.Yalah,aku ikut kau tapi aku perhati kau dari jauh aje"

“Thanks Hana"ucapku sambil memeluk leher Hana.

“Tak payah nak drama sangatlah"

Seperti yang dijanjikan,petang itu aku memandu kereta mini cooper s milikku menuju Taman Tasik Titiwangsa.Jalan agak sesak.Mungkin disebabkan hari minggu.Setelah sampai,aku parking kereta betul-betul sebelah Range Rover Evoque putih milik Eiyad.Aku cam no plat keretanya.

“Kau pergilah jumpa Eiyad,kalau ada apa-apa kau call aku"kata Hana.

Aku hanya mengangguk dan berjalan menuju ke arah Eiyad yang sedang duduk di atas kerusi rekreasi.

“Assalamualaikum"sapaku berdiri di sebelah Eiyad.

“Waalaikummussalam"balas Eiyad tanpa memandang wajahku.Mukanya masam mencuka.

Aku duduk di sebelah Eiyad.Eiyad mengesot sedikit punggungnya menjarakkan lagi ruang.Aku menarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan.

“Awak sihat?"

“Macam yang kau tengok sekarang,aku sihat.Cuma hati aku tak sihat"jawap Eiyad seolah memerliku.

“Eiyad,that not my fault.Itu cuma salah faham.Khalish yang ambil kesempatan ke atas saya"sekali lagi aku cuba beri penjelasan.

“Enough.Aku dah lupa pun pasal tu.Tujuan aku ajak jumpa ni bukan nak dengar penjelasan kau.Aku rindukan kau.Tapi hati aku tak boleh terima apa yang kau dah buat"hati Eiyad amat keras untuk menerima penjelasanku.

Pandangannya dilontarkan ke arah tasik.Aku lihat Eiyad berubah dari penampilan sebelum ini.Sebelum ini wajahnya bersih tanpa misai.Pakaiannya sebelum ini pun tidak pernah berkedut walaupun hanya memakai tshirt dan jeans.Rambutnya juga nampak berserabut.Adakah disebabkan aku?

“Saya minta maaf walaupun bukan salah saya.Semoga satu masa nanti hati awak terbuka dan tahu kebenaran.Saya minta diri dulu"kataku ingin membiarkan Eiyad bersendirian.

“Malam ni ikut aku pergi rumah mama.Aku jemput kau dekat rumah.Nanti share location rumah kau"

Aku tidak jadi melangkah.Aku tatap wajah Eiyad dengan riak seribu tanda tanya.

“Untuk apa?"

“Jangan banyak soal boleh?Kau ikut aje.Aku bukan nak buat benda tak senonoh dengan kau.Atau kau nak aku buat benda macam tu?"aju Eiyad sambil menjelingku.

“Awak fikir saya sekotor itu ke?"

Eiyad hanya mencebik bibir.

“Iman aku masih kuat.Aku tahu antara halal dan haram.Malam ni aku jemput kau jam 8 malam"

“Tapi dengan satu syarat"

Eiyad memandangku sambil menaikkan sebelah keningnya.

“Awak kena berlakon jadi teman lelaki saya.Sabtu depan kita balik kampung saya.Dan awak kenalkan diri awak pada ibu saya sebagai teman lelaki saya"kataku.

Eiyad jalan mundar mandir dihadapanku.Dahinya berkerut.Kemudian dia duduk kembali di sebelahku setelah keadaannya tenang sedikit.

“Tak ada syarat lain ke kau nak bagi?Aku tak boleh terima"Eiyad menolak permintaanku.

“Tak apalah kalau macam tu,saya pun tak akan terima permintaan awak tadi"balasku sengaja mendesak Eiyad.

Aku segera bangun dan mahu melangkah pergi.Eiyad pantas menghalang.

“Baiklah,aku terima syarat kau"

Aku menghela nafas lega dan mengukir senyuman.

“Thank you Eiyad,see you tonight"

“Desperate"balas Eiyad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience