Bab 15

Romance Series 32332

Subuh yang hening aku mendengar sayup-sayup suara mengaji.Aku lihat jam loceng di sisi katil menunjukkan angka 5.30pg.Aku menggeliat malas.Siapa yang mengaji?

Aku menyarung kain tudung dan capai tuala lalu berjalan keluar dari bilik.Langkah aku terhenti tatkala melihat Eiyad sedang mengaji di ruang tamu.Aku tertarik mendengar suaranya yang lunak.Aku menyandar badan di dinding sambil memerhati Eiyad.

“Hah!Apa tercegat lagi tu.Pergilah mandi."Sergah atok membuat Eiyad berhenti mengaji lalu memandang ke arah kami.

Aku lihat atok sudah bersiap untuk ke surau.Aku jadi malu sendiri dan berlari turun ke dapur.Apa lah atok ni.Malukan aku aje.Dah kantoi dengan Eiyad.Nanti dia pikir aku mengintai dia pula.Tapi memang betul pun.

Selesai menunaikan solat,aku turun ke dapur.Langit sudah mula cerah.Aku lihat mereka sudah berada di dapur menjamah sarapan pagi.Aku menarik kerusi duduk di sebelah ibu.Bau aroma nasi lemak menaikkan seleraku lalu aku menyenduk nasi ke dalam pinggan.

“Tambah lagi Eiyad."Pinta ibu.

“Cukup dah makcik.Kenyang sangat dah ni."Eiyad menolak kemudian mengangkat pinggan bawa ke sinki.

“Letak aje situ Eiyad.Nanti Vie cuci."Kata ibu.

“Tak apa makcik."

Atok menghabiskan kopinya lalu bangun.Atok mengambil topi yang bersangkut di dinding lalu pakai.Atok segera keluar.

“Atok nak kemana tu ibu?"Soalku lalu menyuap nasi ke mulut.

“Katanya nak habiskan kupas kelapa.Nak ke bendang pun sekarang belum masa untuk tuai lagi.Atok kamu tu bukan reti duduk diam.Ada aje kerja dibuatnya."Jawap ibu panjang lebar.

Eiyad mengikut atok ke belakang rumah.Kebosanan lah tu.

“Sejuk mata ibu tengok Eiyad."Puji ibu.

Aku hanya mendiamkan diri.Kalau ibu tahu kebenarannya agak-agak ibu marah tak?.Selera makanku mati serta merta.Aku meneguk air dan mengutip pinggan mangkuk kotor lalu di bawa ke sinki.

Aku intai Eiyad dari tingkap yang terletak di hadapan sinki.Bertungkus lumus dia belajar mengupas kelapa.Sesekali aku lihat dia menyeka peluh.Aku tertawa kecil setelah melihat Eiyad jatuh terduduk saat mahu mencabut sabut kelapa.Bising mulut atok menyuruh Eiyad masuk dalam rumah tapi Eiyad menggeleng.

Aku bermalasan duduk di hammock yang atok buat di bawah rumah.Novel di tanganku hanya hiasan.Otakku menerawang ke lain.Memikirkan Eiyad.

“Hoi cik kak.Dah sampai London ke?Jauh termenung."Sapa Hana.

Aku hanya menjeling Hana sambil menggeleng.Aku lihat Hana memegang satu plastik.

“Aku bawa kuah kicap ni.Jom makan pelam fresh." Kata Hana tanpa sempat aku menyoal.

“Siapa nak kait?"

“Aku kait.Nak harapkan kau,kempunan aku nanti"Balas Hana.

Nasib baik Hana yang nak kait.Kalau suruh aku memang sampai ke sudah tak dapat makan.Aku mengambil galah yang atok buat lalu serah kepada Hana.Hana segera mengait buah pelam muda.

Peluh mula berjerut di wajah Hana,tapi sebiji pelam pun tak dapat lagi.Aku menunggu dengan penuh harapan.Siap bersila atas tanah berlapik dengan selipar.

“Apa ni Hana.Berkurun aku duduk bertapa dekat bawah ni,sebiji pun tak dapat lagi."Rungutku.

“Sabarlah,kau pikir senang ke nak kait.Galah berat sangat."

Salahkan galah pula.Bukan berat pun,galah diperbuat dari buluh yang dah kering.Mestilah dah ringan.

“Kalau susah sangat,biar aku yang panjat.Tak payah susah-susah nak kait."Ujar Eiyad yang sedari tadi memerhati.

Aku memandang Eiyad dari atas sampai bawah lalu ketawa.

“Awak boleh memanjat ke?"Soalku dengan tawa masih bersisa.

“See my leg lah.Jangan panggil aku Kapten Eiyad kalau tak pandai panjat pokok.Setakat pokok tinggi macam ni petik jari aje lah."Jawap Eiyad dengan lagaknya.

“Awak tu kerja dekat awan biru.Cuma bawak kapal terbang.Kerja memanjat dengan bawak kapal terbang kan lain.Jangan nak mengarutlah.Jadi apa-apa nanti susah."

“Tak kisahlah sama ke lain.Yang penting kalau jatuh pun sama-sama jatuh ke tanah."Eiyad masih ego.Tahu nak menang aje.

“Silakan."Aku tak kuasa nak bertekak dengan Eiyad.

Hana menjarakkan dirinya dari pokok dan bagi ruang kepada Eiyad untuk panjat.Aku hanya memerhati dari bawah.

“Tolong hulur bakul."Pinta Eiyad.

Hana segera hulur bakul kepada Eiyad.Eiyad mengambil dan mula memetik buah pelam.Hebat juga Eiyad.

“Aku pergi ambil mangkuk dengan pisau jap." Pinta Hana.Aku hanya mengangguk sambil melihat skrin handphone.

Prakkk!!Aku terdengar bunyi pohon patah.Aku toleh ke tepi tergamam tengok Eiyad dah terbaring atas tanah.Buah pelam bertabur sana sini.

“Aduh!!!Pecah kepala aku."Rintih Eiyad sambil menggosok kepalanya yang terhantuk pada batu.

Aku seperti tersedar sesuatu.Aku tidak dapat menahan tawa.Terbahak-bahak aku ketawa.Sikit pun tidak ada perasaan simpati pada Eiyad.Eiyad merenungku tajam.Serta merta tawaku mati.

“Bukan nak tolong.Ketawakan lagi ada."Rungut Eiyad seakan merajuk.Dia segera bangun dan mengutip buah pelam lalu dimasukkan dalam bakul.Kakinya sedikit terhencut.Mungkin terluka.

“Orang yang suka cakap besar ni selalu ditimpa musibah.Tuhan nak beri kesedaran lah tu."Balasku masih tersenyum.

“Diamlah."Eiyad mula begang

Hana datang ke arah kami dengan wajah terpinga-pinga.Dia menggaru kepala yang tidak gatal.

“Hebatlah Eiyad,kami nak buah pelam aje.Pakej sekali pohon pelam kau bagi."Kata Hana.

Lagi sekali aku ketawa.Aku mengusap dada beberapa kali.Semput jadinya,kerja mentertawakan Eiyad saja.

“Kalau jatuh pun sama-sama jatuh ke tanah.Nampaknya kapten kita ni betul-betul jatuh ke tanah."Aku mengulangi kata-kata Eiyad tadi.

Hana pun turut tertawa membuat Eiyad mempamerkan wajah masam mencuka.Aku masuk ke dalam rumah dan ambil first aid kit.Kesian pula tengok siku dan kaki Eiyad luka.

“Mari sini saya tolong cuci luka awak."

“Tak payah,aku boleh cuci sendiri."Eiyad masih dengan egonya.

“Ego."Menuang iodine atas kapas lalu meletak atas luka Eiyad dan tenyeh kuat-kuat.Biar tahu rasa.

Eiyad menjerit kesakitan.Aku berasa puas.Lalu aku melekatkan handsaplast dekat luka Eiyad.

“Kalau nak bunuh aku,ambik aje pisau tikam aku.Kalau tak ikhlas tak payah buat."Eiyad mula membebel.

“Nah!tuam sendiri kepala tu."Aku meletak ais yang dibungkus dengan kain di belakang kepala Eiyad.Eiyad tuam sendiri kepalanya.

“Korang ni,sekejap baik.Sekejap bergaduh.Aku nikahkan terus baru tau."Rungut Hana dah mula pening dengan tingkah aku dan Eiyad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience