Bab 4

Romance Series 32332

Tengah hari itu,aku melangkah masuk ke dalam cafe berdekatan pejabat.Nak tak nak aku kena tepati juga janji aku.Mata aku melilau mencari kelibat pilot sombong itu.

Dari jauh aku melihat dia melambai tangan ke arahku.Dia duduk bersebelahan dengan cermin cafe.Aku segera menghampiri dia.Aku tekad,cuma nak bayar duit dia lepastu pergi.

Aku mengeluarkan beberapa keping not rm100 lepastu letak di atas meja hadapan dia kemudian bersedia untuk pergi.

Tiba-tiba dia menarik lenganku.

“Eh!apa ni encik?"aku segera menepis tangan dia.

“Kalau iya pun duduklah lunch sekali"pelawa dia.

Aku segera berpaling ke arahnya.Ya allah,handsomenya ciptaan-Mu.Bisikku dalam hati.

Aku cepat-cepat tersedar dari terpukau dengan jejaka di hadapanku ini.

“Urusan antara saya dengan encik dah selesai.Itu duit claim encik"aku pura-pura serius.

Dia tertawa kecil dan duduk kembali ke atas kerusi.kepalanya digelengkan beberapa kali.

“Have a seat cik Vienna."pelawanya lagi sekali.

“It's okay encik Eiyad.i'm late,please don't waste my time.I need to attend meeting now"tolakku lagi sekali.

Makin kuat pula dia ketawa.

“Actually,saya dah minta permission dari Adam.I mean your boss,Encik Adam right?Tak ada meeting pun kan?Itu dia boss awak."ujar Eiyad sambil menunjuk ke arah seseorang.

Aku segera memandang ke arah yang dia tunjuk.Aku lihat Encik Adam kebetulan memandangku dan menunjuk ibu jari tanda okay.Kantoi!.

Aku mula merasa mukaku berbahang.Malu.Aku segera tarik kerusi dan duduk.

“waiter"Eiyad melambai tangan ke arah pelayan cafe.

Pelayan itu segera menghampiri kami untuk mengambil pesanan.

“Saya nak fish and chip dan fresh orange"pintanya

“Awak nak makan apa?"ajunya kepadaku.

“Sama menu dengan awaklah"jawapku masih berasa malu.

Setelah pelayan itu pergi,aku perasan Eiyad memandangku sambil tersenyum.Kalau boleh nak aje aku stapler mulut dia tu.Geram!

“Cute"pujinya sambil tersenyum.

Aku berpura-pura tidak dengar.Mulut aku seolah-olah terkunci.Dalam hati nak aje aku marah dia.Sesuka hati paksa aku makan dengan dia.

“So,dah berapa lama berkhidmat dengan Adam?"tanyanya mahu mulakan perbualan.

“2 years ago maybe."jawapku bersahaja.

“Adam ni kawan karib masa sekolah rendah dulu.Tapi lepastu kami bawa haluan masing-masing lepas saya masuk mrsm."katanya tanpa dipinta.

Aku hanya mengangguk beberapa kali.Sebenarnya tidak berminat pun nak dengar.Dalam kepala otak aku hanya fikir nak cepat pergi dari pilot sombong ini.

Makanan mula dihidangkan.Aku menjamah makanan tanpa memandang Eiyad.Aku dapat rasa matanya tajam memandangku.Aku mengalihkan pandanganku padanya.Memang betul dia sedang merenungku.Aku mula rasa tidak selesa.

“Kalau Encik Eiyad asyik tenung saya
,Encik Eiyad fikir makanan tu boleh masuk sendiri ke dalam mulut encik Eiyad tu?"tanyaku bernada sindir.

Eiyad berdehem.Mukanya bertukar kemerahan.Terkesan dengan pertanyaanku mungkin.

“Okaylah encik Eiyad,saya dah selesai.I have to go and thanks belanja lunch"aku segera bangun dan mencapai tas tanganku.

“Cik Vienna,can we meet again?"

“For what?Saya dah tak berhutang apa-apa dengan encik dan saya tak nak berurusan dengan encik lagi"jawapku agak kasar.

Eiyad mencapai tanganku dan meletak beberapa keping duit yang aku bagi padanya tadi.

“Saya tak nak terima duit awak ni dan awak masih berhutang dengan saya"balas Eiyad bersahaja dan berlalu pergi.

Belum sempat aku berkata apa-apa aku sempat lihat dia melambai tangan ke arahku dengan muka angkuh.

“psiko!"jeritku dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience