Bab 19

Romance Series 32332

Sudah hampir tiga bulan aku menjadi tunang Eiyad.Selama waktu itu aku dan Eiyad selalu mencari waktu untuk bersama-sama membeli barang perkahwinan.Hana pula dah balik ke Australia.Jika dia ada,mesti banyak membantu.Hana pernah berkhidmat sebagai wedding planner semasa sebelum sambung belajar ke Australia.

Aku tersedar dari lamunan setelah mendengar bunyi hon dari kereta Eiyad.Hari ini kami perlu menghadiri kursus perkahwinan.Aku segera keluar dan mengunci pagar.

“Hai sayang,"sapa Eiyad sambil mengukir senyuman manis.

“Hai,pagi-pagi dah bersayang-sayang ni,ada apa-apa ke?"soalku sambil memakai seatbelt.

“Ala,nak manja dengan tunang sendiri pun salah ke?"Eiyad mula merajuk.

“Salah tu tak,tapi telinga ni janggal mendengarnya."

“Suka hati saya lah.Oh ya,sayang habis kursus petang ni,kita ke rumah mama ya.Mama ajak kita makan malam,"kata Eiyad.

“Saya ikut aje.Lagipun dah lama tak jumpa mama dengan papa."

Tamat saja sesi petang itu,Eiyad memandu kereta menuju ke rumah mama.Eiyad tenang dengan pemanduannya walaupun tersekat dalam kesesakan lalu lintas.Nama pun Kuala Lumpur,tak pernah tak sesak.

Akhirnya kereta Eiyad membelok memasuki halaman banglo.Mama sedang menanti kami di hadapan pintu sambil tersenyum.

“Assalamualaikum mama"ucapku sambil menyalam tangan mama.Sejak aku dan Eiyad mengikat tali pertunangan,mama meminta aku memanggilnya dengan gelaran mama.

“Waalaikummussalam Vie"

“Mama sihat?"

“Alhamdulillah sihat.Makin dekat hari pernikahan,makin berseri muka Vie mama tengok."Kata mama seakan memuji.

Eiyad disebelahku hanya mengukir senyuman.Aku segera menjeling ke arahnya.

“Mari masuk,nak masuk waktu maghrib ni.Papa kamu tak sampai lagi dari pejabat.Traffic jamed katanya.Nenek pun tak balik lagi,keluar dengan Tisha tadi"ujar mama sambil berjalan beriringanku masuk ke dalam rumah.

“Tisha dah balik ke?Bukan ke dia duduk lama dekat Hong Kong?"aju Eiyad sambil mengerutkan dahi.

“Katanya kontrak dekat sana dah tamat,itulah dia balik sini.Dia cakap tadi dekat mama dia dapat job baru.Balik-balik dia terus cari kamu dengan nenek."

Aku hanya dia mendengar perbualan dua beranak itu.Tisha seorang model terkenal.Walaupun dulu aku pernah mengutuk dia dalam hati dengan penampilan tak cukup kain dan bermake up tebal tapi aku kagum dengan kejayaan dia menempa nama sampai ke luar negara.Dia turut menjadi duta beberapa produk terkenal.

“Kenapa dia cari Eiyad?Bukan ke dia dah tahu Eiyad dah bertunang dan bakal berkahwin dengan Vie?"

“Entahlah Eiyad,kamu bukan tak tahu perangai Tisha tu macam mana.Selagi dia tak dapat apa yang dia nak,dia akan berusaha mendapatkannya.Tak dapat bodek mama,dia bodek nenek.Tengoklah,waktu macam ni pun belum balik lagi.Nenek pun ikutkan aje cakap Tisha tu."mama mula mengadu.

“Tak apalah mama,nanti tau lah apa Eiyad nak cakap pada nenek dan Tisha.Eiyad naik dululah mama.Nanti boleh berjemaah bersama."Eiyad berjalan menaiki anak tangga menuju ke tingkat atas.

“Vie,pergilah masuk bilik tetamu.Mama dah siapkan pakaian dan telekung.Nanti boleh berjemaah.Mari mama tunjukkan bilik tetamu."mama menarik lembut lenganku menuju ke bilik tetamu.

“Terima kasih mama"ucapku

“Apalah sangat Vie.Pakai saja baju Eiyana tu. Tapi besar sikitlah.Badan Vie lebih kecil dari Eiyana kan."

“Vie tak kisah pun mama"balasku sambil tersenyum.Rindu pula pada Eiyana.Dah sebulan dia melapor diri masuk ke universiti.

Aku membersihkan diri.Siap saja aku menyarung baju ke badanku.Betul kata mama,agak besar sedikit.Tapi tak kisahlah,janji menutup aurat.Aku memakai telekung dan terus keluar dari bilik.Sewaktu mahu menuju ke ruangan solat,aku lihat Tisha sedang duduk menyilang kaki di atas sofa sambil membelek majalah.Bayangan Puan Maryam tidak kelihatan pula.

Menyedari kehadiran aku di situ,Tisha memandangku sambil mempamerkan wajah seolah meluat.Dia mencebir bibir.

“Acah-acah alim.Solat konon"ejek Tisha nada perlahan tapi jelas menusuk ke telingaku.

“Sekurang-kurangnya saya tahu kewajipan saya.Kalau cik Tisha mahu turut serta,silakan"balasku lalu menaiki anak tangga menuju ke ruangan solat.Aku sempat menjeling Tisha merenyukkan majalah sambil mengetap bibir.

Aku lihat Eiyad dah sedia menunggu di bilik solat sambil berzikir.Auntie Zahara dan uncle Eizlan turut masuk ke ruangan solat.Eiyad segera berdiri lalu melaungkan azan.Sejurus selepas itu Eiyad membaca Iqamah dan memulakan solat.Beruntung papa dan mama dapat anak seperti Eiyad.Bisikku dalam hati

Usai menunaikan solat,air mataku meleleh saat Eiyad membaca doa meminta bahawa permudahkan segala urusan kami dan minta dijauhkan dari segala bala dan musibah.Eiyad juga meminta agar dijauhkan dari segala fitnah dan hasad dengki.Aku memandang Eiyad sayu.Mungkin Eiyad adalah pilihan yang tepat untuk membimbingku selepas kami di ijab dan qabul nanti.

“Mari turun makan.Nenek dengan Tisha dah tunggu dekat bawah"ajak mama selepas selesai melipat sejadah.

“Tisha tak balik lagi?"soal Eiyad dengan wajah masam mencuka.

Aku lihat riak wajah Eiyad berubah.Mungkin tidak menyenangi dengan kehadiran Tisha.

“Nenek ajak Tisha dinner sekali."

Di meja makan Eiyad hanya diam membisu.Tisha dari tadi menegur Eiyad,tapi Eiyad tidak mengendahkan.Aku hanya ketawa dalam hati melihat gelagat Tisha.

“Macam mana persiapan perkahwinan kamu?"soal papa.

“So for so good pa,kami cuma nak lengkapkan borang pernikahan dan buat ujian darah,"jawapku setelah melihat Eiyad seperti tiada mood.

“Baguslah.Masa tak banyak dah,elok settlekan cepat-cepat,"balas papa.

“Seriously you nak kahwin dengan perempuan kampung ni?"soal Tisha seolah memperlekehkan aku.

“Shut up Tisha.Kau tak layak nak cakap macam tu"Eiyad mula melenting.

“Eiyad,depan rezeki ni.Kenapa Eiyad tak boleh layan Tisha baik-baik?"soal Puan Maryam membela Tisha membuat Tisha tersengih.

“Nenek tak dengar ke apa yang perempuan ni cakap tadi?"

“Ada betulnya juga apa yang Tisha cakap.Apa salahnya Eiyad pilih calon isteri yang sama taraf dengan keluarga kita."Kata Puan Maryam membuat aku tersentap.

“Sudahlah tu,depan rezeki tak elok berbalah"balas mama kemudian mengusap belakang Eiyad.

Selera makanku mati.Aku hanya menguis nasi dalam pinggan.Otakku menerawang ke lain.Hubungan aku dan Eiyad tidak direstui Puan Maryam.

“Eiyad tak selera nak makan.Jom Vie,saya hantar awak balik."Eiyad lantas mencuci tangan.

Aku turut mencuci tangan dan berdiri.

“Papa,mama malam ni Eiyad tak balik sini.Eiyad terus balik ke kondo.Esok Eiyad ada flight"ujar Eiyad lalu menyalam tangan papa,mama kemudian Puan Maryam.

Saat aku mahu menyalam tangan Puan Maryam,tak sempat aku mencium tangannya,terus dia sentak tangannya.Aku terkedu.

“Jom sayang" ajak Eiyad sambil menjeling ke arah Tisha.

“Sayang,awak jangan berkecil hati dengan nenek.Saya yakin dia akan terima awak satu hari nanti"kata Eiyad sedikit kesal dengan tindakan neneknya.

“Tak apa Eiyad.Kita kena banyak berdoa agar nenek akan terima saya,"balasku.

“Esok saya akan flight ke Amsterdam.Awak jaga diri baik-baik.Jangan lupa solat.Makan tu jangan skip.Dan yang paling penting,jangan workaholic.Rehat secukupnya." pesan Eiyad buat aku ketawa.Itulah yang disebut-sebut tiap kali kena terbang jauh.

“Baiklah kapten Eiyad"

“Nakal"Eiyad tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience