8 tahun kemudian...
Seorang lelaki segak keluar dari kereta lalu jalan mendekati rumah dua tingkat yang terletak si deretan kawasan perumahan di situ. Setelah dia tiba di depan pintu rumah berkolam renang besar dan laman yang luas itu, dia tekan loceng pintu tersebut.
Ding dong!
Bergema bunyi loceng tu dari dalam rumah. Memaklumkan pada penghuni bahawa ada yang datang ke kediaman mereka itu. Tak lama menunggu, pintu kayu berkaca itu pun terbuka.
Ingatkan pintu tu terbuka secara automatik ke apa. Lepas dia tengok tak ada orang berdiri depan dia, satu suara kecil menyapa dia dari bawah.
"Hello?"seorang kanak-kanak kecil berusia 5 tahun dongak memandang ke arah dia.
Dana pada masa yang sama, suara lain turut kedengaran.
"Avyanna!Berapa kali mama pesan jangan buka pintu tanpa kebenaran!"marah satu suara dari dalam.
"Mama...ada uncle datang..."kata anak kecil itu semasa toleh ke belakang.
Tak lama kemudian, seorang wanita bersanggul muncul lantas berdiri di depannya. Sama seperti dia, wanita itu memandang bingung ke arahnya.
"Ya..boleh saya bantu?"tanya wanita itu sewaktu mematai lelaki kacak bercermin mata di depannya. Pelik, tak pernah pulak suami dia ada kawan handsome macam ni?
"Maaf menganggu...boleh saya tanya adakah ini rumah Ruben?"
"Ya saya isteri dia..."balas wanita itu. "Boleh saya tau siapa encik ni?"tanya wanita itu.
"Kenalkan...saya adalah Adriel Kaito..kawan lama suami puan, kalau boleh...Ruben ada tak?"
"Papa tak ada. Dia keluar jumpa Aunt Cantik!"sengih anak kecil itu semasa memegang kain dress yang mamanya pakai.
"Avy....sayang masuk dalam boleh?"gesa wanita itu pada anaknya.
Dengan patuh anak kecil itu pergi dari situ sambil dimatai oleh Adriel dengan hairan.
"Kalau encik tak kisah..masuk la dalam dahulu. Sementara tunggu Ben balik..dia kejap lagi balik la."pelawa wanita itu.
Adriel yang masih bingung itu berjalan masuk ke dalam rumah itu. Jejak saja kaki dia ke dalam rumah, perkara pertama yang dia lihat adalah bingkai gambar besar yang tergantung di dinding rumah itu.
"Jemput la duduk dulu. Saya hidangkan air." maklum wanita tadi pada Adriel setelah hantar Adriel ke ruang tengah itu.
Adriel berdiri kaku di depan bingkai gambar tersebut. Sekian lama dia tidak menatap wajah itu, hatinya di pagut sendu yang amat sangat setelah melihat gambar di dalam bingkai itu. Gambar dimana Ruben, Renna dan juga...
"Avyanna..."sebut Adriel dengan perlahan sewaktu melihat wajah yang tersenyum di dalam gambar graduasi tersebut.
Dia kemudiannya melihat bingkai gambar yang lain sebelum terhenti di sebuah bingkai gambar yang membuatkan jantungnya luruh.
Dengan tangan dan kaki terketar-ketar, bingkai gambar itu dipegangnya dengan wajah bungkam. Di dalam bingkai itu terdapat imej dimana Avyanna sedang duduk di atas bangku diapit Ruben dan Renna sendiri, bertopi di kepala yang tidak berambut, walaupun dalam keadaan pucat, bibir itu kekal mengukir senyuman. Serta merta air matanya bergenangan di kelopak mata.
BRUKK!
Bunyi sesuatu terjatuh ke atas lantai kedengaran tak lama selepas itu. Buatkan Adriel tersentak lantas toleh ke belakang.
"Adriel?"sebut Ruben dengan muka terkejut dia lepas tengok lelaki lampai yang berdiri di ruang tamu rumahnya itu. Macam tak percaya apa yang dia baru lihat, Ruben gosok mata dia dengan terkejut.
Adriel berdiri kaku dekat situ dengan tangan memegang bingkai gambar tadi.
"Macam mana kau boleh ada dekat sini?"tanya Ruben sewaktu jalan dekati Adriel.
"Mana Avyanna?"tanya Adriel sewaktu tunjuk bingkai gambar yang dipegang ke Ruben.
Mata Ruben turun ke bingkai gambar itu sebelum memandang Adriel. "Buat apa kau tanya?"
Tanpa amaran Adriel terus cekau kolar baju Ruben. "Aku tanya kau mana Avyanna sekarang!"bentak dia tak semena.
Masa itu muncul la isteri Ruben dan anak kecil dia. "Hei apa ni!"marahnya semasa meletakkan dulang berisi air ke meja kopi lalu dapatkan suaminya. "Lepaskan suami saya sekarang.." arahnya.
Mata Adriel gerak ke isteri Ruben sebelum ternampak kelibat anak kecil yang sedang menyorok di tepi dinding memandangnya.
"Kalau kau nak cari Avyanna, patutnya kau tak hilangkan diri dari awal lagi..."marah Ruben semasa menolak tangan Adriel turun dari kolar dia.
Adriel berdiri kaku memandang Ruben. "Apa maksud kau?"tanya dia dengan lemah.
Ruben mengetap gigi menahan sabar. Dadanya naik turun menahan sabar dari melenting dekat situ. Betapa bengang dia saat ini.
Kenapa?Kenapa baru sekarang munculkan diri? Lepas bertahun lama hilangkan diri baru sekarang munculkan diri?
Isteri Ruben peluk badan suaminya sebagai sokongan untuk lelaki itu.
"Mana kau dah pergi?Kenapa kau tinggalkan Avyanna macam tu je?"tanya Ruben dengan kesal.
Adriel pandang Ruben dengan mata kemerahan. "Aku terpaksa..."
Ruben berdengus kasar. Dia pandang geram ke Adriel bersama kepalan penumbuk di tangan. "Elok la...kalau kau pergi awal-awal. Tak adalah Avyanna menderita lagi teruk dari apa yang dia dah tanggung.."
"Mana dia Ruben?Aku nak jumpa dia."minta Adriel.
Isteri Ruben tercebik-cebik hendak menangis, sementara Ruben hanya pandang dingin ke Adriel.
"Dia dah tak ada."jawab Ruben. "Avyanna meninggal dunia lima tahun lepas.."dua hari selepas anak perempuan Ruben dilahirkan, Avyanna hembuskan nafas dia setelah berjumpa dengan anak kecil lelaki tu.
Terus terbungkam Adriel seusai mendengarnya. Bingkai gambar yang dipegangnya terlepas pegang lantas jatuh terhempas di lantai.
Berderai hancur kaca pada bingkai sejurus ia jatuh.
Ruben pandang Adriel dengan mata kemerahan mahu menangis. Tapi tak. Dia dah janji yang dia takkan menangis. Jadi dia takkan menangis "Dia meninggal dunia sebab kanser usus yang dihidapi sejak dia masuk kolej.."
"Sebab dia tahu dia takkan hidup lama, Avyanna berusaha untuk menangkan hati kau. Berusaha untuk kejar kebahagian dia selagi masa dia masih ada. Tapi tak. Semuanya musnah lepas kau pergi tak berkhabar. Dia cuba bertarung nyawa untuk bertahan dengan harapan kau akan muncul...tapi tak. Sehingga hujung nafas dia yang terakhir...kau tak muncul jugak."cerita Ruben dengan lirih.
Air mata jatuh menitis ke pipi Adriel. Lelaki itu memandang tak percaya ke Ruben.
"Sampai hujung nafas dia, hanya engkau je yang dia fikir.."sambung Ruben lagi dengan sedih. "Kenapa kau pergi Adriel?Kenapa baru sekarang kau muncul?"
Adriel terduduk dekat sofa tu sambil menopang muka dengan sebelah tangan. Dia sakit tenat masa tu. Dengan hanya pembedahan saja dapat selamatkan dia. Pada awalnya dia ingat dia takkan berjaya harungi sakitnya.
Namun ibubapanya yang nekad tidak berputus asa tu berjaya dapatkan jantung untuk dia. Dan setelah itu baru la dia selamat dan dapat teruskan hidup. Tapi tak semudah tu, dia kena jalani pelbagai jenis terapi dan proses yang mana ambil masa bertahun lamanya.
Niat dia adalah setelah dia sembuh, dia mahu mencari Avyanna dan tebus kesalahan dia. Tapi sayang masa dia nak cari, jejak keluarga Avyanna mahupun Avyanna lesap begitu saja.
Lepas beberapa bulan siasat baru la Adriel dapat kesan Ruben. Memikirkan Ruben rapat dengan Avyanna, pasti Ruben tahu dimana Avyanna. Tapi tak sangka pulak lain yang dia dengar.
"Mama..."suara kecil dan lembut itu kedengaran sekali lagi.
Buatkan Adriel, Ruben dan isteri dia toleh ke arah anak kecil yang sedang memeluk anak patung comel di tangan kanan dia.
"Yes sayang?"sambut si mama sambil seka air mata dari pipi dia lalu bercakung di depan anaknya.
"Mama dengan papa gaduh pasal Avyanna ke?"tanya anak kecil itu takut-takut.
"Tak sayang...kami tak bergaduh."pujuk isteri Ruben.
Adriel pandang sedih ke anak kecil itu sebelum memandang Ruben semula. "Kau namakan anak kau nama dia?"
Ruben pandang ke lantai sambil mengepal penumbuk. "Hanya itu cara untuk aku tak lupakan dia."selama ni perasaan sayang dia dan cinta dia terhadap Avyanna tak pernah kurang walaupun orang itu sudah tiada lagi.
Adriel berdiri lantas bergerak ke anak Ruben sebelum melutut kedua-dua kaki di depan anak kecil itu.
Isteri Ruben berdiri untuk beri ruang pada Adriel. Dia tahu segalanya tentang kawan baik serta cinta hati suaminya sejak awal perkenalan dia dengan Ruben. Malah dia la yang selamatkan Ruben dari terus terjerumus dalam kesedihan di atas kehilangan Avyanna.
Adriel tatap wajah anak Ruben sebelum memandang patung yang dipegang oleh anak itu. "Boleh uncle pegang sekejap?"tanya dia.
Avyanna kecik pandang mama dan papa dia minta izin. Setelah melihat orang tuanya menganguk kepala dia serahkan patung itu pada Adriel.
"Aunt Cantik yang bagi Avy.."sebut anak itu.
"Patung tu Avyanna sendiri yang bagi pada Avy lepas dia dilahirkan...kata dia, itu adalah satu-satunya benda berharga buat dia."cerita mama Avyanna dengan sedih.
Adriel pegang patung itu dengan sebak. Walaupun bertahun lama telah berlalu, patung itu masih dalam keadaan baik. Patung yang dia berikan pada Avyanna pada suatu masa yang lalu. Dan bila dia belek patung itu, matanya terbaca satu tulisan yang dikait cantik pada lengan patung tersebut.
'Avyanna Heart Adriel'
Terus dipeluk patung itu rapat ke dada oleh Adriel sebelum dia menangis teresak-esak sampai menggigil kuat bahu dia.
"Maafkan aku Avy..."ucap Adriel dengan menyesal sekali.
-TAMAT-
Share this novel