Hidden Hide Out

Other Completed 7886

"Jemput la masuk.."pelawa Avyanna semasa berdiri depan pintu masuk studio.

Adriel jalan memandang sekeliling ruangan itu. Ianya sangat luas. Di dinding sebelah kanan terdapat rak dimana gulungan kain terletak. Di depan dinding kaca terdapat sebuah sofa besar bersebelahan meja komputer. Di sebelah kiri pula terdapat sebuah meja potong kain dan patung-patung manequein.

"Selamat datang ke ruang santuari saya, a.k.a tempat idea tercipta."maklum Avyanna sambil tanggalkan kot labuh yang dipakai dari badan. Mendedahkan dress yang dipakai.

Adriel pandang tak percaya ke Avyanna. "Studio?Kau minat fesyen atau ini side income kau?"Pelik?Kenapa ambil jurusan engineering kalau suka fesyen.

Avyanna gerak ke sofa dan meja komputer berada. Sekali lagi dia keluarkan barang dari beg untuk meetingnya. "Saya minat fesyen. Dan ini bukan side income saya. Saya reka baju untuk saya pakai dan untuk suka-suka. Kalau ada masa saya tolong buatkan baju untuk mereka yang tak mampu membeli dress yang cantik...cool tak?"jelas dia masa on kan macbook di sofa.

Adriel jalan dekati Avyanna lalu duduk di kerusi meja komputer sebelah sofa, dekat dengan Avyanna. "Kalau macam tu kenapa pilih jurusan ni?"pandang dia ke tepi wajah Avyanna.

Avyanna tak jawab. Dia cuma diamkan diri masa sentuh touchpad macbook dimana imej idea untuk tugasan dia berada.

Sebab siapa lagi...Dia ingat dengan pilih jurusan ni supaya dia boleh berada dekat dengan Adriel."Kalau saya cerita mesti awak takkan percaya."kata Avyanna tanpa palingkan semula kepala ke skrin laptop.

Adriel rehatkan lengan dia di atas kepala kerusi tu. "Mana aku nak tahu kalau kau tak cerita."kata dia sewaktu menunggu Avyanna pandang dia.

Avyanna keluarkan imej dimana idea dia untuk projek tugasan mereka di skrin laptop tu. Tidak hiraukan pertanyaan tu. Bukannya dia tak nak jawab. Dia nak, cuma dia takut Adriel akan bagi reaksi yang tak menyenangkan.

Sakit la bila Adriel berikan kata-kata kasar pada dia! "Macam mana dengan idea ni?Saya lukis secara kasar belum detail lagi..cuba la tengok." dalih dia serta merta.

Disebabkan masa tak banyak dan mereka ketinggalan, mereka kena cepat selesaikan tugasan ni. Supaya nanti kalau ada kesilapan boleh repair awal-awal.

Adriel capai laptop tu tanpa alihkan mata dia dari Avyanna yang sedang membelek kertas pula. "Kau tak sambung apa kau nak cakap.." katanya.

"Tak payah la. Cerita tu kebudak-budakkan. Lagipun kalau saya cerita bukannya dapat buatkan awak suka saya pada saya."jawab Avyanna dengan senyuman sedih di bibir sewaktu tunduk menyelak helaian kertas di tangan, nak pastikan kertas tu disusun ikut page supaya Adriel senang nak telitikannya.

Tak puas hati dengan Avyanna yang sejak tadi tak nak pandang muka dia, Adriel letak laptop dekat meja komputer tu lalu duduk dekat sofa.

Duduk je Adriel dekat situ, Avyanna dah gelabah sakan. Bau haruman gentleman lelaki tu buatkan dia turn on!Tapi dia kekalkan postur tenang bersahaja. Tak nak nampakkan sangat dia mudah lentur depan Adriel.

Avyanna tak nak Adriel senang-senang sakitkan dia."Ini research yang saya buat berkaitan dengan topik kita.."Avyanna serahkan kertas tu ke sisi setelah perasan Adriel duduk di sebelahnya. "Awak tengok dulu mana yang sesuai."masih tidak memandang Adriel, Avyanna capai buku nota di tepi peha kanan dia pula.

Adriel capai kertas tu lalu di letakkan ke tepi. Fokus dia masih ke Avyanna yang seperti ngelak dari memandang dia.

Biasanya Avyanna boleh je pandang dia. Tak kira terang-terang atau sembunyi. Dia perasan. Tapi kali ni tidak. Entah kenapa dada dia sakit dan rasa tercabar menengokkan sikap Avyanna terhadap dia kebelakangan ni.

Dia bukannya dengan imej selekeh dia sampai tak selera nak tengok. Dia dalam imej dimana kalau ada perempuan tengok, mereka takkan alihkan pandangan sampai bila-bila.

Tapi di sini Avyanna, dengan acuh tak acuh perlakukan Adriel macam Adriel tu makeluk paling hodoh dekat situ.

Avyanna tunduk mencari pen dalam beg sambil itu. Entah mana pulak pen tadi. Tertinggal dalam kafe ke?"Sekejap ya..saya cari pen..lepas tu kita boleh mulakan discuss-"katanya sebelum satu cengkaman erat terasa pada pergelangan lalu dengan kuat dia disentak berpusing ke sisi.

Tersentak diperlakukan sebegitu, Avyanna memandang terkejut ke Adriel dengan nafas tertahan.

Dengan renungan marah handsome dia, Adriel renung tepat ke mata Avyanna lepas berjaya buatkan Avyanna menghadap dia.

Berasa gemuruh dan malu yang amat sangat Avyanna ketawa kekok. "Ada apa ni?"tanya dia semasa pulas tangan kiri dia yang sedang dicengkam kuat dengan jari jemari runcing milik Adriel. Kalau boleh jadi, lama dah jantung dalam badan ni meledak keluar dari tulang rusuk.

Pergh!Renungan dalam tu betul-betul buatkan Avyanna tak senang duduk. Memulas kaut perut dia bila lelaki yang selalu dia puja kelihatan sangat berbeza.

"Kenapa kau tak nak pandang aku?"tanya Adriel dengan nada marah namun perlahan.

Sampaikan Avyanna yang dengar merinding bulu roma. "Mana ada...saya tengah pandang awak la ni.."jawab dia semasa cuba jarakkan diri dia dari Adriel.

Takut kalau Adriel tak selesa atau rimas dengan dia nanti. Dah la bukan senang nak duduk berduaan dengan Adriel. Dah ada peluang ni kena la hargai betul-betul.

Mata Adriel perasan akan pergerakan kecil Avyanna masa gadis itu ngesot ke belakang seakan jarakkan kedudukan mereka.

"Stop!What you doing!"arah Adriel serta merta masa ngesot rapat ke Avyanna apabila melihat jarak mereka jauh dari sebelumnya.

Terkejut Avyanna bila suara marah Adriel kedengaran. Dia kejung dekat situ. "Apa?Ada apa?"tanya dia dengan bingung.

"Duduk diam-diam la...kenapa kau anjak jauh dari aku?Kau ni kenapa?Asal menjengkelkan sangat?"ujar Adriel dengan kening berkerut.

Terus beku Avyanna lepas dengar. Salah apa lagi ni?Apa lagi yang Adriel tak puas hati kan? Sebenarnya dia sendiri tak tahu kenapa dengan diri dia. Aura dari Adriel yang baru ni buatkan badan dia kacau bilau. Fikiran dia, hati dia semuanya tak kena. Jadi dia tak boleh nak fokus sepenuhnya!

"Sorry."ucapnya.

Adriel lepaskan keluhan letih. Dia lepaskan tangan Avyanna sebelum sandar ke belakang. Terus dia pejam mata sambil berkerut kening. Apa yang dah berlaku sebenarnya ni? Kenapa dia rasa macam ni?

Avyanna pandang serba salah ke Adriel. Dia buat Adriel sakit kepala ke?Macam mana ni? Nak dia pergi ke? Takut-takut nak pegang Adriel, Avyanna angkat tangan lalu memegang lengan Adriel.

"Awak tak apa-apa ke?"tanya Avyanna dengan lemah lembut. Tak nak jengkelkan Adriel lagi.

Adriel tak memberi respon. Semuanya jadi kacau bilau!Dia tak sepatutnya ada perasaan dekat orang sedangkan dia dah bertunang. Tapi kenapa dia rasa macam ni sekarang?

Melihatkan Adriel tak hiraukan pertanyaan dia, Avyanna perlahan-lahan bangun dari situ. Nak beri ruang pada Adriel.

Baru je dia nak berdiri, satu cengkaman hangat hinggap di lengan atas kiri Avyanna. Buatkan dia kembali duduk.

"Duduk."arah Adriel dengan mendatar. Dia perlahan-lahan membuka mata dan kembali duduk tegak.

"Awak okay?"tanya Avyanna kerisauan.

"Beritahu aku...kenapa kau sukakan aku?Dan sejak bila?"tanya Adriel.

Avyanna terdiam seketika. Untuk pertama kali sepanjang tiga tahun, akhirnya soalan yang dia tunggu selama ini ditanyakan jugak. Ingatkan dia takkan dapat peluang untuk dengarkannya.

"Panjang ceritanya. Kalau saya cerita nanti discussion kita tak terbuat...kerja kita tak siap."jawab Avyanna sambil pandang kanan dan kiri dia.

Adriel pegang dagu Avyanna lalu memaksa Avyanna kembali memandang dia. "Kerja tu sekejap je boleh siap. Sekarang beritahu aku?"minta dia semasa turunkan tangan ke bawah sebelum jatuh ke dalam tangan Avyanna di riba itu. Namun dibiarkan tangannya tak di alihkan.

Avyanna tenung mata Adriel lantas menelan air liur gemuruh. Here we go!

"Semua ni bermula masa kita berusia 18 tahun."cerita Avyanna sambil tersenyum sebab lucu ingatkan balik zaman dia budak skema dulu. "Mungkin awak tak ingat. Masa tu saya ada gaduh besar dengan kakak tiri saya. Kami bergaduh sampai mommy saya tampar saya. Sebab sedih punya pasal, konon la saya larikan diri. Dalam keadaan menangis tu saya berakhir di sebuah kedai permainan arked. Dekat situ saya terjumpa seorang remaja lelaki sebaya saya. Dengan pakaian kemas, rambut di potong mangkuk dan berkaca mata berdiri depan mesin claw patung. Seronok tengok awak main saya pun cuba la nasib."

"Tak lama main, duit pun habis saya menangis dekat situ macam budak tadika tak dapat hadiah. Sebab hari tu semunya serba tak kena. Dan masa tu la ada tangan menghulur saya patung. Rasa gembira ada..rasa malu pun ada.
Nak tak nak saya ambil la patung. Lepas tu saya cakap la terima kasih. Saya tanya nama dia siapa sebab lain kali kalau jumpa saya belanja makan."Avyanna pandang Adriel lepas tu.

Adriel berkerut kening sebab tak faham. Jadi gadis bercermin mata, berpendakap gigi dan rambut toncang dua yang dia temui tu Avyanna?

Awal pembuatan buku ni..ramai readers dah tahu sad ending jadi ramai skip tk nak baca. Biasanya kalau tinta buat novel Tinta tak tunjuk sgt tau sad ending...tp untuk novel ni tinta mmg dh siap tag sad ending..so ramai elak dari baca sebb tk suka. So bnyk2 novel yg ada... Failing in Love dan Bila Cinta Tak Bersatu antara ranking terendah di dalam 53novel yg tinta create.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience