Isnin pagi tu, semua student yang mengikuti pertandingan tournament ragbi berkumpul depan laman parkir kereta. Selain tu ada pelajar-pelajar lain turut berkumpul di situ. Hendak menghantar rakan dan teman lelaki mereka bertolak.
Semua di situ ada teman wanita mereka sendiri, tapi yang seorang tu je belum ada...tapi peminat bukan main lagi ramai. Gaya mereka tu macam nak hantar soldier ke medan peperangan je gayanya.
"Senior...jangan lupa saya dekat sana.."
"Dalam ni ada bekalan untuj senior...makan la dalam perjalanan nanti."
"Ini lucky charms yang saya buat untuk senior masa pertandingan nanti."
"Semoga berjaya ya."
Avyanna yang tengok kesesakan di depan Ruben hanya menyilang tangan ke dada. Dia buat muka bosan memerhati lagat pelajar junior dan senior di depannya itu. Meluat dia tengok, lagi-lagi si Ruben. Senyum sampai ke telinga tu hah terima macam-macam dari peminat lelaki tu.
"Terima kasih semua...saya gerenti dengan semua ni saya dapat menangkan perlawanan tu nanti.."balas Ruben dengan senyuman boyish di bibir.
"Kyaaa!!"teriak mereka yang mahu memeluk Ruben.
Dengan pantas Ruben angkat tangan menghalang. "Okay ladies...chill okay. No hug no kisses."arah Ruben serta merta.
"Alaa..."keluh mereka semua dengan serentak.
Ruben ketawa bila dengar reaksi mereka. Lalu mata dia beralih ke Avyanna yang sejak tadi diam berdiri dekat belakang kerumun peminat dia. Tengok je muka kesal Avyanna, Ruben terus tersengih. Comel je muka Avyanna masa marah.
Tanpa berlengah Ruben jalan dicelah peminat dia untuk dekati Avyanna. "Morning sayang.." sapa Ruben masa tarik Avyanna ke dalam pelukan lalu mengucup tepi kepala Avyanna.
"Kalau aku tahu peminat kau ada dekat sini, tak adanya aku bangun awal semata nak hantar kau ke sini."rungut Avyanna masa dia biarkan Ruben peluk.
Ruben ketawa, dia jarakkan diri dia dari Avyanna tanpa turunkan tangan dia dari badan Avyanna. "Jelous ke sayang?"sakat Ruben.
Avyanna jeling menyampah ke Ruben menilik pakaian varsiti rasmi kolej yang terpasang dibadan Ruben sambil betulkan apa yang terlipat. "Good luck."sebut dia dengan muka bercemberut. Yalah pukul 6 pagi kot, matahari pun belum tegak lagi. Dia dah terpacak dekat situ.
Ruben angguk kepala. "Thanks."senyumnya dengan ikhlas. Dia sangat tersentuh sebab Avyanna yang bukan jenisnya suka bangun awal, sanggup bangun awal semata untuk dia.
Avyanna menguap sampai air mata dia ikut mengalir turun dari tepi mata.
"Take care...pastikan Renna sentiasa ada di sisi kau...kau tak tau apa Dania akan buat dekat nanti.."pesan Ruben masa seka air mata yang turun dari tepi mata Avyanna dengan jari.
"Jangan risau la..tau la aku."Avyanna pandang ke belakang bahu Ruben bila perasan ahli pasukan Ruben mula naik ke dalam bas. "Dah la pergi naik sana...dia orang dah naik."halaunya.
Ruben toleh ke belakang, dia pandang pintu bas tu sebelum kembali memandang Avyanna. Entah kenapa hati dia risaukan sesuatu.
"Aku serius ni...jaga diri kau."Ruben pegang kedua-dua belah kepala Avyanna lalu mengucup dahi hangat tu lama-lama dengan mata terpejam.
Avyanna cuma termenung pandang dagu Ruben dengan mengantuk. Risau sangat la Ruben ni pada dia. Fikir yang positif sudah la.
Setelah itu Ruben peluk Avyanna semula. "Jumpa nanti. Kalau free facetime aku."
Avyanna tepuk belakang badan Ruben sambil mengangguk kepala di atas bahu bidang tu. Sempat jugak dia kerling ke peminat Ruben yang lain.
Mereka dekat situ cuma pandang Avyanna dan Ruben dengan renungan tak puas hati, cemburu,terkilan dan teringin. Yalah, Ruben tak izinkan mereka peluk Ruben, tapi dengan selamba Ruben kiss dan peluk Avyanna. Tapi mereka faham, Ruben adalah king dalam kolej ni. Memandangkan Avyanna pula queen. Mereka memang tak ada chance la!
"Dah la.."Avyanna tolak Ruben jauh dari dia. Pelik pulak dia dengan angin Ruben yang tiba-tiba buat perangai macam something bad akan berlaku.
Perlahan-lahan tangan Ruben turun melurut dari badan Avyanna sebelum berhenti dalam tangan Avyanna. "Jom ikut aku sekali!"ajak Ruben yang tarik Avyanna ke arah pintu bas bersama di.
Avyanna yang tahu perangai main-main Ruben. Biarkan lelaki tu cari mood supaya tak rosakkan fokus lelaki tu.
"Dah lah tu...macam pengantin baru pulak aku tengok kau orang ni.."keluh rakan Ruben atas pintu bas.
Ruben hanya buat jari tengah pada rakan dia sebelum naikkan satu kaki ke tangga bas tu. Sebelah lagi masih pijak jalan dengan sebelah tangan pegang Avyanna.
Bila Avyanna tengok muka Ruben dia cuma tepuk tangan Ruben yang erat mencengkam jari jemari dia. "Aku okay...pergi la cepat." angguk dia beri kepastian.
Dengan kening berkerut tidak yakin Ruben naik atas bas tu sambil tangan dia perlahan-lahan lepas dari mencengkam jari jemari Avyanna.
Lepas tangannya terlepas Avyanna seluk tangan ke dalam jaket labuh dia bersama senyuman di bibir. Memandang Ruben dengan lama.
"Bye sayang.."lambai Ruben kali terakhir sebelum pintu bas tu tertutup.
Avyanna balas lambaian tu dengan kedua-dua tangan.
Dan bila Ruben duduk dekat tempat sebelah tingkap, lelaki tu terus melambai tangan ke Avyanna dengan muka risau dia.
Avyanna dekat luar bas berdiri dekat situ melambai tangan. Dan bas itu pun mula bergerak tak lama selepas itu.
Gajiku tidak selamat ditanganku. Takziah diucapkan buat akaun bank..sbb puas menjoli dalam shopee sempena Gong Xi Fa Cai ni...offer manyakkk murah mahhh
Share this novel