For a while.

Others Completed 8107

"Hei...aku tanya something boleh?"aju Ruben masa dia termenung memandang bawah dagu Avyanna sewaktu baring di atas riba tu.

"Hm...tanya la."balas Avyanna tanpa alihkan mata dia dari skrin televisyen.

Lepas pulang dari hospital, Ruben bawa Avyanna balik ke apartment persingahan Ruben. Malas nak balik dorm awal sangat sebab tak ada benda nak buat.

Ruben ingat nak bawa Avyanna date tengok wayang dengan makan aiskrim, tapi mengenangkan apa yang baru menimpa Avyanna dia batalkan niatnya dan bawa Avyanna ke situ untuk berehat.

"Kalau aku ajak get back kau nak ke?"

Avyanna tunduk ke riba di mana Ruben tengah baring di atasnya. "Kau dah kenapa tanya macam tu...kan aku dah beritahu aku dah bertunang.."

Ruben capai tangan Avyanna lalu dipegang dekat pada dadanya. Dia baring ngiring menghadap perut Avyanna.

"Tunang je pun..boleh putus bila-bila masa. Lagipun kau belum kahwin dengan lelaki entah siapa-siapa tu.."

Avyanna lepaskan hela nafas panjang lantas pandang ke skrin televisyen semula. Dia sebenarnya pun tak tahu nak buat apa. Dalam situasi dia sekarang ni, dia tersepit di antara perasaan dia dan perasaan semua orang. Salah keputusan dia, hancur semuanya.

"Avy.."panggil Ruben bila Avyanna tak jawab.

"Aku tak tahu...Ben."jawab Avyanna dengan perlahan.

"Ke kau masih terkejar-kejarkan si Adriel tak ada hati perasaan tu.."tanya Ruben.

Avyanna angkat tangan satu lagi lalu di letakkan atas kepala Ruben. Dia usap kepala Ruben dengan perlahan. Rambut hitam lebat lelaki itu sangat lembut. "Aku tak tahu jugak." balasnya sambil termenung pandang ke depan.

Melihatkan sikap Adriel yang sangat membencikan dia, Avyanna terasa mahu putus asa. Dia nak sangat give up kan perasaan dia pada Adriel. Tapi setiap kali pandang muka Adriel, buatkan dia teringin memiliki lelaki itu. Tak kira la Adriel buat apa, lelaki tu akan tetap berada di hati dia.

Ruben bangun dari baring dia dan terus duduk bersila tepi Avyanna. "Aku janji dekat kau yang aku takkan rapat dengan mana-mana perempuan lagi. Kalau kau putuskan pertunangan tu, dan aku akan pujuk daddy kau supaya terima aku.."

Avyanna pandang Ruben dengan renungan mamai nak tertidur. Disebabkan badan dan kepala dia masih sakit gara-gara jatuh tadi, Avyanna rasa lemah tak bertenaga.

"Ianya tak semudah tu Ben.."keluh Avyanna sambil silakan kaki dia lalu sandar ke headrest katil. "Keputusan aku bukan je melibatkan aku seorang...tapi ramai orang."

Ruben dekatkan lagi diri dia ke Avyanna lalu mencapai jari jemari Avyanna sebelum digengam erat.

"Please...aku tak boleh tengok kau dengan lelaki lain. Kau sendiri tahu apa perasaan aku dekat kau kan...aku mengalah sebab kau sukakan si Adriel tu. Dari dulu lagi kau selalu ada dengan aku...dekat dengan aku. Bila aku dapat tahu kau dah bertunang terus buatkan aku resah...aku risau aku takkan dapat jumpa kau lagi.."minta Ruben lagi dengan kening berkerut terdesak.

Avyanna pandang wajah handsome Ruben dalam-dalam. Dia tilik setiap inci wajah tu. Ramai-ramai lelaki handsome yang dia jumpa, hanya Ruben saja yang bagi dia perasaan selesa, selamat dan menjengkelkan pada masa yang sama. Tiada orang lain. Pada Adriel pun dia tak pernah rasa perasaan yang sama. Mungkin sebab dia dah bersama dengan Ruben hampir 14 tahun.

"Please..."Ruben pegang pipi Avyanna dengan lembut. Sentuhan itu serta merta buatkan Avyanna memejam mata sambil melepaskan hela nafas lega. Dia sandarkan pipi pada sentuhan tu.

"Maafkan aku...."ucap Avyanna yang perlahan-lahan membuka mata lalu memegang tangan Adriel di pipinya. Dia pandang Ruben dengan senyuman nipis di bibir"Selagi bukan pihak lelaki yang putuskan pertunangan ni, aku tak boleh buat daddy dengan mommy kecewa."

Ruben mengerang kejengkelan. Dia dongak ke atas sebelum tumbang ke belakang menghadap siling. "Serius aku sumpah dengan kau, kes kiss pelajar junior tu bukan aku yang nak....dia yang tiba-tiba kiss aku lepas aku tumpangkan dia naik kereta nak ke kolej. Kebetulan kau lalu masa tu jugak."jelas Ruben sambil termenung memikirkan kes dua tahun lepas.

Avyanna capai remote control tv lalu merendahkan volume tv tersebut. Setelah itu dia gerak ke Ruben lalu baring meniarap di sebelah.

"Beritahu aku...kau betul-betul sukakan aku sebagai kawan atau lebih dari tu?"tanya Avyanna.

Ruben baring mengiring menghadap Avyanna. Dia topang kepala dengan tangan kiri. Sebelah tangan dekat pingang, kaki kanan dia ada di atas kaki Avyanna.

Hela nafas pendek lepas dari bibir Ruben."Aku tak tahu...sebabnya aku dah lama dengan kau, so perasaan aku terhadap kau macam aku treasure something important."anak rambut Avyanna diselak ke belakang telinga sambil tu."Kau sedih aku sedih, kau dekat dengan aku, aku happy, tak nampak kau buat aku resah, tak sentuh kau buat aku craving."jawab Ruben dengan bersahaja.

"Psst!"decit Avyanna masa pandang tak percaya ke Ruben. Lelaki terkenal dengan sikap playboy depan dia ni sememangnya pandai berkata-kata. Jadi susah sikit nak percaya. "Yalah tu...kau kalau bercakap, mengayat manis nombor satu...entah-entah dengan perempuan lain pun kau cakap macam tu jugak."

"Excuse me?"soal Ruben dengan muka terasa kerana komen itu. "Tolong sikit...ya. Apa aku cakap dengan dia orang tak serius macam aku cakap dengan kau okay."

Avyanna topangkan pipi dengan kedua-dua tangan. "Yalah tu...playboy macam kau tu bukannya boleh buat percaya. Entah-entah apartment ni dah berapa ramai dilawat dengan spare part kau tu pun tak tahu.."

"Hei...cakap tu biar elok eh. Selain kau dengan family aku, tak ada orang lain apa lagi perempuan lain jejak kaki dalam rumah ni ya." balas Ruben. "Kau ingat aku murah macam tu sekali ke.."

Avyanna menjeling menyampah ke Ruben. "Whatever...dah la aku nak balik."Avyanna gerak nak turun dari katil tu.

Ruben yang alert terus pegang Avyanna. Dia tarik Avyanna baring ke atas katil tu semula.

"Argh!"jerit Avyanna kerana terkejut bila di tarik macam tu sekali.

Ruben ketawa. Dia peluk Avyanna rapat ke dadanya lalu baring mengiring menghadap antara satu sama lain. "Tak boleh!Hari ni kau duduk dengan aku!"

"Urgh....apa ni!Lepaskan aku!"gelut Avyanna yang cuba tolak diri dia jauh dari Ruben., tapi pelukan pada sekeliling dia langsung tak membantu!

Ruben tersenyum menampakkan lesung pipit di pipi. Dia yang bertemu muka dengan muka Avyanna kucup laju-laju dahi Avyanna. "Sekejap je...lepas ni aku tak jumpa kau."

Terus berhenti Avyanna dari bergelut lepas dengar. Dia pandang Ruben dengan muka terkedu. "Huh?Apa maksud kau?"

Sambil tersenyum Ruben sandarkan dahi dia pada Avyanna lalu memejam mata. "Aku ada tournament ragbi isnin nanti. Tak tahu sampai bila, aku takkan ada dekat kolej sepanjang masa tu."

Avyanna terdiam selepas itu. Dia tenung mata Ruben lama-lama.

"Just let me have you for a while."minta Ruben sewaktu jauhkan kepala dia sedikit dari Avyanna.

"You know...this is wrong right?"tanya Avyanna. "Aku ni tunang orang.."

"Like I care..."Ruben tarik Avyanna ke dalam ceruk lehernya dan merehatkan kepala dia ke atas kepala Avyanna lantas memejam mata

Avyanna lepaskan keluhan letih. "Benci la cakap dengan kau ni." renggusnya semasa memeluk sekeliling rusuk Ruben dan sandarkan kepala ke dada Ruben.

"Benci-benci pun kau sayang dekat aku jugak kan.."sebut Ruben dengan nada seperti orang nak tertidur.

Perlahan-lahan, tangan Avyanna gerak mengusap belakang badan Ruben. "Terima kasih untuk hari ni Ben." ucapnya semasa pandang sedih ke dada Ruben lalu pejamkan mata.

Ruben yang sudah terlena tidak dengar akan ucapan itu.ยน

Disebabkan novel ni tk de numbering cuma tajuk.bab maybe akan ada kesilapan masa tinta copy paste...klu ada kesilapan mcm ulang bab ke terbalik ke note kan ya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience