Tiga hari selepas pertemuan Avyanna dengan Adriel berlalu begitu saja. Dan selama tu Adriel tidak hadir ke kolej. Kelibat lelaki itu tidak kelihatan dimana-mana. Kelas mahupun dorm. Tak ada siapa pun yang sedar ketidak hadiran lelaki itu ke kolej. Namun hanya seorang saja yang perasan akan hal tu, iaitu dia.
Sambil payungkan depan dahi dengan tangan, Avyanna berdiri dekat sebelah padang tengah hari tu. Katanya Ruben nak keluar makan tengah hari bersama. Sebab itu dia berpanas dekat situ menunggu kawannya itu.
PRIT!!!!!!
Bunyi wisel penamat ditiup jurulatih kedengaran tak lama lepas tu. Dan pemain yang bersepah dekat tengah padang mula bergerak bubar dari situ.
Dan masa ni la suara sorakkan peminat kumpulan ragbi kedengaran di bangku tempat penonton stadium tu.
Avyanna yang berdiri dekat tepi padang tu cuma menunggu dengan sabar setelah kelibat Ruben kelihatan dari jauh.
"Ben!Sini...."
Lelaki tu dengan girang berjoging ke arah Avyanna. Rambut basah dengan peluh itu kekal melekat di sekitar dahi sewaktu Ruben berjoging.
"Hai sayang!"sapa Ruben sewaktu mendepakan tangan nak peluk Avyanna.
"Na-ah...hand off me. You sweating and stink!"arah Avyanna masa angkat tangan ke depan dada Ruben.
Ruben tak nak dengar malah dia terus dekati Avyanna hendak peluk tubuh kecil itu. "Alah...nak peluk sekejap je..."
Avyanna elak, dia larikan diri dari disentuh dengan manusia melengas satu badan tu. "Kau gila!Jangan sentuh aku la!"
Sambil ketawa Ruben kejar Avyanna yang bertumit tinggi tu dengan gembira. Suka dia sakat Avyanna.
"Yahhhhh!!!!!"teriak Avyanna masa dia dipeluk dari belakang oleh Ruben tak lama lepas tu lalu di angkat oleh lelaki tu. "Ew!ew! Arghhh!Lepaskan la!"teriaknya.
Selesai Ruben bersihkan diri dan salin pakaian, lelaki tu bawa mereka berdua ke diner berdekatan dengan kolej. Tempat biasa mereka berdua lepak kalau tak ada benda nak buat.
"Kau nak makan macam biasa ke?"tanya Ruben sambil tarik kerusi untuk Avyanna duduk.
"Boleh."jawab Avyanna masa duduk.
"Okay..."Ruben tolak semula kerusi ke dalam sewaktu Avyanna duduk di kerusi lalu gerak ke kaunter hendak dapatkan makanan untuk mereka berdua.
Sambil meletakkan beg di atas meja, Avyanna kerling ke arah Ruben yang sedang beratur di dalam barisan menunggu giliran.
Seakan sedar diri diperhatikan, Ruben toleh ke meja dimana Avyanna berada. Dan bila mata dia bertentangan dengan Avyanna, Ruben tersengih bangga lantas mengenyit mata pada Avyanna sebelum kembali pandang ke depan.
Avyanna tersenyum apabila melihat sikap nakal Ruben. Tak habis-habis hendak mengurat dia. Tanpa alihkan perhatian dari Ruben, Avyanna topang dagu dengan tapak tangan kanan dia.
Betapa terima kasihnya dia pada Ruben saat ini. Kalau bukan sebab Ruben, mungkin sampai sekarang dia menangis dan berkurung dalam bilik mengenangkan Adriel.
Hatinya masih kecewa dan sedih dengan keputusan Adriel mengenai mereka berdua. Sehingga sekarang dia masih tak boleh nak lupakan Adriel. Tak kira la apa yang Adriel dah katakan pada dia, hatinya masih tak boleh terima. Dia ikhlas cintakan Adriel, tapi lelaki itu berkeras untuk menolak cintanya.
Tapi kenapa?Apa kurangnya dia? Beria dia inginkan Adriel sevaliknya malah ditolak mentah-mentah dengan lelaki tu.
Sementara di depan matanya, Ruben yang selama ini sukakan dia dan sanggup berada di sisi dia, tak henti-henti bersama dengan dia tak kira apa sekalipun yang berlaku, beria mahu menunggu dia.
Perlu ke dia berputus asa dari terus mencintai lelaki yang tak nakkan dia dan bencikan segalanya tentang dia?
Atau
Patut ke dia pilih untuk bersama lelaki yang selama ini hidup membesar dengannya dengan mencintai dia sehingga sekarang?
"Air jus fresh oren dia orang tak ada...jus epal boleh tak?"tanya Ruben masa datang di meja bersama dulang berisi hidangan yang diorder.
Avyanna tenung wajah Ruben masa lelaki tu hidangkan makanan atas meja di depannya. Dari dulu lagi, Ruben yang jaga dia. Perhatian terhadap segala detail mengenai dia.
Sementara dia pulak, langsung tak pedulikan Ruben dan asyik dengan hal Adriel yang sikit pun tak beri perhatian pada dia.
"Kalau tak nak..aku belanja kau minum nanti lepas makan..."aju Ruben masa tersenyum meletakkan pinggan makanan dia lepas Avyanna punya.
Tapi hati Avyanna masih inginkan Adriel. Apa patut dia buat?
"Nak tak jus epalnya?"Ruben angkat kepala memandang Avyanna lepas siap susun makanan dekat meja. Dia pandang Avyanna dengan kening terangkat tinggi.
Bersama senyuman nipis di bibir Avyanna mengangguk kepala. "Boleh."
"Okay...aku pergi order dulu. Kalau kau nak makan, makan la dulu. Tak payah tunggu aku." ujar Ruben semasa berpaling dari situ.
Avyanna capai tisu dari bekas tisu lantas mengesat garfu dan sudu yang dia hendak gunakan. Begitu juga Ruben punya sekali. Selesai mengesat sudu dan garfu mereka, Avyanna guna tisu basah dia sendiri untuk kesat tangan.
Dan masa tu Ruben datang bersama segelas jus epal di tangan. Dia letakkan gelas tu sebelah pinggan Avyanna lantas duduk.
"Kau dah bayar semua ni?"tanya Avyanna masa serahkan tisu basah pada Ruben.
"Dah...masa order sekali.."jawab Ruben sambil capai tisu basah dari Avyanna.
Sedang Avyanna hendak capai gelas minuman dia, masa tu la telefon bimbit dia berdering. Tak jadi nak minum, Avyanna capai beg tangan dia lalu mengambil telefon bimbit dari dalamnya.
Ruben sibukkan diri dengan makanan lelaki tu. Sementara Avyanna jawab panggilan tersebut.
"Hello?"sambut Avyanna.
"Hai sayang...kamu tengah buat apa tu?" mommy dia bersuara dalam panggilan.
Avyanna pandang Ruben sewaktu lelaki tu menyuap makan ke dalam mulut dengan rakus. Lapar benar gayanya!
"Makan tengah hari dengan Ruben."
"Oh..ya ke. Sorry kalau ganggu. Maybe mommy call lagi sekali nanti..."
Avyanna buat muka tak faham. "Ada apa ni? Beritahu je la."
Panggilan tu senyap sekejap sebelum satu hela nafas panjang dilepaskan oleh mommynya."Sayang...kamu ada dengar apa-apa dari Adriel tak?"
Avyanna terdiam sekejap. Dia pandang terkejut ke pinggan makanannya. Ada pulak lagi ni? "Kenapa dengan Adriel?"
"Mommy tak tahu apa yang berlaku. Tapi parents Adriel dah maklumkan mereka call off pertunangan dan perkahiwnan kamu berdua."
Ibarat direntap kuat pada tangkai jantungnya, Avyanna terpempan. Air mata terus bergenangan di kelopak mata.
"Apa?"tanya Avyanna dengan sebak. Adriel betul-betul putuskan pertunangan mereka? "Tapi kenapa?"
"Mommy tak tahu sayang..daddy kamu dah pujuk tapi mereka berkeras untuk putuskan pertunangan tu.."
Avyanna bawa tangan dia ke mulut lantas tersedu menangis. Air mata turun ke pipi. Tak larat nak pegang phone lama-lama, dia terus jatuhkan tangannya ke riba lalu tunduk pandang ke bawah.
"Kenapa ni Avy?"tanya Ruben dengan resah sebaik dia dengar Avyanna nangis. Terus bangun dia dari duduknya lalu bercakung dekat sebelah kerusi Avyanna.
Teresak-esak menangis, Avyanna terus letakkan kepala di bahu Ruben. "Aku nak dia.." sebutnya di balik sedu.
Ruben pegang belakang kepala Avyanna lalu diusap dengan muka kerisauan. Apa pulak lagi Adriel dah buat ni?Tak cukup-cukup ke?!
Share this novel