"Say what?"
Avengeline dekat seberang sofa depan dia duduk cuma periksa kuku jari, nampak sangat dia enjoy tengok Avyanna macam ni.
"Kamu kena bertunang dengan anak lelaki mereka. Kami dah terima lamaran mereka. Disebabkan anak mereka sendiri sibuk dan tak dapat ikuti majlis pertunangan, keluarga mereka hantar cincin tunang terus."cerita mommy dia.
Dengan kening berkerut, Avyanna pandang daddy dia. What the heck! "Daddy...apa ni?"tanya dia dengan kesal.
Avengeline sengih mengejek bila tengok reaksi gadis berkaca mata bulat depan dia.
"Pada awal rancangannya, kami nak Avengeline yang bertunang dengan anak mereka, tapi Avegeline tolak sebab dia ada kerjaya permodelan yang dia fokus. Dia tak nak perkahwinan ni ganggu karier dia nanti. Dan calonnya agak muda dari dia."jelas daddynya pula.
Ibarat seperti ditampar, Avyanna tergamam. Dia pandang tak percaya ke keluarganya.
"Habis tu Avy macam mana?Avy pun ada impian Avy sendiri..."luah Avyanna dengan kening berkerut sedih.
"Please sayang. Kami dah beri kata putus pada mereka. Melalui pertunangan ni. Kamu bukan saja bantu daddy tapi bantu syarikat datuk kamu menjadi lebih kukuh lagi.."pujuk mommynya pula.
Avyanna tersandar ke belakang kerana tak terkata. Berasa terpana sendiri dengan sikap bias parents dia terhadap diri dia. Anak kandung mereka. Darah daging mereka.
"Okay. Kalau macam tu. Avy akan setuju kalau daddy dengan mommy jawab soalan ni. Jujur dan sebenar-benar jawapannya."ajunya semasa menyilang tangan dan kaki dia.
Memandangkan dia tahu dia takkan menang dalam perbalahan ni, tiada lagi kata yang dapat dia katakan lagi pada orang tuanya. Kalau semua ni buat mereka bahagia, dia mengalah.
"Apa dia soalannya?"tanya daddynya.
Avyanna duduk tegak dari sandarnya. Lantas memberi renungan serius ke daddynya. "Did I'm really your daughter?"
"Lah dah kenapa kamu tanya macam tu pulak? Sudah tentu la kamu tu anak kami berdua.."
Avyanna pandang tak puas hati ke mommynya pula. "Dah tu kenapa mommy dengan daddy selalu menangkan Ave je...Avy jugak anak mommy dengan daddy bukan dia sorang.."aju Avyanna dengan kesal.
Avegeline bergerak nak bangun dari situ, tapi daddy mereka terus bersuara.
"Duduk Ave.."
"Tapi daddy, budak ni-"tunjuk Avegeline pada Avyanna dengan muka tak luas hati.
Mommy Avegeline pegang peha dia, menghalang dia dari terus bersuara.
Dengan muncung tak puas hati, Avegeline palingkan kepala ke kanan kerana marah.
Avyanna pula yang bangun bila tengok parents dia pertahankan Avegeline. Dia orang nak dia je yang melawan. Kalau Avegenline, nak perempuan tu je nampak baik!
"You know what...it getting late..I should going now."Avyanna capai bekas cincin dari meja tu lalu berdiri menghadap mommy dia dengan sedih. "By the way...Terima kasih untuk hadiah lahir ni." tunjuk dia pada bekas cincin yang di pegang sambil tersenyum kelat.
Dengan serentak tiga beranak depan Avyanna pandang terkejut ke Avyanna.
"Apa kamu kata?"tanya mommynya dengan muka tergamam.
See...hari lahir anak sendiri pun tak ingat. Sure ke dia ni anak mereka?Dia pulak rasa was-was.
"Yes...fyi. today is my 21st birthday..."jawab Avyanna sambil menyarung jaket tebal labuhnya ke badan.
Daddy Avyanna terus berdiri tegak nak dapatkan Avyanna lepas dengar semua tu. Dia tak ingat langsung!
"Sayang...maafkan daddy nak."
Avyanna menggeleng kepala. "It's okay.."balas dia dengan senyuman di bibir.
Mulanya dia ingatkan keluarga dia nak buat suprise parti ke apa sebab ajak dia balik ke rumah. Tapi dia tak expect pun berita tak menyenangkan ni pulak yang dikhabarkan kepada dia.
"Tunggu sebelum kamu pergi, mommy nak bagi tahu mama dan gambar dia pada kamu.."
Avyanna menggeleng kepala. "No!"dia tak nak tau apa-apa pasa tunang dia ni. Tak lain tak bukan mesti salah seorang dari anak-anak orang kaya yang terlebih di manjakan. Bratty dan bossy. Bukannya dia tak kenal perangai anak orang kaya macam mana. Dua kali lima macam Avengeline. "I don't care."balasnya.
"Tapi kamu kena tahu.."desak mommy dia sekali lagi.
"Good night semua.."lambai dia semasa jalan maju ke depan tanpa menoleh.
Setiba Avyanna di luar rumah, driver yang jemput dia sedia membuka pintu kereta untuk dia lepas nampak Avyanna berdiri dekat situ.
Termenung sekejap Avyanna memandang ke depan masa berdiri tegak dekat depan pintu rumah tu. Sambil tu dia gengam erat bekas cincin baldu biru tu kuat-kuat.
Susah betul kan nak buat orang lain happy dalam masa yang sama happykan diri sendiri sekali.
Kenapa ya, setiap kali nak happykan seseorang kita kena bersakit?
Berasa kesal dengan apa yang dibincangkan tadi, Avyanna toleh semula ke belakang. Dia pandang daun pintu yang tertutup rapat dengan bengang.
What a family right?
Jadi anak orang kaya konon, anak bongsu la konon. Anak kandung la konon.
Akhirnya apa?Di anak tirikan jugak!
"Jared...hantar saya ke McD!"arah Avyanna sebelum berpaling ke depan dan berjalan mendekati kereta.
"Baik cik muda bongsu."angguk driver tu masa Avyanna tunduk masuk ke dalam perut kereta. Sejurus itu dia tutup pintu kereta dengan perlahan.
Seusai duduk dan memasang seatbelt, Avyanna tunduk memeriksa cincin dalam bekas tadi. Bila dia buka bekas tu, mata dia di sapa dengan sebutir cincin berlian yang berbentuk pintalan tali tetapi terdapat tiga butir mutiara di permukaan atasnya.
"Wow.."sebutnya dengan perlahan kerana mengangumi kecantikan itu. Tanpa ragu-ragu, dia tarik cincin tu keluar dari bekas lalu disarung ke jari manis kirinya.
Muat-muat!
Avyanna kemudiannya angkat tangan dia untuk periksa sama ada cincin tu sesuai ke tidak dengan senyuman di bibir. Namun tak lama lepas tu tangan tu jatuh hilang semangat ke bawah.
"Sayangnya..."keluh Avyanna bila teringat akan Adriel. Crush kesayangan dia....sekali lagi, dia kena lepaskan Adriel demi orang lain macam mana dia buat selama beberapa tahun ni.
Share this novel