Miss Target

Other Completed 7886

Bersama Renna di sisi Avyanna berjalan keluar dari dewan kuliah lepas kelas untuk pada hari tu berakhir. Mereka berdua berborak tentang itu dan ini sewaktu jalan merentasi koridor yang sibuk dengan pelajar lain yang lalu lalang di situ.

Tak perlu susahkan diri untuk elak atau mencelah di kalangan pelajar di situ, Avyanna dan Renna diberikan laluan oleh pelajar sekitar tanpa di suruh. Dah menjadi kebiasaan mereka untuk lakukan hal tu setiap kali Avyanna melewati mereka.

"Selamat petang senior.."tunduk mereka semasa Avyanna jalan melintasi mereka.

Avyanna yang dengar ikut tunduk menyapa mereka. "Evening guys.."senyum dia dengan ikhlas pada mereka.

Macam baru bertemu dengan idola, mereka semua starstruck taktala Avyanna membalas sapaan mereka.

"Lepas tu aku beritahu dia aku ada sugar daddy, dia terus block aku."cerita Renna mengenai peminat tegas yang suka ganggu dia.

"Senang betul kau kan nak lari?"soal Avyanna masa mereka berjalan.

"Well...you know me.."Renna selak rambut paras dada dia ke belakang bahu dengan sassy.

Avyanna yang tengok perangai gedik sepupunya ketawa sebelum deringan telefon kedengaran.

"Sekejap...ada orang call."maklum Avyanna masa berhenti dekat tengah koridor tu untuk mendapatkan telefon bimbit dalam beg tangan dia.

Renna ikut berhenti, dia berdiri menghadap Avyanna dengan minat."Hah..siapa pulak tu yang call?Tunang kau la tu?"seloroh dia yang sedia maklum mengenai pertunangan Avyanna setelah sepupu dia ceritakan kepada dia dua minggu yang lepas.

"Hello?"jawab Avyanna setelah berjaya memperoleh telefon bimbit dia.

"Di mana kamu?Kelas dah habis belum?"tanya mommy dia dalam panggilan serta merta.

Renna beri isyarat pada Avyanna untuk gerak terlebih dahulu pulang ke dorm menggunakan jari.

"Baru je.."Avyanna angguk kepala faham pada Renna setelah rakannya beri isyarat.

"Elok la..mommy dah hantar Jared ke sana." maklum mommynya.

Avyanna terus gerak keluar dari bangunan sehingga tiba di laman berbatu. "Untuk apa?"tanya dia masa pandang ke depan dimana pintu berada.

"Dia hantar dress dan hantar kamu terus ke date dinner malam ni.."

Kening Avyanna berkerut lepas dengar. "Dinner?Dengan siapa?"tanya Avyanna lagi yang berjalan hendak menghampiri jalan.

"Dengan siapa lagi...dengan tunang kamu la. Kan kamu berdua belum saling berkenalan, ini la masanya."

"Oh."balasnya lepas sedar sesuatu.

"Jangan lewat...dia orangnya sangat cerewet soal menepati masa. Jadi kamu kalau nak berdandan tiga empat inci tebalnya, siap awal-awal.."

Berdengus menyampah Avyanna lepas dengar. Mommy dia ni kan, kalau tak mengutuk dia tak boleh agaknya. Mesti ada je sindiran pedas untuk dia.

Sambil tengok kanan dan kiri jalan dia bersuara."Yalah...mommy ni kan mana ada Avy bersolek tebal macam tu."yakin tiada kenderaan, Avyanna seberang jalan untuk ke dorm dia.

Sedang Avyanna jalan melintas jalan, sebuah kereta muncul dari arah kanan tak lama lepas tu. Avyanna yang terlalu fokus dengan perbualan dia langsung tak sedar.

"Sebelum tu Avyanna nak tahu, siapa nama tunang Avyanna tu?Mommy tak bagi gambar apa lagi detail pasal dia?Ke Avy tunang dengan orang tak wujud?"tanya dia.

"Kamu tahu nanti lepas jumpa dia. Mana best kalau mommy beritahu semuanya."

Avyanna tersenyum. "Ada-ad-" namun sesaat kemudian muncul satu impak yang kuat merempuh dia dari belakang tubuh dia tercampak ke depan sebelum jatuh berguling dekat atas jalan tar tu beberapa kali.

Tak tahu apa yang berlaku, Avyanna terlepas pegang telefon dia lalu ia meluncur sepanjang jalan tu sebelum berhenti di tepi pembahagi jalan setelah tubuh dia mendarat atas jalan bertar tu dengan kuat.

Dalam keadaan sakit di bahagian lengan dan dada kerana senak di terpa kuat secara tiba-tiba, Avyanna memejam mata taktala rasa berpinar gara-gara berguling tadi.

"Uhuk!Uhuk!"batuk Avyanna masa telentang memandang ke langit. Tangan dia jatuh terkulai lemah ke sisi tak berdaya.

Pelajar yang ada di sekitar menyaksikan kejadian dimana Avyanna hampir dilanggar itu. Namun sebelum kereta tu sempat melanggar Avyanna, seseorang muncul tepat pada masanya lalu menyelamatkan Avyanna dari langgar dengan menolak Avyanna.

"Avy!"panggil suara tu yang sayup kedengaran di telinga Avyanna.

Oleh kerana sakit yang dirasai Avyanna tak tahu apa yang dah menimpa dirinya. Malah dia lupa sekejap siapa namanya. Apa yang dia tahu, segalanya sakit dan dunia sedang berpusing ligat.

"Call ambulans..!"suara cemas tu kedengaran lagi.

Dan perkara terakhir sebelum Avyanna pengsan nampak ialah wajah samar yang berada di atas dia. Setelah itu semuanya menjadi gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience