"Apa kau cakap?"tanya Renna dengan muka sebelah bermasker. Sebelah lagi dalam proses nak dipakaikan ke muka.
"Ya.."Avyanna yang tengah baring atas katil cuma mengentel hujung rambut sambil termenung memandang siling.
"Maksudnya selama Adriel dia cuma...berpura-pura jadi nerd...sebab tak nak orang dekati dia kerana rupa?dan dia adalah tunang kau selama ni?"soal Renna dengan muka terkejut dia.
Avyanna berkerut kening tak puas hati. Berasa jengkel bila ingatkan balik perbualan dia dengan Adriel. Lelaki tak guna tu dah buat fikiran dia serabut. Perasaan dia bercampur baur.
Kenapa Adriel teruskan jugak pertunangan ni?Bukan ke Adriel dah jelas-jelas tak suka kan dia?Dah tu kenapa nak teruskan jugak?Ingat semua ni game ke?Benda boleh buat main-main?
"So apa sebabnya dia tonjolkan peribadi sebenar dia?"Renna kembali pandang ke cermin meja solek lalu menyapu semula cecair makser ke muka dia.
"Aku tak tahu..."balas Avyanna dengan nada tiada mood. Mental betul dia selama beberapa hari ni. Semua ni sebab Adriel.
"Kau pulak macam mana?Nak teruskan jugak pertunangan ni?"
"Aku tak tahu Ren...serius aku tak tahu. Apa yang aku nak sekarang...perasaan stress ni hilang. Dan lupakan lelaki berperangai menyakitkan hati tu.."
Renna pandang Avyanna dari cermin soleknya dengan sengih di bibir. "Kalau aku jadi kau, aku akan happy. Yalah, dah la dapat bertunang dengan lelaki yang aku cintakan selama ni...handsome lagi tu...kemudian jadi menantu keluarga berpengaruh...tak ke happy kalau macam tu?"
Setelah selesai, Renna bangun dari situ lalu menyertai Avyanna di atas katil. Dia panjat katil tu lalu baring di sebelah Avyanna.
"Kau cakap senang la...aku yang kena hadap semua ni...macam mana aku nak happy?Aku kejar Adriel macam perempuan gila. Berkali-kali kata suka dekat dia..tapi apa yang aku dapat?Sakit je. Layanan dingin dari dia. Adriel ingat aku perempuan materialistik dan hipokrit...sedangkan aku ikhlas sukakan dia. Mana tak kecewa. Sekarang...beria nak teruskan pertunangan ni..."luah Avyanna dengan kesal. "Aku penat kau tau.."
"Kalau macam tu...kau beritahu la dia macam tu."
Avyanna berdengus kasar. "Aku dah beritahu. Kau tau apa dia cakap. Dia cakap kalau aku nak putuskan pertunangan, aku cakap sendiri. Dia tak nak dia yang disalahkan dan nampak jahat dekat mata parents aku dengan parents dia..."
Renna tersentak, dia baring mengiring menghadap Avyanna. "Serius la?Muka handsome baik macam tu boleh cakap macam tu dekat kau?"
"Baik la konon. Lelaki handsome semuanya memang tak guna. Sebab ni la aku tak sukakan lelaki hansome. Perangai dia orang tu jauh beza dengan penampilan dia orang!Tak padan langsung!"gerutu Avyanna.
Dring!Dring!
Telefon Avyanna berbunyi. Buatkan Renna yang baring dekat telefon Avyanna seluk tangan ke bawah badan lalu mencapai telefon tersebut. Sekali dia tengok skrin telefon, imej dimana Avyanna dikucup dengan Ruben dekat pipi terpapar di skrin.
"Ruben video call kau.."maklum Renna.
Dengan malas Avyanna capai telefon tu lalu menjawab panggilan tersebut. Dia talakan skrin tu menghadap mukanya.
"WOHOOOOO!!!!!"suara bising yang membingitkan serta merta menyapa telinga setelah imej keluar dari skrin.
Renna ikut ngesot rapat ke Avyanna untuk lihat ke skrin.
"Apa yang bising-bising tu?"tanya Avyanna lepas wajah Ruben terpampang besar di skrin tersebut.
"Sayang...cuba teka."kata Ruben yang bermuka comot terpalit dengan cat hitam dan masih berpakaian jersi ragbi di badan.
"Kau menang?"jawab Avyanna dengan kening berkerut dek kebisingan latar belakang video call itu.
"Oh yeahhhh!We win!!!!"sorak Ruben dengan riang. "Kalau kau ada dekat sini...lama dah aku kiss tau tak...kolej kita dapat masuk ke pusingan akhir tournament..."cerita Ruben bersama senyuman lebar di bibir.
Avyanna yang tengok betapa gembiranya Ruben ikut tersenyum. "Taniah la kalau macam tu...buat yang terbaik untuk perlawanan akhir nanti.."
"...oh honey I wish you were here.." ucap Ruben masa pandang skrin tu dengan renungan terkilan.
Renna dekat sebelah tersenyum masa tengok Avyanna. Nampak sangat dekat situ yang Avyanna happy bila ada Ruben. Tak pernah tak senyum.
"Ada aku ke tak sama je...kau menang game tu jugak.."balas Avyanna.
"Beza okay...banyak bezanya..."balas Ruben. "Oh ya...macam mana kau dekat sana? Semuanya okay tak?Renna dengan kau kan?Dania kacau kau lagi?"tanya Ruben dengan laju masa lelaki berjalan ke suatu tempat apabila suara bising tadi sudah menjadi sayup.
Avyanna berdengus kecil. "One by one mister."
"Sorry...aku terlalu excited. So?"
Avyanna memberi senyuman serba salah pada Ruben. "Tunggu kau balik baru aku cerita..."
"Alah beritahu je dekat sini.."
"Nope."geleng Avyanna dengan sengih menyakat dia.
"Oh...tak nak cerita ya..okay. Fine...tak nak call kau lagi. Enjoy la hari-hari tanpa aku.." rajuk Ruben.
Avyanna ketawa bila tengok Ruben buat muka dan muncungkan bibir. Tak padan dengan muka comot rambut selekeh macam tu. Ada hati nak merajuk.
"Mengada-ngada. Kau ingat aku nak pujuk." balas Avyanna.
"Tunggu kau eh...mentang-mentang aku jauh..tunggu. bila aku balik sana sedia la.."ugut Ruben.
Avyanna jelir lidah lantas ketawa.
banyak kesalahan ejaan kan?sorry...tinta tk tgk2 sblm publish.
Share this novel