So called family

Other Completed 7886

Sambil mengeringkan rambut, Avyanna berjalan keluar dari bilik air setelah siap mandi untuk keluar makan malam dengan Renna nanti.

Tengah Avyanna jalan nak ke tempat gantung tuala, telefon bimbit yang berada di atas meja solek tiba-tiba berdering. Deringan itu serta merta mematikan langkah Avyanna. Tak jadi nak sangkut tuala, dia jalan dekati meja soleknya.

Difikiran Avyanna, pasti Renna yang hubungi dia. Takut sangat kalau dia berdandan lama la tu. Itu yang call.

Tapi bila dia pegang telefon tu dan tengok skrin telefon, nama lain pulak yang muncul dekat skrin.

"Daddy?"sebut Avyanna dengan hairan bersama kerutan di kening masa dia tunduk memegang telefon

Ikon hijau pada skrin di slide ke kanan dengan jari sebelum dia tekap telefon tu ke telinga kiri.

"Hello?"sapanya.

"Di mana kamu sekarang?"tanya suara tegas tu tanpa kata aluan terlebih dahulu buatkan Avyanna terdiam sekejap.

Lepas dia sober dari terkejutnya Avyanna bersuara semula. "Hai daddy.."sapanya semasa duduk di kerusi meja soleknya.

"Daddy hantar orang untuk jemput kamu ke dormitari kamu, jadi jangan ke mana-mana."

Avyanna pandang pantulan dirinya melalui cermin depannya. "Nak ke mana?"

"Makam malam dengan kami."

"Tapi Avy dah janji dengan Renna. Avy bawa dia sekali ya."

"Cakap dengan dia lain kali. Sebab ini hal family kita."

Avyanna mengetap bibir menahan sabar lepas dengar. Daddy dia tahu hari ni hari apa atau memang tak tau apa-apa ni?

"Perlu ke ke sana?"tanya Avyanna masa dia capai sikat lalu menyikat rambut lurus hitam paras dadanya.

"Avy...daddy tak nak bergaduh dengan kamu. Pulang saja ke rumah dan kita akan berbincang."

Sikat tadi diletakkannya sebelum dia capai bekas moisturizer pulak. "Kenapa tak beritahu je sekarang. Lagipun daddy sendiri tahu kalau Avy balik ke sana, niat nak bincang boleh jadi gaduh.."wajah mommy dan kakak tiri dia terus terlintas di depan mata dia.

Dua makeluk yang anti pada dia sejak dia diahirkan.

Nak tahu apa yang lagi mengejutkan?

Avyanna adalah anak hasil perkahwinan mommy dia dengan daddynya. Sementara kakak tiri tua dua tahun dia tu anak perkahwinan pertama mommy dia. Isunya sekarang ialah, mommy dan daddy dia perlakukan dia macam dia pulak anak tiri mereka.

Apa-apa hal kakak tiri Avyana yang akan dilebihkan. Sementara Avyanna dapat sisa. Paling teruk, Avyanna kena dapatkan sendiri.

"Jangan nak mulakannya Avy.."

Avyanna  sapu krim pelembap tu ke muka dengan lemah lembut. "Avy tak mulakannya..."

Dengusan kasar kedengaran dari balik panggilan tersebut. "Lekas siap...driver dah sampai dekat dorm kamu."

Bersama hela nafas kesal, Avyanna mengangguk kepala. "Fine. Tapi daddy jangan salahkan Avy kalau benda tak jadi macam yang daddy nak eh.."pesan dia semasa bangun dari situ.

"Deal."

Avyanna kemudiannya putuskan panggilan telefon lantas bersiap. Dan sepanjang masa dia bersiap, Avyanna tertanya-tanya.

Benda penting apa la yang nak di bincangkan tu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience