Trouble

Other Completed 7886

"Tiada kecederaan serius yang dialami oleh cik. Menurut CT scan, tiada apa-apa keganjilan di otak. Tiada darah beku atau pendarahan.  Semuanya dalam keadaan baik. Mungkin kerana impak lepas terjatuh tu buatkan cik alami sedikit konkusi." jelas doktor.

Ruben dengan muka serius dengar dengan tekun penjelasan doktor. Sementara Avyanna dekat sebelah gosok belakang kepala dengan pek ais sebab berbenjol.

"Terima kasih doktor.."ucap Ruben.

Doktor itu mengangguk kepala.

Setelah pamit meminta diri, mereka berdua kemudiannya keluar dari bilik rawatan tu bersama. Lalu disambut oleh dua rakan Ruben.

"Macam mana?Semua okay tak?"

"Doktor cakap apa je?"tanya mereka.

Avyanna pandang mereka berdua sambil tersengih. "Hei...relaks la. Kalau teman wanita kau tengok kau orang macam ni dia orang boleh salah anggap yang kau orang suka dekat aku tau tak.."gurau Avyanna.

Ruben peluk Avyanna lalu dibawa rapat ke tepi dada dia. "Dia tak apa-apa. Doktor kata pun tak apa-apa."

"Bagus la kalau macam tu...tapi apa yang sebenarnya dah berlaku?"

"Yalah...terkejut kita orang masa tengok kau kena tolak dengan Dania tadi.."

"Rasa tak patut pun ada...kasar betul jadi orang Dania tu."

Ruben tunduk pandang Avyanna nak tahu jugak.

Avyanna tersenyum lalu menggeleng kepala. "Salah faham je. Lagipun salah aku jugak sebab tak tengok-tengok masa berjalan tadi."

"Kau langgar dia la ni?"

Avyanna mengangguk kepala.

"Tapi dia tak boleh la sampai macam tu sekali dekat kau.."

Ruben gosok tepi lengan Avyanna. "Apa masalah dia?Dari dulu lagi suka sangat sakitkan kau.. "tanya dia.

"Alah Dania tu kalau bukan Avyanna sekalipun dia marah jugak. Hari tu aku nampak dia tampar budak junior lepas tersenggol dia sikit je..."

"Ahh...betul tu. Aku nampak.."

Kening Ruben mencerun tajam lepas dengar. "Serius la?"

"Iya...bukan tu je..dia ada buat hal dalam kumpulan cheerleader dia. Selalu datang lewat masa latihan. Gaduh dengan budak junior sampai budak tu patah tangan..."

Avyanna tolak diri dia dari Ruben lepas dengar semua tu. "What?Betul ke semua tu?"

Mereka bertiga pandang Avyanna dengan muka serba salah. "Ya...girlfriend aku ketua cheerleader tu beritahu dia akan buang Dania dari kumpulan  serta merta."

Avyanna pandang risau ke satu arah. "Kenapa dia buat perangai macam tu?"soalnya dengan perlahan.

"Alah...biar la. Perempuan tak betul tu."

"Kau Avy...jangan dekati Si dania tu..kalau bertembung pun cepat-cepat elak. Dia tu bukannya boleh agak..."

"Hari ni dia tolak kau macam tu sekali...entah-entah silap hari bulan...kita tak tahu..lagi-lagi kau tu pesaing nombor satu dia.."

Ruben capai jari-jemari Avyanna lalu digengam erat di celah jari jemarinya."Dah la jom balik fakulti. Aku lapar dah ni..."ajaknya.

"Jom.."sambut mereka sebelum bergerak dalam satu barisan.

"Kau orang tak ada game ke?"tanya Avyanna masa dia jalan di tengah-tengah Ruben dan rakan-rakan lampai lelaki tu.

"Ada..kita orang ada tournament tak lama lagi." jawab Ruben.

"Good luck la kalau macam tu..dapatkan piala sebanyak yang boleh.."balas Avyanna.

"Yes mam!"sahut mereka dengan serentak.

Avyanna yang dengar ketawa sambil sandarkan kepala ke tepi lengan Ruben. Sakit betul kepala dia!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience