Tak suka

Other Completed 7886

This is her story.

Seorang gadis yang mana dalam fasa untuk mula terbuka hati untuk mula bercinta dan dicintai.

Tapi itulah, easy to say hard to do.

Jatuh cinta tu mudah tapi nak mencintai tu yang susah. Bukan setakat makan masa malah memakas kos dan juga suatu proses yang emotion draining.

Macam semua tahu, setiap orang ada citarasa masing-masing. Tak dinafikan. Semua manusia. Yang ada keinginan dan nafsu. Pasti akan mempunyai citarasa yang berbeza-beza.

Sama la macam dia. Ada yang dia suka, ada yang dia tak suka. Ada yang kena macam ni. Ada yang kena macam tu.

Cerewet?

Nah....ia lebih dikatakan sebagai teliti. Okay.

TE.LI.TI. eja betul-betul.

Bukan cerewet. Alright!

So, disebabkan dia teliti, dia ada peraturan sendiri.

Pertama!Jangan dekati kawan yang makan kawan. Kau nak stress free, pilih kawan dengan teliti. Jangan dapat yang toxic friends!

Depan cakap baik, belakang kutuk-kutuk!

Kedua!Have a good life style. Which is, jauhi perkara yang negatif. Sentiasa senyum dan jalani hidup dengan perasaan positif dan optimis. Banyakkan berfikir boleh buatkan muka kita cepat tua!

Ketiga!The most important rule, ahaha! Visual boy. A Big No! Dia orang tu cuma masalah je buat kita girl. Dont get near of them!Ada dengar pepatah kata kan.

Don't judge book by it cover.

Most of handsome guys kebanyakannya semuanya tak boleh pakai. Ada yang curang, ada yang tukang kikis duit,ada yang tukang kumpul girlfriend. Ada yang sweet talker but abbusive..and so on. So it up to you to make a choice. No judge!

Last but not least, always down to earth. Tak kira la apa sekalipun status yang dimiliki. Sentiasa low profile. Jangan nak canang satu dunia betapa indahnya kehidupan kita. Tak payah. Okay. No need at all. Silap hari bulan, lingkup hidup tu jadi papa kedana, tak ke malu nanti.

Ini la peraturan hidup dia. Tapiiiiiiii.....

Ada tapinya...ada.

First dia suka cantik,

Second dia suka attention

Third dia suka makan

Banyak-banyak perkara yang dia tak suka, dia tak sukakan lelaki yang high maintenance.

Serik asyik digunakan dan ditinggalkan dengan spesis harap muka je kacak dan pandai bergaya tu, dia dah putus asa untuk bercinta dengan spesis tu. Jadi untuk kali ni dia pilih.....

Budak biasa-biasa.

Sama ada nerd,

Muka so-so

Latar belakang low profile

Paling penting, lelaki yang rendah diri dan tak popular dikalangan perempuan. Biar tak cepat cemburu atau feeling insecure.

Masalahnya sekarang, yang biasa-biasa tu la susah nak dapat!

Haish!

BANG!

BANG!

Tak pasal-pasal bunyi tumbukan pada pintu kedengaran dengan kuat secara mengejut. Buatkan dia yang tengah fokus terkejut.

"Mak!"latah dia sebab terkejut sampaikan eyeliner dia terbabas conteng dari kelopak mata.

Tergamam melihat solekan dia telah comot, mata dia terus terbutang luas.

"Avyanna Rose!Kau nak berdandan sampai bila!Kelas kita start kejap lagi ni!"teriak Renna dengan kuat dari luar.

Avyanna yang dengar hanya berdengus geram. Makcik sorang tu memang tak boleh nak bagi dia bersolek dengan aman la!

"Kejap!"laung dia semasa capai wet tissue lalu mengesat perlahan kesan contengan tadi lalu membetulkan semula solekkan dia.

"Ughhhj!"ngerang Renna semasa membuka pintu bilik Avyanna lantas berjalan masuk ke dalam ruangan tu. "Kau bersolek macam mana sekali pun..macam tu jugak muka kau!"keluh Renna masa dekati katil lalu mencapai beg tangan Avyanna dan buku.

Avyanna pandang bayang Renna dari balik pantulan cermin meja soleknya semasa mengoles gincu ke bibir mugilnya.

"Kau tu yang kalut sangat nak ke kelas...benda dekat je pun. Jalan kaki tak sampai 10 minit dah sampai kut..."balas Avyanna dengan nada bersahaja.

Renna terus pegang lengan Avyanna dan menarik rakan dia bangun dari kerusi tu. "10 minit ke lima minit ke...still kelas pertama kita pagi ni kelas Professor Brett...kalau kau nak tanggung malu kena maki dengan dia...maybe aku akan fikirkannya semula.."bebel Renna masa mereka berdua berjalan keluar dari bilik tu teruz menyusuri koridor dorm tersebut.

Sambil jalan tersangkut-sangkut hendak terjatuh Avyanna ikut langkah Renna dengan muka toya kejengkelan. Letih betul dia dengan sepupu dia yang sorang ni.

"Alah..cakap je la kau tak sabar jumpa professor handsome kesukaan kau tu..." selorohnya dengan sengih menyakat.

Terus berhenti Renna dari berjalan. Dia lepaskan cengkaman dia dari lengan Avyanna lalu berdiri menghadap sepupu sebayanya itu dengan muka tak percaya.

Avyanna sengih meleret. "Hehehehe....betul kan kata aku.."dia tunding jari ke depan muka Renna masa pandang menyakat ke Renna.

"Apa kau merepek ni hah?"jari Avyanna ditampar Renna dengan perlahan. "Jangan nak buat fitnah."

Avyanna jungkit bahu lalu meneruskan langkah dia sambil melompat-lompat kecil sewaktu menyanyi."Renna suka Brett...Renna suka Brett....Renna suka Brett..."

Melopong mulut Renna lepas dengar. Tak guna punya kawan!"Hei mana ada aku suka dia!Avy!Berhenti!"panggil Renna dekat belakang masa bergegas mendapatkan sepupunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience