"Dari mana kau tahu cerita tu hah?Tak.mungkin itu kau?"soal Adriel.
Avyanna ketawa kecil lepas tengok reaksi tak percaya Adriel."Itu la saya cakap...awak mesti takkan percaya kalau saya cerita.."Avyanna bawa kaki dia naik lalu bersimpuh menghadap Adriel.
"Maknanya kau suka aku sebab aku berikan patung murah tu dekat kau?"soal Adriel.
"Hei..jangan panggil Freddie murah okay. Kalau bukan disebabkan hadiah awak tu, saya mungkin tak balik rumah hari tu dan jadi seperti apa yang saya jadi sekarang.."balas Avyanna.
"What?Kau namakan dia?"Adriel dekatkan lagi diri dia pada Adriel. Seperti Avyanna, Adriel turut silakan sebelah kaki dia atas sofa.
Avyanna topangkan kepala dia dengan tangan kiri yang disikukan pada headrest sofa. "Ya..dari situ cinta pandang pertama pada saya bermula. Sejak tu saya nekad untuk ubah penampilan saya. Belajar bersolek dan sebagainya. Tapi sayang, awak sikit pun tak pedulikan saya lepas tu. Saya ada bercakap dengan awak masa hari graduasi sekolah menengah tinggi kita. Tapi awak buat tak kenal. Sampai la saya dengar awak masuk kolej ni. Beria saya paksa daddy saya aturkan semuanya untuk saya supaya dapat masuk satu kelas dengan awak..."Avyanna ketawa kecil. Berasa lucu dengan sikap nekad dia.
Adriel terdiam semasa menatap wajah Avyanna sedang tersenyum. "Lepas tu kau ganggu hidup aku dengan mengatakan kau sukakan aku.."
Avyanna mengangguk kepala. "Ya...tapi awak langsung tak nak terima perasaan saya. Sebab sedih dan cuba lupakan awak, saya pilih lelaki lain. Saya ingat kalau saya buat macam tu awak akan cemburu atau something. Tapi tak...awak tak peduli jugak.."
Adriel terkedu dekat situ. Dia pandang terkilan ke Avyanna. Sebab dia ke Avyanna bercinta dengan pelajar lelaki lain.
"Tapi nak buat macam mana kan...kalau dah tak ada jodoh, kita tak boleh nak buat apa-apa.."Avyanna turunkan tangan dia dari kepala. "Saya dah bertunang pun..bila-bila masa boleh jadi isteri orang..."kata dia dengan senyuman berserah di bibir.
"Kenapa kau tak pernah beritahu aku semua ni dari awal?"soal Adriel dengan terkilan sekali. Selama ni dia ingatkan Avyanna ni hanyala seorang anak orang kaya yang terlebih manja dan menjengkelkan. Bertukar ganti teman lelaki dan permainkan perasaan dia dengan katakan Avyanna sukakan dia.
"Awak tak pernah beri peluang tu pada saya. Setiap kali saya dekati awak, awak akan marah, maki dan menyentap pada saya...macam mana saya nak beritahu." jawab Avyanna dengan nada ceria. "Tapi saya tak marahkan awak pun..cuma ada la masa tu saya terasa dan sedih.."
"Maknanya kau bukan main-main?"tanya Adriel.
"Mana saya nak main-main. Mesti la serius. Kalau tak mananya saya buat semua ni..ikuti awak macam stalker...berdandan bagai nak rak semata nak nampak comel di mata awak.." ketawa Avyanna.
Adriel yang dengar tak berkedip mata bila dengar. Dia betul-betul terkejut. Avyanna sukakan dia sejak sekolah menengah lagi?Masa zaman gelap dia?Masa dia budak nerd tak pandai bergaya? Dan dia langsung tak tahu menahu mengenai kewujudan Avyanna di sekolah tu?
Avyanna kembali kepada postur tenang dingin bersahaja dia setelah sedar yang dia terlalu open pada Adriel. "Tapi buat masa sekarang, saya dah nekad."kalau bukan sekarang, dia takut dia tak boleh lakukannya lagi.
Sakit pun sakit la.
"Lepas ni saya takkan ganggu hidup awak lagi. Atau paksa awak untuk sukakan saya. Kita ikut haluan masing-masing. Lagipun saya dah bertunang. Tak elok pula saya harapkan kasih terhadap orang lain."luah Avyanna dengan senyuman di bibir.
Mata Adriel terpaku melihat wajah Avyanna. Dengar je kata-kata tu jantung dia terasa seperti direntap putus dari tangkainya. Sesak dada dia dibuatnya. Tak ada kata yang dapat dia katakan sekarang ni.
"Mari la sambung balik discussion kita. Tak siap pulak nanti."ajak Avyanna dengan bersahaja semasa membuka semula buku notanya..
Adriel ketap gigi kuat-kuat lantas mengangguk kepala. Dia pun tak boleh nak buat apa-apa. Lagipun memang dari awal lagi salah dia. Tapi entah kenapa dia rasa sedih dengan semua ni.
Share this novel