"What the hell!Baru sekarang kau nak call aku!"pekik lelaki tu dalam panggilan dengan lantang.
Avyanna yang tengah duduk depan meja solek berdandan untuk keluar nanti guna loudspeaker ketika berborak dengan Ruben lepas dia call lelaki tu seusai mandi.
"Aku dah cakap dengan kau kan jaga diri tu...macam mana semua tu boleh berlaku..nasib baik kau tak apa-apa. Dan kau boleh pulak lepaskan Dania macam tu je?!Lepas apa dia buat dekat kau?Like seriously honey?"marah Ruben lagi.
Pen eyeliner yang dipegangnya dengan kemas bergerak membuat garisan hitam di kelopak matanya.
"It not a big deal Ben..lagipun aku tak nak ganggu fokus game kau.."jawab Avyanna.
"Tak nak ganggu fokus aku?Masa aku pergi tu aku memang dah tak fokus sebab tak sedap hati...aku tak sangka pulak macam ni sekali yang berlaku.."
Avyanna lepaskan keluhan letih. Dia pandang gincu di depannya lalu dicapai. "Relax Ben...you freaking out for nothing." sebutnya semasa mengoles gincu tu ke bibir dia.
"Apa kau cakap?Hei...Yang oi...kau dengar sini. Apa-apa mengenai kau adalah big matter buat aku. Kalau sesuatu berlaku dekat kau..aku tak tau apa akan berlaku dekat aku nanti. Cakap macam senang je kan.."marah Ruben lagi.
Avyanna yang dengar tersengih sendiri. "Sayang betul kau dekat aku kan.."sebut dia sambil tutup gincu tadi semula.
"Gila tak sayang....kalau tak mananya aku nak meroyan macam ni sekali..."
Lepas selesai, Avyanna capai telefon bimbit dia lalu dibawa ke telinga. "Aku okay. Kau jangan risau la..."
"Sepanjang masa aku risau....selagi kau tak ada dekat depan mata aku, selagi tu aku risau. Pleasehl honey...I'm begging you. Take care of yourself till I come back. Lepas tu kau nak buat apa buat la. Biar aku jaga kau.."
Senyuman Avyanna pudar perlahan-lahan lepas dengar. Wajah Adriel serta merta bermain dalam fikiran dia. Bila difikirkan balik, dia beria sukakan Adriel. Tapi sikit pun tak diendahkan oleh Adriel. Lelaki tu perlakukan dia macam dirinya ini hanya sesuatu yang tak berharga.
Sementara Ruben, tak kira apa sekalipun keadaan sentiasa hargai dia. Lebihkan dia dari apapun. Sentiasa nyatakan perasaan suka terhadap dia macam mana dia buat terhadap Adriel. Nak dibandingkan Ruben dan Adriel, Ruben adalah orang yang selalu buat dia rasa dihargai. Sementara Adriel...tak henti-henti nak buat dia terasa hati.
"Kau ingat aku ni baby ke sampai perlu di babysit bagai?"balas Avyanna sewaktu menyarung kasut tumit tinggi berwarna putih berkerlipan ke kaki.
"For me you always my baby...accept it."balas Ruben.
Avyanna tersenyum lagi. Baru dia sedar. Beberapa hari sejak Ruben pergi, dia tak kerap senyum macam ni. Dia tak sedar langsung betapa berbezanya suasana hidup dia bila Ruben tak ada. "Whatever...so bila kau nak balik?"tanya dia.
"Asal?dah rindukan aku ke?"
Avyanna berdiri, dia capai clutch dari meja soleknya laku gerak ke arah pintu. "Nah..i'm fine."
"Alah...mengaku je la kalau kau rindu aku jugak.."seloroh Ruben.
Pintu biliknya ditutup. "Tak rindu...cuma teringat je."nafi Avyanna sambil jalan merentasi koridor tu.
"Sama la tu.."
"Lain la.."
"Sama okay...kalau kau teringat maknanya kau rindukan aku...but it okay sayang. Tunggu aku settle semua...lepas tu kita dating eh.."
Ketawa kecil Avyanna lepas dengar. "Dating?Dengan siapa?Aku dengan kau?"soal Avyanna semasa keluar dari bangunan dan berdiri depan pintu masuk dorm tu.
"Of course...dengan siapa lagi."
Dan bila Avyanna pandang ke depan, senyuman dia perlahan-lahan pudar lepas lihat lelaki lampai yang segak mengenakan tuksedo berdiri di tepi kereta mewah tak jauh dari tempat dia berada.
"Fine...take care kalau macam tu. Aku ada hal nak buat ni. Kita borak lagi nanti."pamit Avyanna tanpa mengalihkan fokus dia pada lelaki yang sedang jalan mendekati dia.
Ruben ketawa di dalam panggilan tu. "Okay..bye sayang. Love you!Muah!"
"Bye."sebut Avyanna dengan perlahan sebelum memutuskan panggilan tu.
"Ready?"aju Adriel pada Avyanna masa hulur tangan pada dia.
Avyanna pandang tangan Adriel buat seketika sebelum silangkan tangan ke dada. "Kita nak ke mana ni?"
Melihatkan layanan dingin Avyanna, Adriel seluk tangan ke dalam poket seluar. "Makan malam."
Avyanna pandang terkejut je Adriel. Dah kenapa tiba-tiba ajak dia makan malam?Hantu apa dah rasuk si Adriel ni?Tiba-tiba berubah sikap macam ni.
"Untuk apa?"tanya Avyanna.
"Untuk kau berpura-pura jadi teman wanita aku supaya family aku berhenti paksa aku kahwin..."Adriel pandang Avyanna dengan renungan dalam. Ya, dia nak putuskan pertunangan dia. Kalau Avyanna jadi teman wanita dia, parents dia mesti akan faham dan pertunangan ni akan putus!
Avyanna berkerut kening tak faham. "Saya olok-olok jadi teman wanita awak?"
"Ya..."balas Adriel.
Kecewa betul bila Avyanna dengar. Nampak sangat la Adriel tak anggap dia ni penting! Semuanya mengenai lelaki ni. Tiada satu tempat pun dalam fikiran Adriel tu mengenai dia.
"Fine...lepas semua ni selesai. Kita dah tak ada apa-apa urusan kan. Saya dah balas budi awak selamatkan saya dengan berpura-pura jadi teman wanita awak."katanya dengan hati yang lirih.
Mungkin dah sampai masanya dia lupakan perasaan suka dia pada Adriel. Rasa macam sia-sia je kejar orang yang tak suka dekat kita macam kita suka dekat dia!
Adriel memandang Avyanna buat seketika sebelum mengangguk kepala. "Deal."
"Good. Sebab saya dah berputus asa dengan awak. Jadi lebih baik saya jauhkan diri awak untuk tu."maklum Avyanna semasa pandang ke depan.
Adriel terkedu lepas dengar. Dia pandang terkejut ke Avyanna. "Apa kau cakap?"
"Ya...saya nak berhenti dari sukakan awak." Avyanna pandang dingin ke Adriel. "Saya penat awak tahu...penat kejar awak...penat makan hati dengan awak...penat dengan semua ni." luahnya dengan tegas.
Berkaca mata Adriel masa dengar semua tu. Dia kepal penumbuk kuat-kuat sebab sakit dekat dada dia.
"Fine...mari kita gerak.."Adriel berpaling dari situ.
Avyanna pandang sedih ke belakang badan Adriel. Kenapa lelaki tu tak nak cuba hentikan keputusan dia?Benci sangat ke Adriel pada dia?
Share this novel