New Adriel

Other Completed 7886

Disebabkan hari ni kelas Profesor Brett, mereka berdua jadi pelajar yang baik terpaksa bangun awal dan tercongok dalam bilik kuliah seawal 8 pagi. Sedangkan kelas start setengah jam kemudian.

Tak nak kena maki punya pasal la mereka datang awal macam ni. Masa datang pun bilik kuliah tu ada pelajar lain. Yang mana agak terkejut jugak sebab yang datang awal tu pelajar lelaki.

"Mana kau orang berdua pergi semalam?Satu hari suntuk aku tak nampak?Masa makan malam kau pun tak ada dalam bilik?"tanya Renna masa taip sesuatu dalam laptop. Mungkin siapkan kerja yang tak siap.

Avyanna yang tengah belek media sosial instagram hanya bersandar malas pada kerusi.

"Aku lepak dekat apartment Ben semalam lepas balik hospital."jawab Avyanna tanpa alihkan perhatian dari skrin telefon.

Renna tersentak, mata dia terbutang sewaktu palingkan kepala ke sisi. "What?!"jari dia berhenti menaip. "Hospital?Asal kau ke situ?"

Avyanna turunkan telefon ke bawah, dia pandang Renna dengan muka tak kuasa nak cakap banyak memandangkan waktu itu awal pagi lagi ditambahkan hari ini hari jumaat, hari terakhir berkelas. Memang mood ke laut jawabnya.

"Panjang ceritanya kalau nak diceritakan. So aku pendekkan. Mulanya macam ni, aku on the way nak ke tandas. Tengah aku nak lalu satu selekoh ni, muncul la si Dania dengan mengejut. Aku tak ready langsung masa tu jadi aku terlanggar la dia. Maki hamun la minah tu lepas terjatuh dekat lantai...marah punya marah, dia tolak aku kuat-kuat sampai aku terjatuh baring atas lantai. Akibat jatuh tu aku terhantukkan kepala aku kuat dekat lantai...yang mana buatkan aku end up dekat hospital."cerita Avyanna dengan satu nafas.

Renna yang mendengar hampir tak berkedip bila dengar. Mulutnya ternganga sedikit dengan berita yang disampaikan.

"Serius la?"tanya Renna lepas tu.

Avyanna mengangguk kepala.

"Pergh!Melampau betul si Dania tu. Benda simple macam tu sekali dia nak sakiti kau...asal benci sangat dia dekat kau?"

Avyanna menjungkit bahu.

Renna pulak menggeleng kepala kesal. "Patutnya kau yang benci dia sebab rampas teman lelaki kau dan khianati persahabatan kau orang..bukannya dia."

Avyanna kembali mencapai telefon bimbit dia dari meja, baru je dia nak pandang skrin tu, pintu bilik kuliah terbukak. Nak tahu siapa yang datang, Avyanna angkat kepala ke arah pintu.

Serta merta mata dia bertentangan dengan seorang lelaki lampai yang kemas mengenakan cermin mata bingkai bulat dan rambut di sisir kemas.

"What the hell!"sebut Renna dekat sebelah tiba-tiba.

Avyanna pandang ke Renna dengan kening terangkat. "Asal?"tanya dia sambil jengah lihat ke skrin laptop. Ingat ada sesuatu  berlaku pada laptop Renna.

"Siapa hot guy tu?"tanya Renna masa pandang lelaki lampai tadi berjalan naik menuju ke barisan meja di situ.

La...ingatkan apa tadi!

"Adriel?Kau ke tu?"tegur pelajar lelaki berdekatan.

Adriel hanya beri anggukan kecil pada rakan dia.

Avyanna tersentak lepas dengar nama tu. Dia membutang mata melihat lelaki lampai tadi jalan dekati dia dan Renna.

"Adriel?Serius la?"sebut Renna dengan tak percaya masa nganga lihat Adriel perlahan-lahan dekati mereka. Pertama kali dia nampak Adriel menyisir rambut.

Walaupun penampilan lelaki tu selekeh macam biasa, rambut itu buatkan lelaki tu nampak smart dari biasa.

Tanpa sedar Avyanna telan air liur dia sendiri masa tilik wajah milik Adriel. Berdegup laju jantung dia dalam tulang rusuknya seperti mahu meledak mengenangkan betapa rindunya dia terhadap Adriel. Sumpah dia tak perasan yang itu Adriel. Biasanya dia nampak Adriel berambut serabai. Sekali tu...

"Ehem."dehem Adriel masa Avyanna dan Renna melongo lihat dia macam dia alien dua kepala dekat situ.

Avyanna tersentak, dia tegakkan badan lalu memandang Adriel dengan serius. Dia tak boleh runtuhkan tembok ego dia depan Adriel. Dia tak nak nampak lemah depan lelaki ni.

"Ada apa?"tanya Avyanna sewaktu mencapai telefon bimbit dia lalu di sentuh itu dan ini untuk alihkan perhatian dari terus memandang lelaki seperti god greek feature depannya.

"Tepi."arah Adriel dengan dingin. "Kau halang laluan aku."mata Adriel menunjuk kaki Renna dan Avyanna hadang laluan.

Avyanna pandang sekeliling dia dimana kerusi dan meja yang lain belum terisi lagi. Adriel nak duduk sebelah dia?Untuk apa?Supaya Adriel boleh sakitkan hati dia dengan kata-kata sadis lelaki tu?Memang tak la!

"Duduk la tempat lain la kalau macam tu.." halau Avyanna tanpa pandang Adriel.

Adriel berkerut kening tak faham bila tengok reaksi Avyanna. "Apa kau cakap?"

Tanpa hiraukan Adriel,Avyanna pandang skrin  telefon semula. "You heard me.."memang tak dinafikan Adriel sangat berbeza dengan penampilan baru ni. Tapi itu tak bermakna dia akan tangkap cintan dengan semua tu. Walaupun dia tertanya-tanya kenapa Adriel nak ubah penampilan, lidahnya di gigit menahan diri dari bertanya soalan tu.

Adriel dumbfounded. Dia tak jangka sebegini sekali reaction Avyanna. Tak nampak ke dia dah ubah penampilan. Takkan la sikit tak buatkan Avyanna terkutik.

"Awak boleh duduk tempat saya kalau nak." pelawa Renna tiba-tiba dengan ceria.

Mata Adriel tak beralih ke Avyanna. Dah kenapa dengan Avyanna. Kenapa sikap Avyanna berubah dingin terhadap dia. Selama ni bukan main lagi kemaruk pasal dia. Sekarang?!

Avyanna buat muka tak peduli masa mata dia terarah pada skrin telefon tu.

Sambil mengetap gigi menahan sabar, Adriel beredar dari situ dan duduk ke tempat lain. Duduk je dia dekat situ, Adriel terus silangkan tangan dekat dada tak puas hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience