Real Talk

Other Completed 7886

Lepas tiba di kediaman mewah Adriel, baru la Avyanna sedar sesuatu. Dari rumah, gambar keluarga yang tergantung di dinding itu beritahu Avyanna siapa sebenarnya Adriel ji dari awal lagi.

Mulanya dia syak je. Tak conform lagi. Lepas tengok gambar dimana parents Adriel versama baru dia yakin.

Adriel adalah anak tunggal pasangan suami isteri terkenal dalam dunia bisnes dan hiburan. Ayah Adriel adalah pemilik pengeluar kereta mewah. Sementara ibu Adriel adalah bekas pelakon dan oenerbit filem berpengaruh. Dan paling mengejutkan adalah Avyanna baru sedar yang selama ni Adriel hanya menyamar jadi lelaki selekeh.

"Kenapa awak buat semua ni?"tanya Avyanna masa mereka berdua jalan merentasi koridor selepas mendaki tangga untuk ke tingkat dua.

"Apa maksud kau?"soal Adriel tanpa memandang Avyanna.

"Berlakon macam awak ni seorang lelaki nerd yang tak berterampilan?"tanya Avyanna sambil lihat-lihat interior design rumah tersebut.

Adriel berhenti melangkah. Dia hadapkan badan dia ke Avyanna. Lepas Adriel berhenti, Avyanna ikut berhenti. Dia hadap Adriel dengan muka ingin tahu.

"Sebab manusia ni suka judge orang dari luar. Aku tak percayakan sesiapa untuk dekati aku dengan ikhlas tanpa mengira siapa latar belakang atau rupa aku."jelas Adriel dengan dingin.

Avyanna mengangguk kepala faham. Maksudnya Adriel tak percayakan dia dari awal lagi. Sebab lelaki tu berpakaian macam selekeh sepanjang tiga tahun ni. Tapi kenapa sekarang baru berubah untuk tunjuk diri yang sebenar?

"Sekarang?"Avyanna lentokan kepala sedikit masa berdiri dengan kedua-dua tangan dekat belakang. "Awak jadi diri asal awak sebab apa?"

Adriel tenung wajah Avyanna dalam-dalam. Kalau dia beritahu Avyanna sekalipun, Avyanna takkan terima dia lagi. Apa gunanya. "Kita dah lambat. Better kita gerak."Adriel kembali jalan ke depan.

Avyanna ikut jalan mengekori langkah Adriel. Tanpa maklum, Avyanna seluk tangan ke dalam lengan Adriel lalu di rangkulnya dengan lembut.

Tersentak Adriel masa Avyanna peluk lengan dia. Dengan perasaan terkejut, Adriel pandang ke sisi. "Apa kau buat ni?"

"Well...kita datang sebagai pasangan kekasih kan?So...kena la nampak real."aju Avyanna masa pandang ke depan.

Adriel pandang tepi wajah Avyanna buat seketika sebelum kembali pandang ke depan. Lepas seketika berjalan mereka tiba di pintu gerbang dua muka.

Adriel tolak daun pintu itu ke dalam dengan sebelah tangan lantas langkah gerak ke depan. Bersama senyuman mesra di bibir, Avyanna ikut langkah dengan serentak ke dalam ruangan itu.

Masuk je ke dalam ruangan tu, bau haruman masakan terus menusuk hidung. Dan suara orang berbual serta ketawa kedengaran.

"Iya ke...sama la. Tak sangka ya."

"Dua hari lepas tu tak bangun-bangun."

"Ahahahaha...kesiannya."

Empat orang lelaki dan perempuan duduk di meja makan saling menghadap itu gembira berborak sesama mereka. Sehingga la orang yang duduk di hujung meja angkat kepala lalu memandang dua orang yang berdiri di depan pintu masuk itu.

"Oh...kamu dah datang Adriel...dengan-wow. kamu berdua datang bersama?"tegur papa Adriel dengan renungan kagum dan tersenyum lebar.

Avyanna dekat sebelah Adriel dah pucat lesi macam baru nampak hantu.

Sementara Adriel dah buat muka tak faham dengan kata-kata ayah dia. Datang berdua?Papa dia tahu dia akan bawa orang untuk rosakkan perjumpaan dengan bakal besannya ke?

"Oh my god!"suara ceria di sebelah kanan meja itu buatkan Avyanna tersentak.

"Mommy?"tanya Avyanna dengan muka betul-betul terkejut. Apa yang tengah berlaku ni? Terus dia pandang Adriel di sisi. "Awak tahu semua ni?"

Adriel pandang ke Avyanna dengan mata terbuka luas lepas Avyanna panggil bakal mentuanya mommy?What?!

"Mereka berdua parents kau?"bisik Adriel kebingungan.

"Duh..obviously.."balas Avyanna sebelum pandang ke depan semula.

"Mommy ingat nak ajak kamu, tapi mengenangkan kamu baru keluar hospital mommy dengan daddy ingat kemudian je nak kenalkan kamu dengan keluarga belah tunang kamu...tak sangka pulak kamu berdua datang bersama."ujar mommy Avyanna dengan ceria.

Tangan Avyanna turun dari lengan Adriel lepas dengar semua tu.

Dan dengan serentak Adriel dan Avyanna saling memandang antara satu sama lain.

"Tunang?"soal mereka berdua dengan serentak.

"Elok la kamu berdua dah sampai. Boleh la kita ada real talk.."ujar daddy Avyanna.

Mama Adriel bertepuk tangan gembira. "What an unexpected suprise..mari la. Adriel bawa Avyanna sertai kita."

Masa ni Avyanna dah rasa macam nak melutut dekat situ sebab lutut dia menggigil teruk. Dia terlampau terkejut dengan berita yang baru didengarnya. Maksudnya selama tiga bulan ni dia telah bertunang dengan crush dia sendiri? Adriel Kaito?!Dan dia tak tahu langsung!

Adriel yang ikut kejung seluruh badan tu pegang belakang badan Avyanna. Dia sendiri terkejut dengan semua ni. Lain yang dirancang lain pula yang berlaku. Sumpah!Dia langsung tak tahu yang tunang dia adalah Avyanna sendiri. Masa mama dia berikan profile maklumat tunangnya, dia langsung tak baca sebab tak berminat untuk tahu.

Now what?!

Perlahan-lahan mereka berdua jalan mendekati meja makan tersebut. Avyanna duduk di sebelah mommy dia. Sementara Adriel duduk di sebelah mama lelaki tu.

"Sambil tu mari la kita makan dulu."aju papa Adriel pada mereka semua.

Avyanna pandang Adriel dengan muka tak faham dan marah. Sementara Adriel bisu tak terkata!

What the hell is going on?!

next chapter will escalating so fast...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience