The Farewell

Other Completed 7886

"Kau nak aku ikut kau sekali ke?"tanya Ruben.

Avyanna termenung pandang ke depan memikirkan sesuatu. Hati dia masih berasa sedih dan terkilan sekarang ni. Tapi tiada apa-apa yang dia dapat lakukan saat ini.

"Tak payah. Aku boleh handle sendiri."

Ruben palingkan kepaka ke tepinya sebelah tempat pemandu. Wajah sugul Avyanna di pandangnya dengan renungan sedih.

"Aku tunggu dekat luar kalau macam tu." ujarnya dengan lembut.

Dengan lemah, Avyanna tanggalkan seatbelt kereta lalu keluar dari situ. Seperti zombie yang berjalan, dia selangkah demi selangkah mendekati pintu rumah kediaman keluarga Adriel.

Disebabkan Adriel tak hadirkan diri, dia datang sendiri ke situ inginkan penjelasan. Kenapa Adriel mahu putuskan pertunangan mereka.

Setiba dia di depan pintu, Avyanna ketuk beberapa kali. Setelah itu dia tunduk kepala pandang ke bawah menunggu pintu terbuka. Beberapa minit kemudian, pintu tidak terbuka. Sekali lagi Avyanna ketuk pintu tersebut. Tak lama kemudian pintu itu pun terbuka.

Seorang maid berdiri di depan pintu itu dengan muka kehairanan. "Ya..boleh saya bantu?"sapa maid itu.

Avyanna angkat kepalanya lalu memandang maid tersebut. "Maaf kerana menganggu...boleh saya jumpa Adriel tak?"

Kening maid itu terangkat hairan. "Adriel?"

Avyanna mengangguk kepala. "Ya..."

"Tak ada sesiapa bernama Adriel di sini..." maklum maid itu. "Puan besar saya tiada anak lelaki. Dia hanya ada anak perempuan saja"

Kening Avyanna berkerut tak faham.

"Apa maksudnya?"

"Kalau cik maksudkan keluarga lama yang tinggal di sini...mereka dah tak duduk di sini. Rumah ni dah di jual..."maklum maid tersebut.

Terpempan Avyanna dekat situ dengan wajah bungkam yang amat. Dia pandang terkejut ke maid depannya.

"Jual?"soalnya.

"Ya..."

"Puan tahu mereka pergi ke mana?"Avyanna bersuara dengan perlahan.

Maid itu menggeleng kepala. "Maaf cik tentang tu saya tak tahu. Masa kami datang ke sini keluarga lama rumah ni memang dah tak ada."

Tak tahu nak buat apa lagi, Avyanna berpaling dari situ. Dia jalan mendekati kereta lalu masuk ke dalamnya.

Ruben perhatikan Avyanna dengan sabar. Menunggu gadis itu bersuara terlebih dahulu. Tak nak sibuk-sibuk bertanya itu dan ini.

Sambil mengenakan seatbelt, Avyanna bersuara dengan lemah. "Kita balik."

"Dia orang tak nak jumpa ke apa?"soal Ruben semasa hidupkan enjin kereta.

Avyanna sandar ke belakang lalu menopang dagu dengan tapak tangan kiri di tingkap kereta. "Dia orang dah pindah keluar dari sini. Adriel dengan family dia tak tinggal sini lagi."

Mata Ruben terbuka sedikit. "Huh?Serius?Dah kenapa tiba-tiba hilangkan diri?"

"Aku tak tahu.."termenung Avyanna keluar tingkap. Air mata perlahan-lahan bertakung di kelopak matanya.

Ruben pandang sedih ke Avyanna. Kesian Avyanna, di campak sana sini oleh Adriel dengan tak berhati perut sekali.

"Takkan la sampai macam ni sekali dia buat semata nak jauhkan diri dari kau?"soal Ruben sewaktu mula memandu keluar dari kawasan rumah agam itu.

Air mata menitis turun ke pipi Avyanna sewaktu dia termenung mendiamkan diri. Kalau ini yang Adriel hendakkan. Tiada lagi apa yang dia dapat lakukan. Dia berserah.

"Jangan risau...nanti aku cuba tolong kau kesan dekat mana si Adriel tu secepat mungkin dan beritahu kau."cadang Ruben.

Avyanna palingkan kepala ke sisinya dengan perlahan lepas dengar. Tepi wajah Ruben dipandangnya dengan dalam.

"Kita cari dia kemudian kau boleh jumpa dia..okay sayang?"Ruben angkat tangan lalu di letakkan atas peha Avyanna. Dia ramas lembut peha Avyanna memberi kepastian. "Jangan menangis dah."pujuknya.

Avyanna pandang tangan Ruben dekat pehanya dengan sebak. Lantas dia capai tangan Ruben sebelum di genggam erat. Lantas dia menangis lagi sewaktu membawa tangan Ruben ke pipinya lalu bersandar padanya.

"Aku penat kejar dia.."sedu Avyanna dengan mata terpejam. "Kalau dia tak nakkan aku..biar la dia pergi."luah Avyanna.

Ruben dekat sebelah hanya pandang ke depan dengan kening berkerut tak puas hati. Marah betul dia dengan Adriel ni tau. Kenapa la Adriel tak berhenti-henti sakitkan hati Avyanna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience