Saturday Date

Other Completed 7886

Dring!Dring!Dring!

Sambil mengerang kejengkelan, dia selak selimut turun dari muka lalu mamai mencapai telefon bimbit di atas almari sebelah katil.

"Siapa pulak call hujung minggu macam ni?"bebel dia masa capai telefonnya. Melihat skrin yang memaparkan nombor tidak di kenali buatkan kening dia berkerut tak faham
"Uhm?"butang hijau disentuh lada skrin sebelum di letakkan dengan malas sebelah telinga. Dengan mata terpejam dia menjawab. "Helo."suara serak bangun tidur terus keluar.

"Avy."

"Hm..siapa ni?"tanya Avyanna dengan mamai nak tertidur semula. Yalah hari ni kan cuti, hari untuk tidur lama sikit. Memang tak la dia ada mood nak bercakap seawal pagi macam ni.

"Adriel."

"oh..."sahut Avyanna dalam mamai tak sedar.

"Boleh tak bangun...dah pukul berapa kau nak membuta lagi ni!"marah suara tu.

Terus duduk tegak Avyanna lepas dengar suara tu. Mata dia terbutang luas."Adriel?"sebutnya dengan kalut.

"Seriously?"soal Adriel dengan jengkel dalam panggilan.

Serta merta Avyanna tersengih. Dia pandang ke arah dinding depan katilnya. Macam tak percaya Adriel call dia. Sepanjang malam tadi dia asyik terfikir betapa serba salahnya dia rasa bila perlakukan Adriel dengan dingin siang semalam.Sampai dia tertidur pukul berapa pun tak sedar.

"Ya..ada apa?"balas Avyanna dengan nada dikawal agar tidak kedengaran teruja yang amat sangat.

"Pasal meeting tu.."gerutu Adriel.

Meeting?Sekejap. Avyanna pandang skrin telefon dengan kening berkerut tak percaya.Dia salah dengar ke?"Oh..awak nak buat perjumpaan ke?"tanya dia lepas letak telefon dekat telinga semula.

"Ya la..kalau tak mananya aku buang masa call kau pagi-pagi macam ni."sentap Adriel.

Terus tersengih lebar Avyanna dengar. "Oh ya?Dekat mana kalau macam tu"Avyanna tanya dengan nada dingin di buat-buat sedangkan dia dah tersenyum macam apa.

Avyanna kemudianny turun dari katil lalu gerak ke jendela biliknya. Dia buka daun tingkap tu lalu berdiri di depannya dengan senyuman gembira. Hanya Tuhan saja tahu betapa gembiranya bila dengar suara Adriel.

"Pukul 11 macam tu...aku ingat nak buat awal tapi aku ada family meeting. Kau tahu Kafe De Royal?"

Avyanna mengangguk kepala. "Okay."balasnya sambil menggigit hujung jari kerana terlalu gembira.

"Okay."balas Adriel sebelum panggilan itu di putuskan.

Skrin telefonnya dipandang dengan senyuman lebar di bibir. Akhirnya dapat jugak dia save nombor Adriel yang sebenar-benarnya. Berbunga-bunga hati dia waktu ni.Adakah ini date?Bila Avyanna terpandang jam pada skrin telefon tu, senyuman dia terus hilang.

9.30!

Mana sempat!

Seperti puting beliung berpusing, Avyanna ke hulu dan hilir bilik dengan gelabah.

Pertama dia terus kemas katil. Susun atur semula apa yang bersepah di atas katilnya.

Kedua dia pilih pakaian untuk dipakai. Setelah bergelut selama 20 minit tak tahu nak pilih warna apa, akhirnya dia memilih dress labuh paras lutut off shoulder berwarna putih.

Ketiga dia kemudiannya keluar dari bilik untuk ke bilik Renna. Di situ dia maklumkan pada Renna akan date a.k.a meeting projek dia bersama Adriel. Selepas setengah jam berborak baru lah dia keluar dari situ.

Keempat, sesampai dalam bilik dia terus mandi yang mana mengambil masa selama 20 minit.

Kelima, sesi pengeringan rambut pun berlaku. Bergelut la jugak dia nak keringkan dan luruskan rambut tu selama 20 minit.

Tak sempat nak berdandan lama-lama, Avyanna mengenakan solekan natural si wajah. Setelah dia bersiap mengenakan pakaian, tepat jam 11 dia keluar dari bangunan.

Disebabkan Avyanna tak pandai memandu, dia terpaksa menahan teksi untuk bawa dia ke bandar dimana lokasi pertemuan diadakan.

Perjalanan itu berakhir 15 minit kemudian setelah teksi yang membawa dia berhenti tepat di depan Kafe De Royal.

Disebabkan hari tu hujung minggu, kawasan itu sangat sibuk dengan orang ramai. Tapi mujur la kafe tersebut tidak sesak semasa dia masuk ke dalamnya.

Tidak menghiraukan renungan yang terarah pada dia, Avyanna pandang sekeliling. Cuba mencari kelibat Adriel memandangkan dia lewat, pasti lelaki itu telah tiba terlebih dahulu.

Setelah pasti kelibat lelaki itu tidak kelihatan, Avyanna menarik senyuman lega kerana tidak membiarkan Adriel tunggu lama. Tanpa berlengah Avyanna ambil tempat di meja kosong bersebelahan meja dimana seorang pelanggan lelaki sedang duduk.

Selepas selesakan diri, Avyanna mula mengeluarkan barang dari beg untuk bersedia sementara tunggu Adriel. Dia keluarkan buku nota dan hasil research dia beberapa hari sebelum dia mintak Adriel adakan meeting.

Sedang Avyanna tunduk mengeluarkan barang, Avyanna perasan melalui ekor matanya, yang pelanggan lelaki dari meja sebelah bangun lalu mendekati meja dia.

Perlahan-lahan Avyanna meletakkan Mcbook di atas meja sebelum memandang lelaki yang berdiri di belakang kerusi hadapannya. Nak apa pulak lelaki ni?

Lelaki itu bertubuh lampai. Mengenakan kot labuh, sweater turtle neck dan jean hitam. Menampakkan susuk badan yang kurus tetapi kelihatan sasa. Rambut hitam itu disisir kemas ke kanan. Mendedahkan  dahi yang licin dan luas serta menampakkan dua pasang kening hitam yang terbentuk kemas dan garang.

Pendek ceritanya, lelaki ini sangat kacak sampaikan sesiapa yang lihat pasti akan melutut depan lelaki ni.

"Sorry?Ada apa-apa yang saya boleh bantu ke?"soal Avyanna dengan kening berkerut sedikit bila lelaki depan dia pandang dia semacam.

Lelaki tu tidak berkata apa-apa, malahan terus tarik kerusi depan Avyanna lalu duduk selesakan diri di situ.

"Maaf sekali lagi...Saya ada teman akan tiba tak lama lagi. Kalau encik tak k-"

"Lain sangat ke aku?"potong lelaki tu sambil seluk tangan ke dalam poket kot yang dipakai lalu mengeluarkan sepasang cermin mata bingkai petak melaluinya.

Avyanna mengangkat kening tinggi. "Hah?"nganga dia kebingungan. Dia perhatikan lelaki tu mengenakan cermin mata tersebut. Dan bila cermin mata itu terpasang kemas di wajah kacak lelaki tersebut, mata Avyanna terbutang luas.

Dia tak perasan sebab tak biasa dengan penampilan terbaru ni. Semalam tak ada macam ni. Hari ni lain betul serinya!

Seriously?Handsome gila!Dia tak dapat nak cam langsung. Berbeza sangat penampilan dari yang sebelumnya.

"Adriel?"sebut Avyanna dengan tergamam.

"You are late."sebut Adriel dengan sengih sinis bangga dia lepas tengok reaksi Avyanna bila melihat dirinya.

Avyanna yang terpana dengan apa yang lihat kelu tak terkata. Dia tilik setiap inci wajah Adriel. Kalau tengok mata dia yakin depannya ini Adriel. Tapi kalau sekilas pandang, memang takkan tahu!

Dari imej selekeh macam orang tak ada hidup

Kepada

Imej model businessman keluar dari majalah.

Perubahan 360 darjah Adriel benar-benar membuatkan Avyanna terpana. Terlalu handsome ni. Mana boleh!Macam mana kalau ada orang tengok nanti. Habis la kalau ada yang berkenan dan inginkan Adriel.

Memikirkan hal itu buatkan perasaan gembira dan teruja Avyanna bertukar menjadi risau dan cemburu!

"Apa yang dah berlaku?Kenapa tiba-tiba tukar penampilan?"tanya Avyanna dengan kening berkerut tak suka.

Adriel lentokkan kepala tak faham. "Asal? Bukan ke perempuan macam kau suka lelaki kacak?"tanya dia.

Suka?Kalau macam ni rupa paras sebenar Adriel, dia lebih sanggup kalau Adriel berpakaian seperti sebelumnya. Nak handsome
boleh, tapi untuk dia je, kalau orang lain. Memang tak la!

Avyanna kembali menyimpan barang-barang ke dalam beg semula. Tak boleh jadi ni!

Adriel yang perhatikan Avyanna kemas semula barang ke hairanan. "Apa yang kau tengah buat?"tanya dia.

"Kemas."jawab Avyanna dengan lekas.

"Untuk apa?Kata nak meeting?"Adriel kejengkelan bila tengok semua tu. Apa masalah Avyanna ni, dia bergaya bukan main lagi, minah tiga suku ni boleh pulak nak balik. Serius la!

"Ya tapi bukan dekat sini.."Avyanna gantung beg dekat bahu, sambil tu dia capai tangan Adriel bersama untuk keluar dari situ.

Adriel ikut bangun dari situ dengan muka tak faham. "Hei...kita nak ke mana ni?"tanya dia semasa ekori langkah Avyanna dengan terpaksa.

"Tempat di mana tak ada orang.."jawab Avyanna semasa tolak pintu kafe tu keluar bersama Adriel dekat belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience