Frienemies

Other Completed 7886

Pernah kena rampas tak?

Dia?Jangan cakap. Sejak dia jejak kaki dalam kolej ni, hampir semua yang dia miliki telah dirampas macam dia tu tak ada perasaan.

Bukan merungut, just inform. Sebabnya, yang merampas tu bukannya orang lain. Tapi teman baiknya sendiri.

Sebab itu kalau pilih kawan, kena pilih betul-betul.

"Hai Avy..."sapa Dania masa mereka berdua bertembung di depan anak tangga hendak naik ke tingkat atas, dimana library terletak.

Dengan muka tak ada perasaan, Avyanna pandang Dania macam perempuan depannya itu lalat yang terbang sekeliling kepala dia.

Menjengkelkan dan merimaskan!

"Hai Dania.."balas Avyanna sewaktu mula mendaki anak tangga dan meninggalkan Dania di belakang.

"Hei..tunggu la. Kenapa nak cepat-cepat." panggil Dania dekat belakang sebelum dia dengan cepat berdiri di sebelah Avyanna lalu jalan seiring dengannya.

Avyanna tunduk memandang langkahnya semasa bersuara. "Kau nak apa lagi?"tanya dia sebelum angkat kepala memandang ke depan. Tak kuasa dia nak pandang muka tu.

"Ahahaha...hei...still tak boleh move on lagi ke?Dah setahun lebih kot kes tu...chill la.." Dania pegang bahu Avyanna.

Terus berhenti Avyanna dari berjalan lepas dengar. Dia palingkan kepala ke Dania dengan muka tak percaya. Senang betul minah ni cakapkan!Tau tak sebab keputusan Dania la sampai sekarang dia susah nak terima orang lain dalam hidup dia!

Awal ceritanya bermula masa Avyanna first year dekat kolej. Masa tu dia belum popular macam sekarang. Tapi boleh la dikatakan populariti dia melonjak naik lepas sebulan dia dekat sini.

Sejak tu ramai orang nak berkawan dengan Avyanna lepas dapat tahu latar belakang dia siapa. Bukan memilih atau merungut, dia rimas jugak la masa tu sebab terlalu ramai yang mahu berkawan dengan dia.

Disebabkan Avyanna masih freshie dan innocent tak tau apa-apa. Dia terima je sesiapa sebagai kawan dia.

And you know what?

Semua kawan-kawan Avyanna tinggalkan dia lepas mereka semua popular dan hot. Terutama sekali girl. Lepas kawan-kawan girl dia dapat boyfriend yang hot dan berpengaruh, dia orang semua tinggalkan Avyanna sendirian.

Sama macam kes student lelaki, mereka beria nak couple dengan Avyanna sebab nak dapat nama. Lepas popular dia orang tinggalkan Avyanna macam dia tu tak ada guna dah.

Pernah ada satu kes ni, Avyanna ada seorang kawan baik lepas masuk ke sini. End up mereka berdua berkawan baik selama setahun setengah. Lepas tu mereka putus sebab kawan dia rampas teman lelaki semasa Avyanna waktu tu yang merupakan senior dan ketua pasukan bola sepak kelab kolej.

In the end dua orang tu berpisah lepas senior tersebut graduate dari kolej. Walaupun begitu, sampai sekarang Avyanna dan bekas kawan baik dia tu still bermusuhan sehingga sekarang.

Dah orang tu lain tak bukan, Dania.

Yup!B*tch infront of her right now!

Dengan muka tak bersalah Dania senyum manis ke Avyanna. "Salah kau jugak sebab tak pandai nak jaga teman lelaki sendiri. Tengok kau dengan Ruben...tak dirampas, putus jugak kan. So dalam hal ni bukan salah sesiapa tapi diri kau sendiri.."kata Dania semasa menyilang tangan ke dada.

Malas nak berbalah dan buang masa dengan Dania, Avyanna berpatah balik menuruni tangga. Dah tak ada hati lagi nak ulang kaji. Lagipun buat sakit hati je bercakap dengan minah ni. Yalah, semuanya salah dia. Salah dia sebab terima semua orang dalam hidup dia tanpa prejudis dan dikriminasi. Salah dia!

"Hei...aku cakap dengan kau kan!Jangan nak kurang ajar boleh tak!"panggil Dania dekat belakang semasa cuba mengejar langkah Avyanna.

Avyanna tak hiraukan Dania, malah dia lekas-lekas menuruni tangga.

Berasa berang dengan layanan Avyanna pada dia, Dania dengan berang capai lengan Avyanna nak palingkan kawannya itu menghadap dia semula.

Bila Avyanna rasa lengan dia ditarik ke kebelakang, secara refleks dia toleh ke belakang dan pada masa yang sama dia rentap lengan dia dari cengkaman tu.

"Lepaskan aku la!"arah Avyanna, namun masa ni la kaki dia hilang keseimbangan lalu gerak ke belakang lepas kaki dia tak pijak habis anak tangga tu.

Tergamam melihat Avyanna jatuh ke belakang, Dania pegang rel besi tangga tu dengan muka terkejut dia.

Avyanna gerak ke belakang hendak jatuh terjunam menyapa lantai dengan tangan terkapai di udara mahu mencari sokongan.

Ketika itu la, seseorang muncul dari selekoh anak tangga tersebut. Baru je dia berdiri menghadap depan anak tangga tu, satu tubuh jatuh mengenai dia.

Tak bersedia dengan keadaan tu, orang tu jatuh ke belakang sambil dihempap Avyanna di atas dadanya.

Avyanna membuka mata dia lepas jatuh tu. Hairan dengan apa yang berlaku, dia turun dari badan yang menjadi tilam pelindung dia. Sekali dia toleh ke belakang, nafas terus tersekat dekat kerongkong.

NO!

"Adriel..."panggil Avyanna dengan risau semasa memegang bahu lelaki malang berkaca mata di sisinya. "You okay?"soal dia dengan risau. "Maafkan saya."ucapnya dengan serba salah.

Adriel yang dalam kesakitan tu perlahan-lahan bangun dari baringnya sambil di bantu Avyanna. Apa yang baru je berlaku?Dah kenapa minah tiga suku ni hempap dia?

"Dah tak ada tempat lain ke nak mati?"sentap Adriel semasa gosok belakang kepala dia lepas terhantuk dekat lantai masa jatuh tadi.

Avyanna cepat-cepat tarik tangan dia dari bahu Adriel. Senak dada dia bila Adriel cakap macam tu.

"Maaf la...sakit sangat ke?"tanya dia dengan lembut.

Dania yang takut dan bingung awal-awal lagi dah larikan diri. Dia tak nak dipersalahkan! Bukan salah dia Avyanna jatuh dekat Adriel.

Avyanna angkat tangan nak usap belakang kepala Adriel.

"Jangan sentuh aku..berapa kali aku beritahu!"Adriel tepis tangan Avyanna dengan marah. Lantas dia bangun dari situ dengan bengang. Membiarkan Avyanna sendiri dekat lantai.

Avyanna terus cengkam hujung jari Adriel sebelum lelaki tu bergerak nak pergi dari situ. Menghalang Adriel dari pergi.

Terus terbatal langkah Adriel lepas dia rasa jari dia dicengkam oleh Avyanna sejurus tu. Dengan muka tak puas hati, dia tunduk pandang ke bawah.

"Nak apa?"renggusnya dengan rimas.

Avyanna dongak ke atas lalu tersenyum manis. Seperti anak kecil, dia depakan tangan minta di dukung.

"Tolong saya...saya tak boleh nak bangun.." mintanya dengan penuh berharap.

Adriel pandang Avyanna buat beberapa saat macam tak percaya. Apahal minah ni!Dah tak ada kaki nak bangun sendiri ke?

"Bangun sendiri."arah Adriel semasa gerak ke depan nak pijak anak tangga.

Berasa kecewa permintaan dia tak dihiraukan, Avyanna tarik muncung sedih dia. Tak nak lama-lama dekat lantai tu, Avyanna gerak bangun dari situ.

Baru je kaki kiri dia nak digerakkan tegak, satu tarikan yang samgat menyakitkan dirasai oleh Avyanna. Buatkan dia menahan nafas terkejut gara-gara nak elak dari menjerit.

"Auw.."aduhnya dengan perlahan masa pegang lantai nak bangunkan badan dia dari situ dengan susah payah.

Sedang Avyanna nak imbangkan badan dia tegak, kasut tumit tinggi yang dipakainya buatkan kaki dia yang sakit terpelecok semula. Hal tu buatkan dia gerak hendak terjatuh semula.

Bersedia untuk menerima impak, Avyanna menggigit bawah bibir dia kuat-kuat. Namun, setelah sesaat berlalu, satu tangan melingkar disekeliling pingang dia.

Seperti kena renjat eletrik, Avyanna melompat kecil bila tubuh hangat tu bersandar rapat padanya dan memeluk dia dengan erat.

"Menyusahkan la kau ni...tak boleh ke dalam sehari tu tak serabutkan kepala aku?"bebel Adriel dekat sisi masa tunduk memandang Avyanna.

Avyanna dekat sebelah dah tersengih macam.kambing berjanggut. Dia ambil peluang tu untuk sandarkan badan dia lebih rapat semasa memeluk sekeliling belakang pingang Adriel sebagai sokongan.

"Macam saya beritahu awak sejak dulu lagi...kalau dah jodoh tak ke mana.."balas Avyanna.

Adriel pimpin Avyanna jalan ke depan dengan perlahan semasa Avyanna terjengket-jengket berjalan. Dia kemudiannya tunduk pandang ke bawah kaki Avyanna.

"Sakit sangat ke?"soal Adriel.

Avyanna menggeleng kepala. "Sikit je. Letak ais hilang la ni."jawab dia sambil pandang kaki dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience