Langgar Lari

Other Completed 7886

"Kau kata dia takkan apa-apa...asal dia tak bangun lagi!"

"Boleh sabar tak...benda baru berlaku kan.."

"Siap orang tu bila aku dapat dia!"

"Adriel..cukup."

"Apa yang cukupnya?Macam mana kalau benda serius menimpa dia?"

Suara bisikan halus tu buatkan lena dia terganggu. Entah bila pulak dia terlena ni?

Ibarat macam di gam kelopak matanya, Avyanna berkerut kening masa cuba paksa mata dia yang berat tu di buka. Beberapa saat kemudian baru la dia buka mata.

Serta merta cahaya silau menyakitkan mata menyapa pemandangan. Secara instinct dia angkat tangan nak hadang mata. Tapi tindakan itu hanya buatkan dia berdesis sakit. Hairan dengan rasa sakit yang dialami, Avyanna belek tangan dia yang tercucuk dengan IV drip.

"Dia dah bangun.."suara ceria Renna kedengaran dari sebelah kanan.

"Aku panggilkan doktor.."suara Adriel kedengaran tak lama lepas tu lalu diikuti bunyi pintu di tutup.

Avyanna palingkan kepala dia ke kanan sewaktu pandangannya perlahan-lahan menjadi jelas.

"Ren?"panggil Avyanna.

"Ya...aku dekat sini."Renna tunduk memegang kepala Avyanna.

"Apa yang dah jadi?"tanya Avyanna dengan suara orang sakit baru bangun.

Renna buat muka sedih sebelum merehatkan dahi dia ke dahi Avyanna. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa bersyukurnya dia Avyanna tak apa-apa. "Bagus la kau tak apa-apa...kau tak tahu betapa risaunya aku lepas dengar berita kau eksiden."Reyna jauhkan kepala dia dari Avyanna lu duduk di kerusi sebelah katil.

Avyanna berkerut kening.

"Hah?"nganganya. "Eksiden?Aku kemalangan?" tanya dia dengan dada senak sebab terkejut yang amat sangat.

"Ya...kau hampir dilanggar dengan kereta.Nasib baik la Adriel sempat selamat kan kau, kalau tak, mesti keadaan kau lagi teruk..dari sekarang.."jelas Renna masa dia pandang dari kepala hingga ke kaki Avyanna. "Tapi kita orang tak sure, siapa yang langgar kau...polis kata ini dikira sebagai langgar lari."

Mujurla tiada kecederaan yang serius. Hanya calar di sekitar pipi dan dahi, lengan kiri terseliuh dan terdapat luka melecet serta kepala berbalut sebab luka akibat hentakan yang Avyanna terima di belakang kepala. Yang mana jadi punca Avyanna pengsan.

Tersentak bangun terus Avyanna lepas dengar nama Adriel. "Apa kau cakap?Adriel selamatkan aku?"tanya dia dengan cemas. Lelaki tu tak apa-apa kan?

"Ya..dia yang tolak kau dari langgar.."

"Mana dia sekarang?"Avyanna kalut gerak nak turun dari katil tu.

"Eh...kau nak buat apa ni.."Renna bangun lalu mendapatkan Avyanna. "Kau tak boleh bangun Avy.."

No!Please!Beritahu dia Adriel tak apa-apa. "Aku nak jumpa dia!"gesa Avyanna sambil merentap kasar IV drip dari tangan dia.

"Avy!"Renna pegang bahu Avyanna dengan cemas masa sepupu dia terincut-incut berjalan. "Kau masih sakit...baring la dulu. Adriel tak apa-apa."

Avyanna tak nak dengar. Selagi dia tak nampak dengan batang hidung dia sendiri, selagi tu dia tak peduli. Pergi lantak la sakit yang dia tengah rasa waktu ni. Apa yang penting adalah Adriel. Dia tak nak apa-apa terjadi pada lelaki tu. Kalau Adriel cedera, dia takkan maafkan dirinya sendiri.

Dengan sisa tenaga yang ada, Avyanna tarik daun pintu bilik wad tu lalu berjalan keluar. Dia pandang kanan dan kirinya dengan cemas mencari jalan.

Renna dekat sebelah tak berani nak pegang kuat-kuat. Takut kalau dia akan sakiti Avyanna nanti. Jadi dia tak berbuat apa-apa untuk halang. Dia cuma ikut je dekat sisi sambil pimpin Avyanna jalan.

Bila Avyanna gerak ke depan sedikit, dia tiba di sebuah lobi dimana kaunter admin berada. Dan di situ la dia nampak kelibat orang tu.

Terus sebak Avyanna lepas tengok Adriel yang berdiri bercakap dengan polis. Dahi lelaki tu bertampal dengan kain kasa. Kemeja hitam lengan hitam yang dipakai terkoyak dibilah bahu. Melihatkan keadaan Adriel, Avyanna mengalirkan air mata.

Terasa seperti diperhatikan, Adriel pun palingkan kepala ke tempat Avyanna tengah berdiri. Mata dia terarah serta merta ke wajah pucat bercalar Avyanna.

Dalam keadaan terincut-incut Avyanna jalan dekati Adriel.

Serta merta pihak polis berpaling serentak memandang ke arah yang sama lepas Adriel tak beri perhatian pada mereka.

Sambil menangis, Avyanna depakan tangan lantas jengket memeluk sekeliling leher Adriel. Mujurla Adriel tak apa-apa.

Adriel cuma berdiri kaku tak membalas pelukan Avyanna. Tangan dia ada di sisi.

"Huhuhuhu..."nangis Avyanna di balik ceruk leher Adriel.

Renna yang tengok ikut sebak. Mujurlah Avyana tak apa-apa.

"Why you do it?"Avyanna jarakkan dirinya dari pelukan tu lalu membelek diri Adriel. "Macam mana kalau sesuatu berlaku pada awak?"tanya dia masa pegang kain kemeja yang koyak tu. Nasib tak ada yang bercalar. "Awak okay?Ada luka dekat mana-mana lagi ke?"Avyanna dongak memandang dahi Adriel.

Adriel yang sejak tadi hanya mendiamkan diri. Dia pandang air mata yang turun ke pipi Avyanna dalam-dalam. Dia hairan, dalam keadaan sakit macam ni pun Avyanna masih fikirkan dia. Apa perempuan ni hilang kesedaran lepas kemalangan tadi?

"Tak."jawab Adriel.

Avyanna menarik senyuman lega di bibir pucat lesinya. "Bagus la..."ucapnya masa sandarkan kepala ke dada Adriel lalu memejam mata.

Oleh kerana masih letih dan Avyanna melemah. Dia perlahan-lahan hendak jatuh terduduk dekat lantai tu. Tapi sempat disambut Adriel sebelum Avyanna rebah.

Dengan mudah Adriel dukung Avyanna gaya pengantin lalu berlari ke wad Avyanna semula sambil diekori semua orang di belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience