Sejak makan malam dengan keluarga tempoh hari, perangai Adriel makin lama makin menjadi-jadi.
Bukan saja tukar penampilan yang mana buatkan kewujudan dia diketahui oleh semua pelajar perempuan dalam fakulti yang ada.
Adriel juga tukar sikap dari nerd ke pada obsessive possesive yang menjengkelkan.
Mana Avyanna ada, Adriel pasti akan munculkan diri. Setiap kali ada pelajar lelaki cuba dekati Avyanna, lelaki tu akan datang menyibuk dan berkepit dengan Avyanna.
Hal itu ditambah burukkan lagi dengan Adriel bila lelaki tak habis-habis nak menyakitkan hati Avyanna dengan kata-kata lelaki tu. Tanpa sebab! Cakap sikit je ada la modalnya untuk sakitkan hati Avyanna. Yang mana buatkan Avyanna semakin stress dengan semua itu.
Kerana terlalu tertekan Avyanna sedaya upaya jauhkan diri dari Adriel dan elakkan diri dari bertembung mahupun dekat dengan Adriel.
Tapi semua tu sekejap je. Disebabkan mereka
berdua kerja secara berpasangan, terpaksa la dia hadapkan jugak si Adriel tu.
Dengan muka tak puas hati, Avyanna pandang skrin komputer. "Kenapa saya kena buat semua ni?"tanya Avyanna masa tekan itu dan ini pada tetikus sewaktu edit imej akhir projek berpasangan dia itu. Well..atau dikatakan kerja individu.
Mana taknya, sejak tadi dia je yang buat kerja. Adriel boleh pulak duduk lepak dekat sofa dengan telefon dekat tangan.
"Sebab ni kerja berpasangan."jawab Adriel tanpa mengalihkan perhatian dia dari skrin phone tu.
Avyanna hentak tetikus tu dengan geram. "Itu maksud saya....kenapa saya kena buat semua ni sendiri kalau ini adalah kerja berpasangan?" tekan dia pada perkataan sendiri masa palingkan badan dia ke Adriel.
Lepas kelas tadi, Adriel ajak Avyanna untuk ke rumah lelaki tu untuk siapkan kerja memandangkan dekat rumah dah ada semua kelengkapan dan buku untuk dirujuk. Sesampai saja di situ, Avyanna yang kena buat semuanya. Dari cari bahan rujukan, susun semula detail hingga menyiapkan imej poster dan cover laporan mereka.
"Aku dah buat part aku.."jawab Adriel.
Avyanna buat muka dumbfounded."Part apa yang awak dah buat?"
"Berikan kelengkapan dan sediakan buku...malah aku bagi kau guna eletrik dan komputer aku untuk tu.."jawab Adriel lagi sambil goyang-goyangkan hujung kaki dia dengan girang.
Avyanna pandang tak percaya ke Adriel. Makin lama dia pandang badan panjang yang baring malas dekat sofa tu makin panas hati dia. Tertanya-tanya sendiri kenapa la Adriel ni tiba-tiba bersikap menyakitkan hati macam ni sekali. Selama ni tak ada la menyakitkan hati sangat.
Lepas dapat tahu mereka berdua adalah pasangan tunang, makin melampau perangai menyakitkan Adriel ni.
Malas nak panjangkan perbalahan tu, Avyanna kembali fokus pada skrin komputernya. Cepat dia selesaikan kerja ni, cepat dia bebas dari Adriel. Lama-lama duduk dalam bilik ni buat dia sesak! Entah macam mana la dia boleh suka pada lelaki prick macam Adriel ni!
Tengah dia tekun buat itu dan ini pada komputer untuk print out hasil kerjanya, komputer tu buat hal. Entah apa yang ditekan, benda yang dia nak print tak tercetak dekat kertas.
Yang keluar dari mesin printer tu cuma kertas kosong saja.
"Dah kenapa pulak...kau jangan nak buat perangai ya...cukupla tuan kau sorang..." rungut Avyanna masa tengok skrin komputer tu dengan muka tak puas hati.
Dia cuba lagi, sama jugak. Dia tekan itu ini sama jugak keputusannya.
"Kenapa?"dengan mengejut, Adriel muncul dari belakang lalu bongkok rapat ke sisi kanan Avyanna. Dengan bersahaja dia letakkan tangan ke atas tangan Avyanna yang tengah pegang tetikus tu.
Mata Avyanna pandang tangan Adriel dekat atas tangan dia sebelum pandang ke sisi. Toleh je dia ke sisi, hidung dia dengan tak sengaja berselisih pada pipi Adriel. Secara automatik,Avyanna gerakkan kepala dia ke belakang sedikit sebab jarak mereka yang rapat itu.
"Benda macam ni pun tak reti nak buat. Apa je yang kau reti?"tanya Adriel masa dia pandang ke depan membetulkan kesilapan Avyanna untuk print out kertas dari situ.
Terus Avyanna buat muka tak puas hati. Suka samgat nak condemn dia. Macamlah Adriel ni perfect sangat! Malas nak nak cakap apa-apa Avyanna tarik tangan dia dari Adriel lalu bangun dari situ.
Rasanya kerja dia dah siap. Better dia pergi dari situ. Buat apa lama-lama dekat sini kalau hanya untuk makan hati dengan komen Adriel je.
Adriel berdiri tegak lepas Avyanna bangun. Dia pandang terkejut ke Avyanna. "Kau nak ke mana?"tanya dia.
Tanpa bersuara, Avyanna capai beg sandang dan barangnya yang lain dari sofa dan meja dia buat kerja tadi.
"Avy...aku tanya ni.."Adriel panggil Avyanna lagi lepas soalan yang tadi tak dihiraukan.
Avyanna keluarkan telefon bimbit dari poket skinny jean yang dipakai. Dia sentuh itu dan ini pada skrin telefon tu sebelum di bawa ke telinga kanan. Sambil tu dia jalan ke arah pintu bilik bacaan tersebut. Nak keluar dari situ. Pergi lantak la situ, malas dia nak cakap apa-apa dengan Adriel lagi.
Bengang punya pasal, Adriel jalan dekati Avyanna lalu memegang pergelangan tangan itu sebelum memaksa Avyanna berpaling menghadap dia semula.
"Auw!"aduh Avyanna kerana terkejut semasa berpaling. Dengan mata terbutang luas, Avyanna pandang Adriel. Lantas keningnya mencerun tajam. "Hello Ren...boleh jemput aku tak?"kata dia sejurus panggilannya di angkat sambil memulas tangan dia supaya dilepaskan.
Adriel cengkam kuat pergelangan tangan Avyanna menghalang Avyanna dari terlepas.
"No problem...kau share location kau dekat aku.."balas Renna dalam panggilan.
"Okay."angguknya.
Sejurus panggilan diputuskan, Avyanna terus hantar location melalui whatsapp kepada Renna. Setelah itu baru la dia pandang Adriel dengan renungan kosong.
"Lepas."arah Avyanna dengan nada rendah.
"No."
"Kerja saya dah siap kan. Awak tinggalkan buku kan saja. Apa lagi yang kurang?"tanya Avyanna dengan jengkel.
"Apa kena dengan kau ni?Kenapa kau buat perangai menyakitkan hati macam ni?Bukan ke dulu kau beria nakkan aku?Tapi sekarang kenapa kau macam acuh tak acuh dengan aku?"soal Adriel dengan kening berkerut tak faham.
Kenapa dengan dia?Adriel tanya dia kenapa? Serius la? "Awak nak tahu kenapa dengan saya?"tanya Avyanna dengan muka kesal.
"Ya...kau asyik mengelak dari aku, berlakon macam aku tak wujud..anggap aku ni macam bukan sesiapa bagi kau..kau tau tak aku ni tunang kau?"marah Adriel.
Avyanna berdengus tak percaya. Dia sengih mengejek lepas dengar semua tu. "Sebelum awak salahkan saya...biar saya tanya awak." Avyanna berdiri menghampiri Adriel lalu memandang tepat ke mata Adriel.
Adriel tak berganjak. Dia berdiri dekat situ berhadapan dengan Avyanna. "Apa?"balasnya.
"Kenapa awak buat perangai macam awak nak saya dekat dengan awak tapi dalam masa yang sama awak bencikan saya?Kenapa awak tak putuskan aje hubungan ni kalau awak tak sukakan saya dari seksa hati saya dengan sikap dan kata-kata sinis awak tu?Awak sukakan saya atau bencikan saya?Yang mana awak nak sebenarnya?"soal Avyanna.
Adriel terdiam dekat situ. Dia pandang Avyanna dengan renungan keliru.
"You expecting me to treat you nicely but you does.'t even care about my feeling toward you and why i should do that.."keluh Avyanna.
"Avy..."panggil Adriel masa nak pegang Avyanna.
"No."Avyanna undurkan diri ke belakang. Dia pandang kecewa ke Adriel. "Jangan dekati saya. Awak muhasabah diri awak. Tanya diri awak...awak nak apa sebenarnya. Saya dah penat dengan semua ni. Dah bosan tau tak.."ujarnya sebelum melangkah keluar dari situ.
Adriel berdiri memerhati langkah Avyanna sehingga gadis itu keluar dari ruangan tersebut dan pintu bilik bacaan tertutup rapat.
Share this novel