Suka Jadi Benci!

Other Completed 7886

Di kafeteria.....

Bam!

"Mak kau hijau-hijau!"latah Ruben sambil buka langkah nak takewando botol mineral yang dipegang dekat lutut kerana terkejut.

Habis ketawa pelajar perempuan yang ada dekat dengan meja makan tu lepas mereka tengok Ruben.

Dengan muka terpinga bingung Ruben pandang benda yang dihempas dekat atas meja tu. Sebuah buku tebal tergeletak di meja itu di pandang dia sebelum ke pemilik buku tu sendiri

"Sayang!"panggil Ruben dengan tegas. "Terkejut aku tahu tak. Asal hempas-hempas? Tak boleh letak elok-elok ke?"

Avyanna selak rambut panjang dia ke belakang bahu dengan rimas. Langsung tak pedulikan bebelan Ruben memandangkan hati dia pun tengah panas.

Renna ambil tempat di sebelah Avyanna dengan muka monyok sebab kecewa kerana tak dapat apa yang dia pelankan.

"Kau orang berdua ni dah kenapa?"tanya Ruben masa dia pandang dua wajah yang selalu ceria dan sweet dipandang berubah menjadi marah dan monyok. "Period ke?"tanya dia lagi. Yalah biasanya perempuan moody kalau dah sampai masa dalam bulan tu.

Avyanna jeling tak puas hati ke Ruben.

Sementara Renna cuma buat muka 'grrr' pada Ruben.

Ruben berkerut kening. Dia angkat jari lalu menghitung. "1...2..3..eh..kau bukan baru habis period ke sayang."tanya Ruben yang hafal akan jadual Avyanna.

Berasa kesal dengan sikap Ruben yang tak habis-habis fikir akan period, Avyanna menjuling mata menyampah. "Can you shut up?"minta dia dengan letih.

"Entah....yang kau ni happy semacam kenapa?"soal Renna dengan jengkel.

Ruben pandang tak percaya ke mereka berdua. Nasib baik la dia dah masak sangat dengan kepala angin dua orang perempuan ni. Kalau tak dua-dua dia marah. "Mana ada aku happy..aku biasa-biasa je.."

Avyanna renggut rambut kerana tertekan sebelum topang kepala dia ke meja. "Ben..kau tengok aku ni macam budak spoilt ke?"tanya Avyanna.

"Hah?Spoilt?Kenapa kau fikir macam tu?" tanya Ruben.

"Adriel kata Avyanna ni pemalas.."sampuk Renna pula.

Ruben pandang Renna dengan kening berkerut. "Kenapa pulak?"

Avyanna lepaskan keluhan panjang. Dia tak tahu nak cakap macam mana dengan Ruben. Lagi-lagi soal pertunangan dia. Mesti lelaki ni akan terkejut. "Just forget it."lambai dia supaya tak pedulikan apa dia cakap.

Ruben pandang Avyanna yang menopang kepala dengan kanan di atas meja tu. Dan masa tu la dia nampak cincin yang tersemat dekat jari manis gadis itu.

"Wo..wo...stop!"arah Ruben masa capai tangan kanan Avyanna. "What is this?"soal dia sewaktu memegang jari jemari Avyanna.

Avyanna pandang cincin tunang dekat jari manis dia dengan muka jengkel. Semuanya sebab cincin ni!

"Cincin tunang dia."jawab Renna dengan nada berserah. Lantak la. Anthony pun Anthony la. Nak buat macam mana lagi. Kalau dah tak ada jodoh. Memang tak jadi semua benda! Nanti tahu la dia nak pelan apa!

"Kau bertunang?Sejak bila?Asal aku tak tahu?Siapa lelaki tu?"soal Ruben dengan laju tanpa henti.

"Semalam..."jawab Avyanna dengan nada tak berminat.

Ruben turunkan tangan Avyanna ke bawah. "Asal tak jemput aku?"

Avyanna lepaskan hela nafas malas. "Tak ada majlis pun. Keluarga aku cuma terima lamaran dan serahkan cincin tu dekat aku.."jelasnya.

"Siapa lelaki tu?"soal Ruben. "Anak siapa?"

Avyanna menjungkit bahu. "Entah. Tak tanya. Family aku yang aturkan semuanya untuk aku tanpa pengetahuan dan izin aku...kau rasa?"

"Ya ke...patut la kau cancel date kita bertiga nak sambut birthday kau semalam..sebab ini ke." kata Renna di sebelah.

Avyanna topangkan dagu dengan tangan kanan. "Hmm.."jeda dia.

Ruben pandang terkilan ke Avyanna. "Tak ada chance la maknanya aku nak jadi suami kau ni.." selorohnya.

Avyanna pandang Ruben dengan muka blur. "Please la...salah siapa hubungan ni putus."

Renna pandang Ruben dan Avyanna silih ganti. Dia boleh nampak macam mana Ruben pandang Avyanna. Renungan yang sesiapa boleh nampak dan tahu apa perasaan Ruben terhadap Avyanna.

"Sampai sekarang aku tertanya...macam mana kau orang boleh couple kemudian putus dan berkawan macam tak ada apa-apa yang berlaku?"tanya Renna semasa topang pipi dia dengan tangan kanan.

Ruben pandang Renna dengan kening terangkat. Dia kerling ke Avyanna seakan minta izin pada gadis tu untuk bercakap.

Dan bila Avyanna nampak renungan tu, dia angguk kepala dengan malas. Dha di tanya takkan nak diam je.

Renna perasan situasi bila Ruben dan Avyanna saling membalas renungan. Jelous dia tengok mereka berdua. Yalah Ruben kenal Avyanna sejak sekolah rendah, dia pulak rapat dengan Avyanna sejak sekolah menengah tinggi. Itu bermakna Ruben lebih rapat dengan Avyanna.

"Nenek aku sukakan Avyanna. Disebabkan hal tu, dia nak sangat aku dengan Avyanna bercinta bila besar. Kebetulan dua tahun lepas, nenek aku sakit. Untuk tunaikan permintaan dia, aku dengan Avyanna jadi couple. Berlakon depan nenek aku yang kita orang ni sweet lovey dovey couple kononnya. Sampai satu tahap nenek aku nak tunangkan aku dengan Avyanna. Aku dengan Avyanna okay je. Sampai la satu hari-"

"Aku tangkap dia kiss dengan perempuan lain dalam kereta dia..."sampuk Avyanna dengan renungan jengkel. "Tak nak lanjutkan hal ni, Aku terus cancel kan perjanjian kita orang lepas nenek Ruben meninggal dunia. Plus, aku still kawan dengan Ruben sebab dia satu-satunya lelaki aku paling percaya, sekalipun perangai dia macam sampah.."Avyanna kecikkan mata masa pandang geram ke Ruben.

Renna pandang terkejut ke Avyanna. "Lah..ya ke?"dia tak tau pulak. Dia ingatkan dia orang bercouple sebab suka sama suka.

"Heheh...sorry la sayang.."sengih Ruben.

Avyanna menjuling mata menyampah.
"What ever."balas dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience