Calm your sh*t down

Other Completed 7886

Lepas dua hari kena tahan dekat wad. Avyanna akhirnya di benarkan pulang. Itupun lepas Avyanna merayu dekat parents dia supaya lepaskan dia awal. Kalau tidak mahunya dia terperap dalam hospital tu selama seminggu.

Kejadian kemalangan yang menimpa Avyanna telah diketahui oleh seluruh warga kolej sejak hari pertama kejadian berlaku lagi. Tapi tak ada siapa tahu pelaku sebenar kecuali Avyanna sendiri.

Jadi sampai je di kolej yang mana di hantar Renna. Pada awalnya parents Avyanna yang nak jemput dan hantar Avyanna balik ke kolej, tapi Avyanna tak nak. Dia tahu kalau parenta dia ada dekat situ, kecoh satu kolej tu nanti.

Mana taknya daddy Avyanna berkeras nak buat perhitungan dengan si pelaku sendiri. Tak nak timbulkan kekecohan dan drama di kolej, Avyanna ugut parents dia untuk putuskan pertunangan kalau orang tuanya itu bertegas nak berkeras.

Lepas semua tu baru la parents Avyanna mengalah dan biarkan Avyanna uruskan semuanya sendiri. Dari check out hospital sehingga tiba di kolej.

Sesampai saja di kolej, Avyanna tak balik terus ke dorm. Malah dia terus masuk ke kolej. Tak sempat nak buat apa-apa lagi tu, ketibaan Avyanna disambut lega dengan pelajar-pelajar lain.

Ada yang ikhlas ucapkan taniah, ada yang pura-pura tunjuk prihatin pada Avyanna. Yang mana Avyanna tak peduli dengan semua tu. Orang nak ambik kisah pasal dia ke tak, dia tak peduli.

Apa yang ada dalam kepala dia lepas sampai tu, Avyanna nak berjumpa dengan Dania sendiri. Bekas kawan baik dia tu kena di sekolahkan semula!

Tanpa berhenti, Avyanna terus ke fakulti dimana Dania berada, iaitu fakulti jurusan drama dan teater.

Seperti biasa, kehadiran ratu cantik kolej tu berjaya menarik perhatian pelajar-pelajar yang lalu lalang di situ. Hairan mereka bila tengok pelajar dari fakulti engineering tu datang ke fakulti mereka.

Masa Avyanna tiba di bilik kuliah Dania, waktu tu Dania tengah bergelak ketawa dengan rakan sekuliah dia. Seronok betul nampak!

Dengan langkah marah dan kepalan penumbuk di kedua-dua belah tangan, Avyanna berjalan masuk ke dalam bilik kuliah tu lalu mendapatkan Dania.

"Argh!"jerit Dania sejurus itu. Dia terkejut sebab secara tiba-tiba sanggul rambut dia ditarik dengan kuat.

"Bangun."arah Avyanna dengan muka serius dia sewaktu tarik Dania keluar dari situ.

"Kau dah kenapa perempuan!Lepaskan aku la gila!"gelut Dania sambil jalan mengekori langkah Avyanna dalam keadaan tunduk memegang rambut.

Terkejut beruk mereka semua di situ bila Avyanna jalan melintasi mereka sambil mengheret Dania macam lembu!

Selepas berjaya ke hujung koridor dan jauh dari perhatian orang ramai, Avyanna terus campak Dania ke dinding dengan kuat sampai buatkan Dania terduduk dekat lantai.

"Auw!"aduh Dania apabila dia terduduk dekat lantai tu. Sambil pegang rambut dia yang dah serabai, Dania berdiri dari situ. "WOI!KAU NAK MATI KE!"jerkah Dania dengan lantang.

Avyanna dekat situ, sikit pun tak berkedip. Dia berdiri menghadap Dania sambil menyilang tangan ke dada. Renungan gelap jelas terpancar di dua pasang bundar milik dia.

"Oh sorry then sebab kecewakan kau yang aku hidup lagi."balas Avyanna dengan nada biasa tapi nak marah.

Dada Dania naik turun kencang ke berangan. Dia pandang Avyanna dengan bengang. "Kau dah apahal!Tiba-tiba tarik rambut aku depan semua orang!"

Terus mendekat Avyanna ke Dania. Dia jalan dekati Dania dengan muka berang. "Kau tahu apa tujuan aku ke sini...kenapa ditanya lagi?"katanya sambil mendekat.

Mata Dania naik turun memandang langkah Avyanna. Berasa awas dengan keadana itu. "Apa kau merepek...aku tak tahu kau nak apa!"

Avyanna berdengus mengejek lepas dengar. Untung betul belajar jadi pelakon ni kan. "Oh really?Kau tak tahu?"sengihnya.

Dania undur dan undur ke belakang setiap kali Avyanna menghampiri dia. "Jangan kau de-"

PANG!Tak semena satu tamparan melayah tepat ke pipi kanan Dania setelah itu. "Aku tak peduli apa kau cuba buat pada aku...aku tak kisah kata makian dan hinaan kau dekat aku..tapi please...aku mintak satu je dari kau!"ujar Avyanna dengan perlahan.

Perlahan-lahan Dania gerakkan kepala dia yang berpaling gara-gara tamparan tadi. Dia pandang Avyanna dengan muka bengang yang amat sangat.

"Sekalipun kau nak bunuh aku...lakukannya dengan betul. Jangan tinggalkan bukti dan susahkan diri sendiri.."Avyanna tunding jari ke bilah bahu Avyanna setiap kali berkata.

"Apa kau cakapkan ni!Hah!Dah gila ke!"jerkah Dania.

"Daddy aku tau kau langgar aku Dania...dia takkan duduk diam. Kau tahu kan apa akan berlaku kalau daddy aku lakukan sesuatu?" luah Avyanna. "Dia takkan berhenti selagi dia dapat apa dia nak...kau tahu tak apa kau dah buat pada diri kau sekarang ni?"bisik Avyanna dengan keras. Khuatir kalau ada yang dengar.

Mata Dania terbutang luas, dia turunkan tangan yang menekap pipi ditampar tadi.

"Dekat dalam kolej ni ada mata-mata dia...dari situ dia tahu apa yang berlaku..kalau kau nak tau"kata Avyanna lagi.

"Kalau kau dah tahu yang kau sibuk nak beritahu aku semua ni kenapa?"marah Dania. "Pergi la beritahu semua orang siapa yang dah langgar kau!"

Avyanna pandang tak percaya ke Dania. "Kau nak sangat ke rasa terhina tu?Kau nak rasa sangat sakit kutuk dan diperendahkan ke?Sedarla sikit...papa kau sendiri tak pedulikan kau...ini kan lagi kalau kau ditimpa masalah...nak ke dia tolong?Tak kan!Kalau macam tu fikir la sikit!"

Air mata bergenangan di kelopak mata Dania. Dia pandang kejung ke Avyanna.

"Aku tahu kau marah...aku faham kenapa kau bencikan aku. Sebab tu aku tak kisah apa kau nak buat dekat aku..."luah Avyanna dengan kesal.

"Kau tahu....tapi kau tak buat apa-apa!Kau biarkan aku sendiri!Kau biar aku jadi penonton kegembiraan kau sementara aku?....menderita!"

Avyanna pegang bahu Dania lalu di tolak sandar ke dinding dengan kasar. "Sebab kau yang buat diri kau macam ni bukan aku. Kau shut down aku dari hidup kau. Kau yang khianati aku demi seorang lelaki. Kau yang tinggalkan aku sebab populariti...dan sekarang kau salahkan aku untuk apa yang kau rasa?Salah aku?"

Air mata jatuh menitis dari kelopak mata Dania.

"Aku tak peduli apa-apa tentang kau. Tapi sebagai bekas kawan baik kau, aku nasihatkan kau. Calm your sh*t down before anything get worse and you be end up in the jail."pesan Avyanna.

Dania tolak tangan Avyanna dari bahu dengan kasar. "Kau ugut aku?Huh?!Berani kau ugut aku!"

Avyanna undurkan diri dari Dania.

"Aku tak ugut kau Dania. Aku cuba selamatkan kau dari terluka sebab keputusan salah kau tu.Daddy aku dapat bukti dan rakaman cctv yang kau cuba langgar aku...bukan tu je dia ada gambar kau dengan aku sepanjang masa kau sakiti aku...aku hanya boleh tolong kau kali ni. Lain kali...aku tak boleh janji.."jawab Avyanna.

Dania terdiam di situ sambil mengepal penumbuk menahan sabar.

Tanpa membuang masa di situ Avyanna berpaling dari situ. Meninggalkan Dania buat kali terakhir. Lepas ni kalau dania dekati atau apa-apakan dia, Avyanna tak dapat nak berbuat apa-apa lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience