Slow Talk

Others Completed 8107

Tin minuman yang dibeli dari mesin air gedegang di pegang dengan erat sewaktu dia jalan mendekati lelaki segak berkaca mata itu.

Tak seperti biasa selalu dikelilingi pelajar perempuan, masa ni lelaki tu sendirian. Duduk termenung dibangku sambil memerhati kerenah pelajar lain yang lepak dilaman berumput.

"Hei.."sapa Avyanna dengan perlahan.

Adriel tersentak, lelaki bercermin mata tu palingkan kepala ke sisi. Dia pandang Avyanna yang sedang tersenyum kepada dia. Selama dua minggu dipulaukan oleh Avyanna baru hari ni tunangnya itu menegurnya.

"Ada orang ke?"tanya Avyanna masa pandang tempat kosong dekat sebelah Adriel.

Adriel pandang sebelah dia lantas menggeleng kepala. "Tak."

Tanpa menunggu pelawaan Adriel, Avyanna duduk dekat sebelah Adriel lalu pandang ke depan dengan senyuman nipis di bibir. "Minum?"ajunya pada air tin yang ada di tangan kepada Adriel.

Adriel mendiamkan diri. Dia pandang ke depan semasa sekumpulan pelajar lelaki junior sedang bermain bola sepak tak jauh dari situ.

Bersama hela nafas pendek, Avyanna pandang ke sisi lantas menilik tepi wajah Adriel dengan lama. Dari rambut ke mata di balik cermin mata, hidung mancung dan turun ke bibir. "Sampai bila awak nak macam ni?"tanya Avyanna. "Saya beri awak masa...bukan awak beri saya masa...berapa lama lagi yang awak perlukan untuk buat keputusan?"keningnya berkerut ingin tahu.

"Kan aku dah beritahu, kalau kau tak nak teruskan pertunangan ni kau boleh putuskan sendiri. Tak payah tunggu kata putus dari aku" jawab Adriel dengan mendatar.

Kening Avyanna berkerut sedih. "Benci sangat awak dekat saya ya?Salah apa saya dah buat?Kalau ada beritahu. Saya akan betulkan.Kalau saya sakitkan hati awak saya minta maaf. Kenapa awak tak boleh sukakan saya?"

Adriel mengepal penumbuk sambil mengetap gigi kuat. Dia pandang ke depan buat seketika sebelum berpaling ke Avyanna.

"Aku bencikan semua orang...bukan kau seorang. Berapa kali aku nak beritahu...?" jawab Adriel. "Aku tak sukakan kau dan takkan sukakan kau..!"

Bibir Avyanna tercebik mahu menangis lepas dengar bait-bait itu keluar dari bibir Adriel.

"Kau nak sangat kan putuskan pertunangan ni kan?Fine...kita putus. Aku sendiri akan cakap dengan parents aku tentang hal ni...."Adriel capai tangan bercincin Avyanna lalu cuba menarik cincin tu dari jari manis tersebut.

"Adriel!"gelut Avyanna serta merta sewaktu tangannya dipegang kuat oleh Adriel dengan tiba-tiba. Sedaya upaya dia halang lelaki tu dari tanggalkan cincin tunang dari jari dia. "Awak please jangan macam ni.."rayu Avyanna dengan air mata berlinangan di pipi.

"Bagi aku cincin tu...kau nak sangat putus dengan aku kan...pulangkan."desak Adriel yang cuba leraikan gengaman jari Avyanna.

"Kenapa awak buat semua ni?Awak tak nampak ke saya cuba pulihkan hubungan kita supaya saya dan awak berbaik.."nangis Avyanna.

Adriel merenggus kasar lalu melepaskan tangan Avyanna. Dia pandang bengang ke Avyanna. "Sebab aku tak nak ada kaitan dengan sesiapa!Aku tak nak sukakan sesiapa!Aku tak nak sayangkan sesiapa!Apa yang kau tak fahamkan lagi."deram dia dengan keras depan muka Avyanna. Tak nak tinggi suara sebab takut orang akan dengar.

Avyanna cuba pegang Adriel. "Awak...saya sayangkan awak...saya nak teruskan hubungan ni..berikan saya peluang..."rayu Avyanna.

Adriel pandang wajah Avyanna dengan mata kemerahan seperti mahu menangis tapi tak. Dia ketap gigi dia kuat-kuat nak tahan diri dari melenting dekat situ. Dia tak faham kenapa Avyanna nekad sangat nakkan dia. Tak nampak ke macam mana dia layan Avyanna.

"Jangan sentuh aku..."tepi Adriel semasa menampar tangan Avyanna jauh dari dia. "Kau buat apa kau nak. Aku dah tak peduli apa-apa tentang kau lagi!"terus dia bangun dari situ.

Avyanna ikut bangun, dia pegang Adriel lalu memeluk badan Adriel dari depan dengan erat. "Please Adriel..."

Adriel berdiri dekat situ tak buat apa-apa. Dia mula perasan mata-mata yang memandang ke arah mereka berdua.

"Lepaskan aku Avyanna."arahnya.

Avyanna menggeleng kepala. "Please Adriel.." rayu Avyanna dengan sedih.

Dengan keras Adriel tolak tangan Avuanna turun dari memeluk badan dia. Tanpa bersuara Adriel jalan laju meninggalkan Avyanna dekat situ.

Bersama perasaan kecewa, retak seribu, terluka dan mengalah, Avyanna terduduk dekat atas rumput tu dengan kepala tunduk ke bawah. Tak peduli kan mata-mata yang memandang ke arah dia.

Tersedu sedan la Avyanna menangis dekat situ. Habis semuanya. Musnah. Berkecai. Retak tak berganti.

Saat bahu itu terhenjut-henjut kuat, masa itu la tangan itu muncul dari belakang lantas melingkar perlahan sekeliling belakang bahu Avyanna.

"Hey..."Ruben melutut sebelah kaki di sebelah kiri Avyanna.

Bersama air mata berlinangan turun membasahi pipi, Avyanna angkat kepala dan pandang ke sisinya.

"It's okay. I'm here for you."senyum Ruben sambil seka air mata dari pipi Avyanna dengan kasih.

Terus Avyanna sandarkan dahinya ke dada Ruben dan meneruskan nangisnya tanpa suara. Dia terlalu sedih sehingga tiada kata-kata yang dapat diluahkan.

Ruben tunduk mengucup mahkota Avyanna lalu paksa Avyanna bangun dari situ dengan memeluk sekeliling badan itu dengan sebelah tangan.

Lantas mereka berdua beredar dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience