"Apa maksud kamu Adriel?"tanya mama dia dengan muka kecewa.
"Adriel nak mama dengan papa hentikan semua ni...putuskan pertunangan ni.."arah Adriel.
"Tapi kenapa?"tanya papa dia pula.
Adriel mengerling ke dua-dua orang tuanya dengan perasaan kecewa dan sedih. Dia tahu parents dia nak dia bahagia dan gembira dengan melakukan semua ni.
Dengan keadaan macam ni. Macam mana dia nak happy?
"You know why.."balas Adriel bersama kerutan di kening.
Mama Adriel jalan dekati Adriel lalu memegang lengan anak lelakinya. "Sayang..please jangan macam ni...mama dengan papa mahukan kamu bahagia..."
Mata Adriel tunduk memandang mama dia dengan sedih. "Apa gunanya semua ni Ma?Sekalipun Adriel teruskan pertunangan ni dan hanya akan berakhir menyakiti orang lain?"
Mama Adriel menggeleng kepala. Air mata mulai bergenangan di kelopak. "No...kamu tak boleh cakap macam tu..."
"Adriel.. Fikirkan la semula keputusan kamu tu. Sekali kamu putuskan pertunangan ni, tiada jalan patah balik.."pujuk papa Adriel pula.
Adriel pandang papa dia dengan hati yang hiba. Sakit! "Dari awal lagi tiada jalan patah balik untuk Adriel Pa...Adriel dah ada dekat jalan penghujungnya."
Mama Adriel terus menangis. Dia peluk badan Adriel lalu meyembam muka dia ke dada Adriel. "No...you not...anak mama takkan pergi tinggalkan mama..."raungnya dengan sedih.
Adriel berdiri tegak dekat situ. Tidak membalas pelukan mama dia sebab dia dah kebas. Dah lali sampai badan dia tak rasa apa-apa.
"Kenapa kamu cakap macam tu...kan papa dah cakap kita akan cari penderma untuk kamu.."
Adriel pandang papa dia dengan renungan kosong. "Apa kata papa?Penderma?Berapa lama lagi?Nak tunggu sampai jantung ni berhenti berdegup?Macam tu?"
Mama Adriel angkat kepala, dia pegang kedua-dua pipi Adriel. "Tak...kamu takkan apa-apa." nafi mama Adriel dengan sedih.
Adriel pegang tangan mama dia lalu diturunkan dari pipinya. "I'm dying...and you know that. Dah tak ada apa-apa yang kita boleh buat tentang hal tu...jantung berlubang yang ada dalam dada Adriel sekarang dah tak kuat lagi hendak berdegup..."
"Adriel...jangan cakap macam tu..doktor kata ada harapan untuk kamu..."rayu mama Adriel lagi.
"Jangan tipu diri mama sendiri. Mama dengar kata doktor hari tu. Dah jelas-jelas masa Adriel dah tak lama lagi..."
Papa Adriel dah terduduk dekat sofa dengan tangan menekap dahi tak percaya. Tiada lagi kata-kata yang dapat diluahkannya.
Mama Adriel kembali memeluk badan Adriel lantas menangis. "Maafkan mama Adriel....mama gagal lindungi kamu....mama gagal jadi seorang ibu..."nangis mama Adriel dengan syahdu sekali.
Sampaikan papa Adriel pun ikut menangis tak lama lepas tu.
Sementara Adriel dekat situ cuma termenung memandang ke lantai. "Sebab itu Adriel nak mama putuskan pertunangan ni dan batalkan semua rancangan mama untuk satukan Avyanna dengan Adriel. Dia ada masa depan yang lebih baik dari bersama dengan Adriel..."ucapnya dengan lirih sewaktu memeluk badan mamanya.
Mama Adriel hanya menangis di situ.
"Dari Adriel sakitkan orang lain dan buatkan mereka sedih. Sebaiknya Adriel undurkan diri.." dia cengkam kuat kain baju mamanya taktala rasa sakit yang selalu bertandang di dadanya kini menerpa perlahan-lahan.
Dia sayangkan Avyanna sejak tahun pertama Avyanna luahkan perasaan suka terhadap dia. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya dia saat itu.
Namun tak sempat dia nak raikan perasaan tu. Disebabkan dia tahu keadaannya macam mana, Adriel sedaya upaya tolak Avyanna untuk tidak lukakan hati Avyanna bila masa dia tiba.
Dia ingatkan Avyanna akan putus asa terhadap dirinya. Tapi tak. Sehingga sekarang gadia itu berkeras hendak bersama dengan dia. Dia nak!Tapi takdir tak mengizinkan dia untuk bersama dengan sesiapa.
Adriel disahkan menghidap jantung berlubang sejak dia bayi lagi. Bermacam-macam cara parents dia cuba untuk memastikan kelangsungan hidup dia. Berpuluh pembedahanan telah dia jalankan, tapi badan dia tolak semuanya. Dan satu-satunya jalan penyelesaian adalah jantung baru untuk dia.
Untuk tunggu jantung baru bukannya sekejap. Lama, dah bertahun Adriel tunggu. Dan sekarang dia dah tak larat nak tunggu lama-lama. Badan dia tahu tu. Sebab itu la keadaan dia semakin parah.
"Maafkan Adriel mama...papa."ucap Adriel semasa tunduk mengucup mahkota mama dia dengan mata terpejam.
Cuma ini je cara dia nak lindungi Avyanna dari terluka.
Share this novel