Kafeteria. Tempat paling banyak drama dalam mana-mana cerita. Nak buat macam mana kan, benda tak boleh nak elak. Nama pun kageteria. Tempat dimana semua orang berkumpulan. Orang yang entah apa-apa punya perangai. Memang la ada dramanya.
Siapa paling hot, siapa paling cool, siapa paling loser dan ramai lagi jenis.
And this is the most unliking place for her!
Sebabnya?
Ya, selain Avyanna, dalam kolej ni ada hot male student jugak.
Kaya, kacak, kereta mewah, dompet tebal dan otak yang geliga, sweet talker dan romantik. Pendek cerita, lelaki ini full pakej husband material. But....disalah gunakan.
"So malam ni saya free...ada sesiapa nak join ke kelab malam eksklusif sebagai teman saya tak?"ajunya sambil menjungkit-jungkit kening dengan menggoda.
Tiga orang student junior perempuan yang duduk di meja itu pandang segan ke lelaki kacak depan mereka. Terlalu kacak sampaikan merah merona wajah mereka dibuatnya.
"Ini nombor saya...kalau ada yang berubah fikiran. Mari la..."ajaknya semasa mencapai satu tangan dari seorang pelajar perempuan di meja tu. Lengan baju pelajar perempuan tu diselak sedikit sebelum dia keluarkan satu pen marker sharpie dari poket jaket sweater dia.
Baru je hujung pen tu nak sentuh kulit lengan pelajar perempuan tu, satu pukulan hinggap di belakang kepala dia dengan kuat.
PAK!
Serta merta pelajar perempuan tu rentap tangan dia dari tangan senior dia sebab terkejut. Mereka bertiga pandang senior perempuan yang berdiri di belakang senior lelaki tadi dengan mata terbutang luas.
"Auw!"aduhnya semasa memegang belakang kepala bekas pukulan tadi. Dan bila dia toleh ke belakang hendak memaki si pelaku, reaksi marah dia terus berubah menjadi ceria.
Di situ, berdirinya Avyanna dengan muka menyampah sambil mencekak pinggang sebelah tangan, sebelah lagi pegang fail plastik warna biru gelap.
"Eh...sayang.."sengih Ruben menampakkan barisan gigi putih dia.
"Sayang kepala otak kau.."detus Avyanna sewaktu memandang geram ke lelaki yang pernah menjadi teman lelaki dia selama dua tahun dan kawan karib dia sejak sekolah rendah. Jangan tanya macam mana dia boleh couple dengan mamat selenge ni!Jangan fikirkan sebabnya pun.
Sekali. Sekali tu tak pernah la dia nampak Ruben tak mengurat perempuan. Selagi ada peluang, selagi ada perempuan depan mata, selagi tu lelaki ni takkan berhenti.
"Ma-maafkan kami senior!"dengan kalut pelajar-pelajar perempuan junior tadi yang berkemas lantas bangun dari situ.
Avyanna memandang tiga orang pelajar perempuan tadi dengan kening mencerun tak puas hati sebelum memandang Ruben semula.
"Kau ni memang dah tak ada kerja agaknya kan?"soal Avyanna semasa ambil tempat di sebelah Ruben
Ruben anjak sedikit untuk beri ruang pada Avyanna. "Apa lagi aku dah buat?Kau tau tak kau baru je rosakkan peluang aku..."sungut dia.
Terus ditampar tepi lengan Ruben oleh Avyanna lepas dia dengar.
"Auw...sakit la. Tu untuk apa pulak?"renggus Ruben sambil gosok tepi lengan dia dengan hidung berkerut menahan sakit. Ganas betul. Harap je tangan kecik. Sakitnya...perggh!
"Berhenti kacau anak perempuan orang boleh tak!kau ingat elok ke perangai kau ni."bebel Avyanna masa pandang muka kacak yang sentiasa menjadi bala buat dia. Masa kecik ke dah besar gedabak macam bapak orang ke, perangai tak pernah nak berubah.
"Habis tu...aku nak bercinta dengan kau...kau tak nak...cuba kalau kau tak putuskan hubungan kita, tak ada la aku lonely dan sepi macam ni."rajuk Ruben sambil membuat muka sedih sewaktu memeluk diri sendiri.
Avyanna pandang tak percaya ke Ruben. Dia persoalkan diri sendiri. Macam mana la dia boleh bertahan dengan mamat selenge ni?Dah bermacam-macam kata carut dalam kepala Avyanna muncul masa ni. Rasa menyampah dia pada Ruben ibaratnya macam nak tumbuk je muka depan dia ni!
"Kalau kau tak buat perangai playboy kau dan keluar dengan perempuan berlainan setiap hari...tak adanya kau kesian macam ni.."balas Avyanna.
Ruben buat muka tergamam, terus dia pegang dada dengan dramatik. "What?Salah aku?" ltanya dia dengan nada tak percaya di buat-buat.
Avyanna buat muka lepas tengok. "Please la.." minta dia yang tak tahan nak hadap drama Ruben.
Terus Ruben peluk Avyanna dan olok-olok menangis sewaktu menyembam muka ke dadanya.
Share this novel