Winner Not Always Win

Other Completed 7886

"What?Dikeluarkan?Kenapa pulak?"tanya Dania.

"Maafla senior..bukan saya saja keluarkan senior...rutin cheerleading kami dah buat penilaian tapi senior tak lepas. Perlawanan tu tak lama lagi..jadi kami tak nak ambil risiko."

Dania berdengus tak percaya lepas dengar. "Macam la kau orang akan menang sekalipun buang aku!"detusnya sebelum berpaling membelakangkan mereka.

Sakit hati betul!

Ingat diri dia orang tu bagus sangat ke sampai buang dia dari kumpulan tu. Dasar budak hingusan tak gu-

BUK!

Sesuatu dari selekoh depan melanggar Dania sampaikan Dania yang asyik termenung tadi jatuh ke belakang sebab tak  bersedia.

"Auw!"aduh Dania lepas terduduk.

"Ya Tuhan...Nia."panggil suara tu. "Sorry..aku tak sengaja.."kata Avyanna masa dia hulur tangan nak bantu Dania bangun.

Dania tampar tangan Avyanna kuat-kuat lepas dengar. "Jangan sentuh aku dengan tangan kotor kau tu!"maki Dania.

Avyanna tersentak, dia pegang tangam dia yang ditampar tadi rapat ke dada sebab sakit. "Aku tak perasan tadi..serius."

Dania berdiri tegak dari duduk dia lalu menujah bahu Avyanna dengan kuat. "Asal..mata kau tu dah buta sangat ke sampai aku yang besar ni pun tak nampak. Ke kau nampak tapi buat tak nampak?"

Terundur-undur Avyanna ke belakang bila di tujah macam tu. Sakit wei!"Apa ni..kan aku cakap aku tak sengaja. Aku tak tahu kau nak belok tadi."jelas Avyanna dengan jujur. Memang dia tak perasan langsung.

"Alasan!"sekuat hati dia tolak Avyanna ke belakang.

Tak dapat imbangkan badan, Avyanna tercampak kuat ke belakang lalu jatuh terbaring dalam keadaan telentang.

TUK!

Terhantuk belakang kepala Avyanna kerana impak jatuhnya.

"Uhuk!"batuk Avyanna sambil memejam mata menahan sakit.

"DANIA!"tak semena suara lantang kedengaran di hujung koridor buatkan Dania melompat terkejut. Dengan mata terbutang luas Dania pandang ke arah kumpulan pelajar lelaki yang berlari ke arah dia dan Avyanna berada.

Sambil mengerang kesakitan Avyanna ngiring ke tepi sambil pegang belakang kepala dia yang berdenyut sakit sebelum sepasang tangan memegang bahu dia.

"Sayang..."suara lembut kerisauan Ruben menyapa telinga Avyanna. Lelaki tu bangunkan Avyanna dengan kening berkerut risau. "Kau okay?"tanya dia masa bawa Avyanna ke dalam pelukan.

"Kau kenapa Nia!Tak cukup-cukup lagi cari pasal ke?"marah rakan sepasukan ragbi Ruben.

"Dia yang langgar aku dulu!"balas Dania sambil tunding jari ke Avyanna.

"Kalau dia langgar kau, perlu ke kau buat dia balik la macam tu sekali?"marah rakan Ruben yang lain.

Hidung Dania kembang kempis kebengangan bila dia dimarah depan ramai orang macam ni. Sambil mengepal penumbuk tak puas hati, Dania hentak kaki bertumit tinggi tu lantas berpaling pergi dari situ.

Avyanna sandarkan kepala dia ke bahu Ruben dengan mata terpejam. Pening dan sakit sekali kepala dia gara-gara terjatuh tadi.

"Dia okay tak?"tanya seorang dari mereka sewaktu memegang lengan Avyanna.

"Aku tak tahu.."jawab Ruben masa tunduk memegang dagu Avyanna untuk didongakkan menghadap dia. "Sayang...kau okay tak ni?"

Perlahan-lahan Avyanna membuka mata dia memandang Ruben masa tangan dia peluk erat sebelah pinggang Ruben. "Pening.."keluh dia.

"Aku drive pergi hospital."aju seorang dari mereka dengan lekas.

Ruben angguk kepala setuju. Dia serahkan beg tangan Avyanna pada rakan dia sejurus tu. "Kau ambik kereta.Jumpa depan pintu nanti." arah Ruben.

Yang memandu itu pun berlari merentas koridor tu sepantas kilat.

"Nak aku tolong angkat ke?"aju yang lain.

"Tak payah ..biar aku.."Ruben dukung Avyanna gaya pengantin dengan mudah.

Avyanna rehatkan kepala dia dibahu Ruben. Dia nak buka mata tapi sangat berat. "Sakit.." rintih dia tanpa sedar.

"I know honey..."balas Ruben dengan perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience