"Cuba la tengok gambar ni dulu nak. Cantik orangnya. Kamu tak nak tau ke siapa tunang kamu ni?"
Mata yang sedang fokus memandang skrin laptop tu sikit pun tak beralih.
"Adriel...mama cakap dengan kamu ni. Pandang la sekejap."rengek mamanya di sisi.
Adriel cuma diamkan diri sewaktu memandang skrin laptop, sikit pun tak ambil peduli tentang hal ehwal pertunangan yang keluarga dia aturkan bersama keluarga kenalan papanya.
Kata parents dia, pertunangan tu untuk kukuhkan syarikat keluarga kedua-dua pihak. Dia malas nak cakap banyak apa lagi berbalah dengan orang tuanya pun setuju je. Tapi dengan syarat dia tak nak ambil tahu atau peduli dengan siapa dia bertunang. Bukannya menyenangkan hidup dia. Malah merimaskan lagi adalah kalau dia kenal tunangannya siapa.
Fikir pasal rimas, wajah minah tiga suku tu terus bermain dalam fikiran dia. Eh..tak pasal-pasal pulak!
"Cantik orangnya kamu tahu. Mama letakkan gambar dalam maklumat peribadi dia dekat sini ya. Kalau free tengok-tengok la. Nombor phone dia pun ada sekali."satu sampul surat coklat di letakkan atas timbunan fail di meja itu.
"Hm."jeda Adriel tak berminat masa tangan dia sibuk tekan tetikus.
Mama Adriel kemudiannya diam menilik wajah kacak milik anak lelaki tunggal dia. Nak kata tak handsome, anak lelaki dia paling kacak dibandingkan anak-anak lelaki datin yang dia temui.
Tak cukup dengan tu, anak lelaki dia seorang yang bijak. Pakar dalam tekonolgi dan perkomputeran. Malah dalam usia yang muda, anak lelaki dia ni dah ada company software computer sendiri. Tapi kenapa ya, sampai sekarang anak lelaki dia tak pernah bersama dengan mana-mana perempuan.
"Adriel...mama nak tanya kamu sesuatu ni."
Adriel cuma jungkit kening sebagai respon.
"Kamu tak nak ada someone special ke?"
"Dah kenapa mama tanya macam tu?"
"Tak adalah...mama perhati kamu ni sejak remaja sehingga la dewasa, sekali pun tak pernah nampak keluar dengan perempuan?"
Adriel berhenti menekan tetikus. Lantas dia palingkan kepala ke mama dia dengan muka letih. "Mama please..."
"No...mama just risau kan kamu sebab itu mama tanya. Kerana tu mama jodohkan kamu, tak nak lihat kamu habiskan masa dengan komputer kamu tu.."
Adriel lepaskan keluhan letih. Lantas dia kembali memandang skrin laptop. "Adriel dah bertunang macam mama nak kan?Apa lagi yang mama nak risaukan.."dia pandang butiran di laptop tu dengan renungan tajam.
Mama Adriel ikut melepaskan keluhan panjang dia. Dia gerak ke belakang meja kerja Adriel lalu berdiri di sebelah anaknya.
"Adriel Kaito..."panggilnya dengan lemah lembut sewaktu menekap pipi anaknya lalu dipalingkan menghadap dia.
Adriel dongakkan kepala pandang mama dia dengan letih. "Ada apa?"balas dia.
"Kamu marahkan mama ke paksa kamu bertunang dengan orang yang kamu tak berkenan?"tanya mamanya.
Keluhan keluar dari bibir Adriel sekali lagi. Dia turunkan tangan mamanya dari pipi dia. Lalu kembali memandang skrin komputer.
"Adriel tak marahkan mama. Adriel cuma tak suka. Mama sendiri tahu kan perangai anak orang kaya macam mana. Terutama sekali perempuan. Memang la dia orang cantik. Tapi tak semuanya cantik dan pandai. Adriel dah jumpa ramai anak orang kaya. Perangai dia orang tu bukan je menyakitkan hati malah kurang ajar. Dia orang ingat sebab dia orang kaya dia orang boleh buat apa yang dia orang nak....sebab tu la."jelas Adriel dengan kening berkerut tak suka.
Mama Adriel tersenyum manis. "Bukan semua, kamu tahu...ada je yang lebih berdikari dan bersopan santun...terutamanya calon isteri kamu ni."
Adriel tekan tetikus dia laju-laju masa edit lukisan dalam komputernya. Wajah Avyanna bermain dalam fikiran dia sekali lagi. "Mana mama tahu, mama dah jumpa dia ke?"soalnya.
"Hahaha...mama tengok gambar je dah tahu."
"Gambar je...jangan nilai seseorang dari luaran je.."keluh Adriel.
"Hah!Dah tahu, kamu kenali tunang kamu tu dulu baru la buat keputusan. Lagipun sebab kamu tolak majlis pertunangan tu, mama cuma bagi cincin je pada dia...tak kesian ke tu."
Adriel buat muka menyampah bila dengar. "Alah...dia orang bukannya kisah pun. Asalkan dia orang dapat duit dengan nama dari keluarga kita, Adriel tak peduli dah semua tu.."
Mama Adriel menggeleng kepala. Dah tak tahu nak cakap macam mana lagi dengan anak lelaki dia yang suka berkata negatif tentang semua perkara. Terutama sekali soal perempuan.
"Sebelum mama lupa, boleh mama tahu kenapa kamu ke kolej berpakaian seperti pengemis? Dah tak ada baju ke nak pakai? sebab itu la sampai sekarang kamu tiada teman wanita." bebel mamanya Adriel masa bergerak nak keluar dari situ.
Mata Adriel bergerak mengekori langkah mama dia. "Nak tengok mana satu manusia yang jujur nak berkawan dengan Adriel tak kira siapa Adriel dan macam mana rupa Adriel la.."
"Haih...apa la nak jadi dengan kamu ni...semuanya kamu tak percaya. Yalah buat apa kamu nak asalkan jangan libatkan diri dalam masalah sudah."mama Adriel bercakap sambil jalan keluar dari bilik bacaan tu tanpa menoleh.
Adriel tak hiraukan komen terakhir dan fokus terhadap kerja dia.
Share this novel