Dua minggu kemudian...
"Okay...macam yang kamu semua nampak dekat dalam peta ni...dalam kolej ni ada lapan buah fakulti. Setiap fakulti adalah jurusan yang kamu pilih. Bangunan yang lain adalah dormitori lelaki dan perempuan. Gimnasium, kolam renang indoor dan outdoor, padang...." jelas Avyanna pada pelajar junior yang baru je masuk untuk semester baru ni.
Dia selaku ketua fasilator dalam majlis pelajar, dia telah ditugaskan untuk guide mereka ke sekeliling kolej pada hari itu. Kebanyakkannya pelajar perempuan. Pelajar lelaki pun beberapa orang saja.
Sedang Avyanna beri penerangan setiap nama bangunan dan kegunaannya yang ada di dalam peta, seseorang jalan menyelinap dari belakang seperti pemangsa.
Avyanna yang sedang fokus dengan penerangan dia langsung tak sedar akan kehadiran orang tersebut.
Tapi pelajar-pelajar baru yang berdiri menghadap Avyanna perasan. Mereka semua mulanya fokus pada Avyanna. Lepas mereka pandang abang handsome lampai berkaki panjang jalan menjinjit kaki dekat belakang Avyanna. Mata mereka terus pandang abang tu.
Disebabkan abang tu senyum lalu menunjuk isyarat jari dekat mulut, dengan patuh mereka semua diamkan diri dan berlagak tak nampak apa-apa.
"Kemudian kita ada kafeteria, setiap hari menu berbeza-beza. Bayaran kita buat guna kad pelajar yang tergantung dekat leher kamu semua.."jelas Avyanna lagi sambil tunjuk bangunan di sebelah kanannya pula.
Dan masa tu, abang handsome tadi muncul dekat depan Avyanna lantas dukung Avyanna di atas bahunya dengan sepantas kilat.
"Argh!"jerit Avyanna masa dia diangkat lalu tergantung di bahu itu. "Oh my god!Apa ni!"tanya dia masa angkat kepala nak pandang ke depan. "Hei!Turunkan aku sekarang!"
Suara ketawa Ruben serta menyapa telinga Avyanna masa lelaki tu berdiri menghadap pelajar junior di situ. "Okay guys...times up. Abang handsome ni akan terangkan dekat kau orang pulak."Ujar Ruben yang menarik entah siapa-siapa yang kebetulan lalu lalang dekat situ lalu dihadapkan kepada mereka.
"Ben!Apa ni!"Avyanna tampar belakang badan Ruben sambil meggerakkan kaki dia supaya di turunkan. "Turunkan aku sekarang!"
Pelajar-pelajar baru yang ada dekat situ cuma pandang kagum. Walaupun tak tahu apa yang sedang berlaku, mereka hanya pandang Ruben seperti baru melihat berlian yang bersinar megah.
"Nope!"Ruben bawa Avyanna pergi dari situ dengan gadis itu berada di atas bahunya.
"Yahhh!"jerit Avyanna sambil menumbuk-numbuk belakang badan Ruben.
Ruben cuma ketawa.
Tak lama selepas itu mereka tiba di tempat parkir kereta pelajar. Lelaki tu buka pintu kereta dengan sebelah tangan lalu menyumbat Avyanna ke tempat sebelah pemandu.
"Apa kau cuba buat ni?"tanya Avyanna masa dia didudukkan dalam kereta lalu dipakaikan seatbelt oleh Ruben.
"Just wait and see honey..."balas Ruben sebelum dia pandang Avyanna sekejap lalu mengucup laju-laju dahi Avyanna lantas tutup pintu kereta tu.
Terkebil bingung tak faham apa yang berlaku, Avyanna perhati Ruben sehingga lelaki itu masuk ke dalam kereta dan duduk di tempat pemandu.
Bila Ruben dah siap pasang seatbelt, dia hidupkan enjin kereta dan pandu keluar dari kawasan kolej.
Avyanna sandar ke belakang lalu paling kepala ke sisi tempat pemandu. Dia pandang tepi wajah Ruben. Dari situ dia boleh nampak Ruben tersenyum riang.
"Bila kau balik sini?"tanya Avyanna.
"Baru je.."jawab Ruben sambil pegang gear handle.
"Macam mana kau tahu aku dekat mana?"
"Aku jumpa Renna lepas aku try call kau tapi tak dapat. Dia beritahu kau guide budak-budak freshie. Aku suruh budak-budak ragbi aku carikan kau itu yang aku tau kau dekat mana." jelas Ruben yang memusing stereng kereta sewaktu membelok ke kanan.
Avyanna silangkan tangan ke dada lalu termenung pandang ke depan. "Kita nak ke mana ni?"
"Dating.."jawab Ruben laju-laju.
Kening Avyanna berkerut. "huh?sekarang?Tak boleh tunggu ke?"tanya Avyanna sewaktu mengerling ke Ruben.
Dia ada kerja nak buat. Masa ni jugak nak ajak dating!
Kereta tu berhenti dekat depan lampu isyarat merah. Ruben tarik hand brake lalu menghadap Avyanna. Sebelah tangan dekat stereng kereta sebelah lagi dekat belakang kerusi Avyanna.
Avyanna buat muka pelik bila Ruben dekatkan muka depan muka dia. "Kau tak tahu betapa lamanya aku tunggu nak jumpa kau, Avy. Dua minggu....dua minggu tak nampak kau...kau tak nak tahu apa aku nak buat dekat kau sekarang..."kata Ruben dengan nada mengoda dia.
Avyanna buat muka lepas dengar. Kasanova depan dia ni memang tak boleh agaknya kalau tak bermadah. Ada je ayat manis yang keluar dari mulut tu.
"I wish we can do what ever you think right now...but we can't."balas Avyanna yang tiba-tiba rasa jengkel bila ingatkan Adriel. Terus dia silangkan tangan ke dada dan pandang ke depan.
Kening Ruben berkerut tak faham. Hairan dia lihat wajaj tak puas hati Avynna. "Sesuatu berlaku ke?"tanya Ruben.
Avyanna topangkan dagu dengan tangan kiri pada tingkap lalu melemparkan pandangannya keluar tingkap. Macam mana dia nak beritahu ni. Ruben baru je balik. Takkan la dia nak spoilt mood happy Ruben dengan masalah dia.
Sejak dua minggu lepas, dia tak bercakap dengan Adriel. Dan sepanjang masa tu Adriel tak cuba untuk bercakap dengan dia untuk selesaikan isu mereka berdua. Lelaki tu malah diam dan buat hal sendiri. Paling menyakitkan hati, lelaki tu dengan bersahaja bermesra dengan pelajar perempuan yang lain.
Satu sentuhan di peha buatkan Avyanna tersentak. Dia pandang ke sisi dimana Ruben sedang pandang ke depan memandu dengan sebelah tangan. Sebelah lagi berada di atas peha dia. Lelaki tu tak tanya apa-apa lepas tu. Sepanjang perjalanan tu Ruben diam. Yang mana amat dihargai Avyanna.
Share this novel