9 bulan kemudian....
Perjalanan hari demi hari berjalan seperti biasa. Sibuk dengan kelas, assignment, persedia untuk final exam, intership, kerja sambilan, interview untuk kerja dan banyak lagi. Dan sepanjang tempoh ni tak ada banyak bezanya seperti sebelum-sebelumnya.
Maybe orang lain tak rasa, tapi dia rasa. Selama tempoh ini, hidupnya seakan kosong dan tak ada maknanya. Walaupun hari tu cerah dan berangin, namun di matanya hari itu mendung dan kelihatan sugul.
Nak buat macam mana, dia nak atau tak. Hidup kena move on. Sakit?Jangan cakap. Sepanjang tempoh ni, berat badan dia turun mendadak sebab tiada selera dan mood swing.
Ada masa tu dia diam tak bercakap, ada masa tu diam menangis je sepanjang masa. Ada masa tu dia terperuk dalam bilik tak nak buat apa-apa. Ada masa tu dia give up sangat. Sampai terpaksa keluar masuk hospital sebab kesihatannya terganggu.
Tapi dibalik kesusahan itu, mujurla ada yang sanggup berada di sisi dia tak kira macam mana sekalipun keadaan dia. Sentiasa beri dorongan dan bantu dia untuk bangun semula. Yang mana amat dia syujuri sangat.
"Avy!Kau menung apa lagi tu!Cepat la...lambat pulak nanti.."panggil Ruben di depan dewan convo.
"Dia nak buat grand opening tu.."seloroh Renna dengan tangan bersilang di dada bersama sengih meleret di bibir.
Selama ni dia hanya fikir tentang dirinya je. Tak ada benda atau perkara lain yang dia fikir sampai tak nampak apa yang dia miliki di depannya selama ni. Selama ni dia cuba kejar apa yang dia inginkan sampai terlupa yang dia dah ada cukup.
"Apa kau buat...jom la."Ruben berdiri di depan Avyanna sambil hulur tangan kepada dia.
Avyanna pandang tangan Ruben sebelum pandang Ruben. Mungkin dia masih berharap Adriel adalah orang yang memegang tangan dia, tapi hatinya perlahan-lahan terubat kerana kehadiran Ruben. Walaupun susah untuk dia biasakan hatinya untuk lupakan Adriel, dia cuba...supaya ada ruang buat orang lain.
"Aku kena naik pentas kejap lagi ni..."Ruben capai tangan Avyanna kemudiannya lalu menarik Avyanna jalan bersamanya masuk ke dalam dewan.
Setelah mereka tiba di depan pintu itu, Renna sambut tangan Avyanna satu lagi lalu dirangkul dengan erat.
"Akhirnya...kita semua tamat belajar..."senyum Renna dengan gembira.
"Sayang!"panggil mommy Avyanna di tempat duduk tetamu.
Dengan segera Avyanna palingkan kepala ke tempat duduk tetamu.
"Hai handsome!Kamu boleh buat!"sorak papa dan mama Ruben di sebelah daddy Avyanna.
Ruben dengan gembira lambai tangan ke arah orang tuanya.
Setelah mereka duduk di kerusi yang telah di tetapkan, majlis itu bermula tak lama kemudian. Ucapan demi ucapan disampaikan oleh dekan, kaunselor, owner kolej dan juga tokoh pelajar.
"So apa kau nak buat lepas graduasi nanti?" tanya Ruben dekat sebelah kanan Avyanna.
Avyanna alihkan perhatian dia dari pentas ke Ruben. "Kenapa kau tanya?"
Ruben dekat sebelah tersengih, tanpa alihkan perhatian dari pentas dia bersuara. "Mana la tahu aku ada dalam rancangan masa depan kau nanti.."selorohnya.
Avyanna berdengus menyampah. Dia kembali pandang ke depan. "Mengada-ngada..." balasnya.
Ruben tunduk pandang ke bawah, dia capai tangan Avyanna lalu digenggamnya sebelum berpaling memandang Avyanna.
Avyanna ikut memandang Ruben lepas tangannya di gengam. Terus dia tatap wajah handsome Ruben dengan lama.
"Aku tau semua ni bukan mudah untuk kau. Tapi aku nak kau tau...aku sanggup tunggu kau."ucap Ruben sewaktu merenung tepat ke mata Avyanna.
Tersentuh hati Avyanna dibuatnya. Dia pandang Ruben dengan senyuman nipis di bibir.
"Terima kasih Ben.."ucap dia dengan ikhlas.
Ruben usap pipi Avyanna. "No problem sayang..untuk kau apapun aku sanggup buat.."sejurus itu tengah dahi Avyanna dikucupnya.
Hinggao saja bibir Ruben ke dahinya, Avyanna tarik senyuman lebar di bibir.
Bersama renungan penuh semangat, Ruben kembali pandang ke pentas semula.
Sementara Avyanna lentokkan kepala dia ke bahu Ruben sambil merangkul lengan itu dengan erat. Betapa berharapnya dia saat ini dia dapat lihat Adriel buat kali terakhir sebelum berpisah.
Share this novel