"Eloknya kita percepatkan majlis mereka berdua tak begitu?"aju papa Adriel.
"Kan...eloknya kahwin muda macam ni senang dapat anak..nanti dah berusia macam-macam..itu la ini.."setuju mama Adriel pula.
"Tapi mereka belum habis belajar lagi..."kata momny Avyanna.
"Apa susah...habis je exam final kahwinkan je mereka.."tambah daddy Avyanna.
Ketika orang tua mereka sedang berbincang, Avyanna yang sejak tadi duduk tak menjamah apa-apa pandang ke Adriel. Masih tak percaya yang tunang dia adalah lelaki yang dia sukai.
Adriel pula hanya termenung memandang pinggan makanan yang dikuis sejak tadi. Tak makan sebab tak berselera.
"Eloknya begitu la...kalau tak ada aral melintang, kita buat begitu je terus."setuju papa Adriel semasa senyum ke daddy Avyanna.
Avyanna palingkan kepala ke mommy dia. Lantas ke orang tua Adriel. Berseri wajah mereka membincangkan soal perkahwinan anak mereka. Nampak sangat dia orang semua happy.
Sampaikan Avyanna nak bantah pun tak sampai hati. Dia tak sanggup rampas seri tu dari wajah mereka. Tapi, Adriel mesti akan bantah hal ni. Yalah Adriel kan tak suka dia. Mesti la lelaki tu akan putuskan pertunangan ni dan batalkan perkahwinan ni.
Mengenangkan kemungkinan tu, air muka Avyanna menjadi sugul. Dia pandang Adriel dengan renungan sedih.
"Adriel...apa pendapat kamu?"tanya mama Adriel disebelahnya.
Semua di situ pandang penuh berharap ke Adriel. Menanti jawapan positif dari Adriel. Tapi tak Avyanna. Dia cuma tunduk pandang ke bawah dengan sedih sebab dapat mengagak jawapan Adriel nanti.
"Ikut la mana yang senang. Adriel ikutkan je." balas suara dalam tu.
Tersentak kepala Avyanna pandang ke depan. Mata dia terbutang luas bila dengar jawapan tu dari Adriel. What? Dia salah dengar ke apa?
"Ohh...bagusnya. Terima kasih ya Adriel. Avyanna pasti suka mengenai hal ni..kan sayang."mommy Avyanna gosok belakang badan Avyanna. Beri isyarat pada anak dia untuk tak berkata apa-apa.
Avyanna pandang mommy dia buat beberapa saat sebelum pandang parents Adriel. Berasa kekok dan bingung, dia hanya mengangguk kepala.
"Kalau begitu semuanya dah settle. Kedua-dua pihak pun dah bersetuju. Maka kita lanjutkannya ke agenda seterusnya.."papa Adriel pandang daddy Avyanna dan mula berbincang mengenai bisnes pulak.
Ibu Avyanna dan Mama Adriel saling bertukar cerita mengenai bisnes masing-masing. Sementara Avyanna yang rasa sesak dekat situ terus berdiri.
"Maaf...nak ke tandas."pamit Avyanna.
Mama Adriel pandang Avyanna lepas dia dengar. "Boleh...Adriel. tolong tunjukkan Avyanna ya.."minta dia.
Mata Avyanna terbutang luas lepas dengar. Eloknya dia nak keluar dari situ terus, boleh pulak mama Adriel suruh teman. Rosak pelan dia!
"Tak apa..sa-"Avyanna baru je nak tolak pelawaan tu, tapi Adriel dah bangun dari situ.
"Dah pergi sana.."gesa mommy Avyanna sambil tersenyum.
Mata Avyanna bergerak cemas ke mommy dia lalu ke Adriel. Macam-macam betul la!Kenapa la keadaan boleh jadi serabut macam ni? Dengan bahu jatuh mengalah, Avyanna jalan keluar dari situ mengikut Adriel di belakang.
Semeter jauh dari Adriel, Avyanna jalan dekat belakang lelaki tu. Lepas dapat tahu yang Adriel tunang dia, entah kenapa dia rasa aneh semacam. Sedangkan itu la yang dia nak selama ni. Jadi pasangan Adriel.
Sekarang lain pulak yang dia rasa!
BUK!
Tak sedar termenung jauh punya pasal, Avyanna terlanggar belakang badan Adriel. Entah bila lelaki tu berhenti, Avyanna sendiri tak sedar.
"Sorry!"Lekas-lekas Avyanna jarakkan diri dari Adriel. Bila pulak lelaki ni berhenti?Sambil gosok dahi yang terhantuk tadi, dia pandang ke bawah. Malu sendiri!
Adriel berpaling menghadap Avyanna. Dia tenung Avyanna lama-lama. Sejak tadi dia tak dengar suara Avyanna. Bantah tidak apa tidak. Diam memanjang.
"Jalan sebelah aku sini...sesat nanti tak pasal-pasal kerja lagi nak mencari kau."arah Adriel.
Avyanna angkat kepala dia dan pandang ke depan. Terus berderau darah naik dekat muka dia. Panas membahang macam apa!
"Ingat saya ni budak tadika ke.."cebik dia dengan menyampah dengan komen tu."Awak tak payah tunjuk saya boleh cari sendiri."
Adriel terus tarik lengan Avyanna supaya ke depan lalu biarkan Avyanna berdiri rapat di sebelahnya.
"Yalah tu...paling tak pun kau lari dari sini bukan ke tandas."balas Adriel.
Avyanna silangkan tangan ke dada. Macam mana Adriel tahu?Hish! Menjengkelkan betul! "Kalau saya lari sekalipun ianya tak rugikan sesiapa pun. Lagi-lagi awak. Kan awak tak suka saya. Kalau saya pergi pertunangan ni boleh diputuskan dan semua ni akan selesai." sentap dia.
Adriel seluk tangan ke dalam poket seluar masa dia membelok ke selekoh sebelah kiri depan koridor tu. "Beritahu aku...kau dari awal lagi dah tau tentang semua ni kan?"tuduh Adriel.
Dengan kening berkerut, Avyanna pandang ke sisi. "Excuse me?Awak tuduh saya set up semua ni?"
Adriel menjungkit bahu. "Mana la tau..kau selidik latar belakang aku, cari tahu siapa parent aku dan buat deal dengan dia orang supaya satukan kita.."
Pergh!
Avyanna ketap gigi dia kuat-kuat lepas dengar semua tuduhan tak berasas tu. Sesuka hati je cakap macam tu eh. Ingat dia ni psiko sangat ke sampai nak buat semua tu. "Yang awak setuju tu kenapa...boleh je awak bantah tadi." gerutunya.
"Kau sendiri tak cakap apa-apa kenapa aku? Kau nak aku seorang je yang nampak jahat dalam situasi ni?Buatkan kau mangsa keadaan macam tu?"ujar Adriel dengan sengih sinis di bibir lantas berdiri di depan sebuah pintu bilik.
Avyanna ikut berhenti dari berjalan. Dia pandang tak puas hati ke Adriel dengan kening berkerut sakit hati.
"Kalau kau nak...kau je la yang cakap. Beritahu parents kita yang kau nak putuskan pertunangan ni.."Adriel pegang tombol pintu tu lalu di pulas.
Tak terkata Avyanna dibuatnya sebab sakit hati sangat. Dah kenapa dengan Adriel? Asal lelaki ni buat perangai menyakitkan hati tiba-tiba pulak?
"Awak nak sangat ke saya putuskan pertunangan ni?"tanya Avyanna sambil selak rambut beralunnya ke belakang bahu sebab rasa panas. Satu sebab dia rasa marah dua sebab dia rasa panas dengan renungan dalam yang diberikan Adriel.
Adriel tolak pintu itu ke dalam. "Kalau itu yang kau nak dipersilakan. Bukan ke kau kata tak nak ada urusan lagi dengan aku?"dia juihkan kepala ke dalam bilik itu sebagai isyarat supaya Avyanna masuk.
Mata Avyanna bergerak ke pintu bilik tu. "Kita dekat mana ni?"tanya dia lepas sedar yang mereka berhenti depan sebuah bilik.
"Kata nak ke tandas."jawab Adriel.
Avyanna pandang ke Adriel lantas berdengus kasar. "Terima kasih."ucapnya semasa tolak pintu tandas itu ke dalam lantas di hempas sekuat hati depan muka Adriel.
Rasakan tu!
Share this novel