First Crush

Other Completed 7886

Gara-gara nak tengok semata, mereka semua sanggup bangun awal dan berebut untuk bersiap supaya tak ketinggalan. Yalah, kalau bukan disebabkan hal ni, dia orang takkan ada mood nak bangun pagi dan hadiri kelas macam zombie.

Semua ni disebabkan first crush mereka. Ya.  Orang first yang berjaya menangkap perhatian dan hati mereka.

Avyanna Rose, Miss Hottie popular dalam Fakulti Engineering and Technician. Turut dikenali sebagai Goddes Of Beauty di sosial media. Mempunyai follower yang mana hampir keseluruhannya adalah penuntut kolej. Pandai serta aktif dalam sukan.

Disebabkan itu, kebanyakan menggelar Miss Hottie mereka, Beauty with sexy brain.

Bukan saja digilai oleh pelajar lelaki saja.
Penuntut perempuan pun turut tak terlepas dari pengaruh dia.

Kalau pelajar lelaki suka cuci mata melihat kecantikan yang dimiliki.

Pelajar perempuan jadikan Miss Hottie mereka sebagai contoh dan role model mereka. Sama ada dari segi fesyen dan trend mahupun gosip serta scandal yang mereka boleh umpatkan.

Seperti biasa, kalau tak lewat maka bukan Avyanna la namanya.

"Morning prof!"sapa suara lembut tu sebaik saja masuk ke dalam bilik kuliah.

Profesor Brett yang baru saja nak mulakan kelas palingkan kepala, dia bagi renungan serius dia yang dalam pada dua orang penuntut yang sedang berdiri di tepi podiumnya.

Renna dekat sisi dah macam cacing kepanasan. Rasa serba tak kena di balik renungan menakutkan profesor yang terkenal dengan sikap tegas dan cerewet tu.

"Lewat seminit tadi..tempat kamu ada di lantai." ujar Profesor Brett.

Avyanna tersenyum manis. "Tapi tak kan." balas dia.

Profesor Brett hanya mengetap bibir menyampah dengan balasan Avyanna. Mujurla depannya ni pelajar cemerlang, kalau budak nakal lama dah dia bebel.

"Lekas...ambil tempat kamu."halau Profesor Bret sambil tunduk menyelak buku teks di meja pentasnya.

Avyanna palingkan Renna lantas jalan sama untuk naik ke tempat duduk mereka. Dan seperti biasa bilik kuliah tu pasti akan penuh dan tiada tempat duduk kosong.

Untuk Avyanna, tak. Dia tak perlu rasa risau atau takut sekiranya tiada tempat duduk. Sebabnya, di mana-mana kelas yang dia hadiri, pasti akan ada kerusi atau tempat yang di biarkan kosong untuk dia.

Seusai selesakan diri di tempat duduknya, Avyanna dan Renna mula keluarkan buku dan laptop mereka untuk kelas tersebut.

Sambil tu Avyanna pandang kiri dan kanan dia mencari seseorang. Susah payah dia bersolek untuk kelas ni, orang tu mesti ada!Kalau tak sia-sia dia bangun seawal lima pagi semata nak bersiap!

"Hei...pinjamkan aku pen."senggol Renna dekat sisi tiba-tiba.

Avyanna yang tengah pandang sekeliling tu pun tersentak. Dia palingkan kepala ke sisi lantas berbisik. "Hei..kau ada nampak dia tak?"

Renna pandang Avyanna dengan muka tak faham. "Siapa?"

Avyanna buat muka kesal. "Kau ni...tanya lagi siapa. Dia la..."

Malas nak pedulikan Avyanna, Renna capai sendiri pencil box milik Avyanna lalu dikeluarkan pen darinya sendiri.

Avyanna toleh semula untuk mencari satu-satunya wajah yang berjaya mencuri hatinya sejak tiga tahun dia berada di kolej ini. Orang yang dah buat dia tahu apa rasanya cinta pandang pertama tu. Orang yang menjadi sebab kenapa dia sanggup buang masa dia dekat sini. Sebab kenapa dia berdandan dan lawa-lawa macam ni.

First Crush dia, Adriel Kaito. Best student
a.k.a nerd Fakulti Engineering ni. Ya, dia pilih jurusan ni bukan sebab dia nak. Tapi sebab terpaksa. Gara-gara nak kejar crush dia,Avyanna sanggup harungi liku sebagai pelajar engineering yang mana bukan benda mudah.

Kebetulan sepupu dia Renna ikut belajar dekat kolej yang sama dan jurusan yang sama, dia pun on la. Tak ada la pishang sensorang dalam kelas membosankan ni!

"Baik pada hari ini kita akan belajar mengenai teori mechanism mesi-"baru je Profesor Brett bersuara, kata-kata lelaki tu berhenti setelah pintu bilik kuliahnya terbuka.

Avyanna orang pertama yang pandang ke pintu bilik kuliah tu.

"Seorang lagi lewat..."keluh Brett sambil menyilang tangan ke dada tak puas hati masa tengok pelajar lelaki berambut tak terurus dan bercermin mata bingkai bulat di tepi podiumnya.

"Maafkan saya prof."ucap pelajar lelaki tu dengan perlahan.

Professor Brett palingkan kepala ke Avyanna lantas bersuara. "Elok la...dua pelajar terbaik saya suka datang lewat...apa kata kamu berdua ni kahwin je terus. Dua kali lima je punya perangai. Huh...perangai...ubah la sikit.." bebelnya. "Jangan fikir kamu budak baik saya akan lepaskan macam tu je.."

Avyanna tersengih senang lepas tengok lelaki yang dia nantikan akhirnga datang. Lega hati dia, ingatkan ada apa-apa menimpa kesayangannya itu.

"Prof..."panggil Avyanna dengan lembut.

Professor Brett palingkan kepala dia ke Avyanna dengan kening mencerun. "Apa?"balas dia dengan jengkel.

"Sesuka saya untuk dijodohkan dengan Adriel, saya ada silibus yang nak dipelajari ni.."ujar Avyanna. Dia tak nak Brett terus menerus meleteri kesayangan dia tu lama-lama. Kesian crush dia tu!

Menyedari yang dia membuang masa, Professor Brett tersentak, lantas dia kembali memandang buku teks dia. "Sudah ambil tempat duduk kamu sana.."halau dia.

Adriel jalan mendaki tangga untuk duduk, tapi tak ada kerusi yang kosong berdekatan dengan dia. Kecuali....

"Sini...saya ada jaga tempat duduk untuk awak.."Avyanna lambai tangan dengan riang ke Adriel.

Ramai-ramai orang dalam kolej ni, cuma minah tiga suku tu je yang suka menyemakkan hidup dia. Dengan julingan mata menyampah, Adriel gerak ke tempat duduk sebelah Avyanna sebab tak ada pilihan lain.

Macam monyet baru dapat pisang, Avyanna menjadi teruja bila tengok Adriel jalan mendekati dia.

Oh yes. Honey!!!Come to mama!

Dari Adriel jalan sampaila dia duduk, mata Avyanna tak habis-habis perhatikan dia. Macam Avyanna nak telan hidup-hidup. Adriel yang rasa tak selesa palingkan kepala memandang Avyanna.

"Kau asal?Tak ada benda lain nak pandang ke?!"sentap Adriel dengan jengkel. "Rimas betul!"renggusnya sewaktu kembali ke depan bersama kening mencerun tak puas hati.

Avyanna diam tak membalas. Ya, selama tiga tahun dia cuba dekati Adriel. Selama tiga tahun tu la ini la perkara yang selalu dia hadap. Semua orang dalam kolej ni sukakan dia. Tapi cuma seorang je yang anti dia.

Iaitu Adriel.

Lelaki ni bersikap dingin pada dia yang mana buatkan Avyanna semakin nekad nak buatkan Adriel sukakan dia.

Now or later, lelaki ni dia yang punya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience