BAB 18

Action Completed 2194

"Akhwa, memang benarlah kata kau. Hakka dapat kekuatannya dari bayi tu," kata seorang wanita.

Akhwa hanya tersenyum. Bagaimana dia tahu itu adalah rahsianya sahaja.

"Tapi aku peliklah. Kau memang nak sangat ke bayi ni? Bukan ke kau dah cukup kuat? Aku rasa Yaki pun bukan lawan kau," wanita tersebut hairan.

"Kau tak paham. Bayi tu akan bagi aku lagi kuat daripada Jorav dan Harmy. Aku akan jadi pemimpin untuk kedua-dua sekolah ni," kata Akhwa dalam nada yang angkuh.

"Siap sediakan seramai mungkin orang kita, kita akan ada misi penting dalam masa seminggu lagi" arah Akhwa kepada wanita tersebut.

"Baiklah," wanita tersebut tidak membantah.

Keistimewaan pada bayi tersebut hanya diketahui oleh wanita tersebut dan Akhwa. Sememangnya Akhwa menginginkan bayi tersebut jatuh ditangannya.

-------------------------------------------------------

Kayaki memandang beberapa kepingan gambar dia bersama Fawa 3 tahun lepas. Sememangnya rasa sayang pada Fawa tidak dapat dihilangkan. Kayaki tinggal secara seorang diri di rumahnya kerana ibu bapanya telah bercerai dan masing-masing tidak mahu menjaga Kayaki kerana mempunyai kehidupan sendiri.

Kayaki membesar seorang diri tanpa ditemani oleh sesiapa. Mujurlah stok makanan di rumahnya bertahan untuk beberapa tahun sehinggalah Kayaki menginjak remaja.

"Fawa..."

Kayaki memeluk gambar tersebut. Rindunya pada Fawa amat tinggi.

Kemudian Kayaki ternampak ada sekeping gambar lagi di dalam kotak yang dibukanya tadi. Kayaki melihat gambar itu. Dia bergambar dengan bekas kekasihnya dahulu yang telah merosakkan hubungan dia dengan Fawa.

Kayaki berasa marah apabila teringatkan bekas kekasihnya.

"Ra....,"

--------------------------------------------------

"Jom balik, Bora," Hakka sudah penat. Waktu semakin menginjak ke malam.

Ramai orang awam mula pulang pada waktu itu. Faeza pun sudah pulang. Hanya Haira yang masih memerhatikan Hakka dari jauh.

"Aaakakaka," Bora berasa penat.

Hakka berjalan pulang ke rumah. Haira mengekori dari belakang.

Masa yang diambil hanyalah 5 minit untuk sampai ke rumah, tidaklah jauh mana.

Ini rupanya rumah Hakka. Bisik Haira dalam hati.

"Nak apa?" tanya Hakka tanpa menoleh ke belakang.

Haira tersentak. Kewujudannya telah dapat dikenal pasti!

"Emm, hebat Hakka. Dah lama aku tunggu kau," suara misteri menyapa telinga Hakka dan Haira.

Nasib baik family Hakka belum pulang termasuk adiknya, Kunira. Hanya dia saja berada di situ.

"Kau dah tau ke rahsia kekuatan kau?" seorang lelaki yang memakai mask muncul di tepi Hakka.

Haira hanya memasang telinga.

"Tak penting untuk kau tau," jawab Hakka.

"Yaaaabaaa," Bora bersuara.

"Kau tau, bayi tu yang kasi kau kekuatan luar biasa. Dalam erti kata lain, kau tak kuat pun sebenarnya," provok lelaki bertopeng tersebut.

Haira terkejut mendengar rahsia Hakka. Bayi beri kekuatan? Sebab tu ke dia asyik melekat dengan bayinya? Patutlah dia tewas semalam kerana bayi itu tidak bersamanya.

Hakka pelik kerana rahsianya diketahui orang. Asfad beritahukah? Mustahil! Dia sekarang sedang bercuti di luar negara bersama keluarganya.

"Maaf kalau saya agak biadap, boleh serahkan bayi tu?" tanya lelaki bertopeng itu.

Hakka bersiap sedia untuk berlawan.

"Atatata..Baaaboooo...Raa," Bora tidak mahu.

Haira ingin membantu Hakka. Ini kerana Hakka tewas dalam pertarungan semalam. Walaupun bayi itu sudah berada di belakangnya, Haira masih kurang yakin. Bayi special?

"Lupa pula kau dah jadi degil sekarang, Hakka,"

Hakka melancarkan tumbukan ke arah lelaki bertopeng tersebut yang masih belum bersedia.

Tumbukan Hakka sipi-sipi mengenai pipinya. Lelaki bertopeng sedikit gusar.

"Memang aku degil. Kau bukan siapa-siapa bagi bayi ni," ujar Hakka.

Lelaki bertopeng berundur untuk seketika. Tidak mahu melancarkan sebarang serangan.

"Baiklah, aku bagi kau tempoh seminggu je. Kalau kau tak nak serahkan baby tu, aku akan ambil secara paksa," ujar lelaki bertopeng penuh ugutan sebelum berjalan keluar daripada rumah Hakka meredah malam.

Haira cepat-cepat sorok di sebalik timbunan sampah yang berada di tepi rumah Hakka itu. Haira menyaksikan sesuatu yang hebat. Jadi betullah Hakka orang yang mereka cari selama ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience