BAB 20

Action Completed 2194

-Hari Kelima cuti persekolahan-

"Alamak, hujanlah Bora. Tak boleh nak keluar pergi taman permainan," kata Hakka.

Bora sudah bosan bermain Fifa dan paling tinggi Bora boleh skor adalah 3 gol. Bora menunjukkan peningkatan sejak akhir-akhir ini.

"Ayataaa...Kaa..Bobo..Ba," Bora marah kerana dia tidak dapat keluar rumah. Bora menarik-narik muka Hakka.

"Adoi, sakitlah Bora," Hakka memgang badan Bora.

"Ohoo buli aku eh. Meh sini aku buli kau pula," Hakka menggeletek Bora. Bora ketawa tak henti-henti.

"Hakka, mari makan," Hatimah memanggil Hakka untuk breakfast. Hatimah terlewat menyediakan sarapan kerana bangun lewat.

Seluruh keluarga berkumpul di atas meja termasuk Bora. Bora nampaknya sudah lapar. Hidangan mereka pada hari itu adalah nasi minyak dan ayam masak merah. Sedap tu!

"Kaaaa...Bababa," Bora meminta dirinya disuap. Hakka mengambil sesudu nasi lalu disuapkan ke dalam mulut Bora.

Hatimah dan Helman yang melihat gelagat mereka berasa geli hati. Hakka seperti seorang ayah!

"Amboi amboi. Mana isterinya," usik Kunira.

Hakka sibuk menyuap makanan ke dalam mulut Bora. Tidak mendengar persoalan daripada adiknya.

Helman dan Hatimah mula makan makanan yang terhidang. Kunira pun mula makan. Malas mahu melayan abangnya yang kusyuk melayani Bora pada waktu hujan-hujan begini.

Pada waktu petang, hujan perlahan-lahan mula berhenti. Bora mengajak Hakka untuk berjalan-jalan.

"Taaaa...Yaaa.....Baaa,"

"Ye ye ye. Sat aku nak pakai seluar," pesan Hakka.

"Mak, kitorang keluar dulu,"

"Ok, hati-hati Hakka."

Sekali lagi Bora dan Hakka pergi ke taman permainan. Kali ini taman permainan hanya dikunjungi seorang lelaki misteri. Hakka rasa seperti pernah berjumpa dengannya. Tapi di mana ek?

Lelaki tersebut menghampirinya. Hakka bersiap-sedia bagi sebarang kemungkinan.

"Lama tak jumpa, Hakka,"

"Kau macam kenal aku. Tapi aku tak kenal kau. Kau siapa eh? Rasa macam pernah jumpa," kata Hakka spontan.

Lelaki misteri tersebut ketawa mendengarnya. Boleh lupa ye?

"Panggil aku Kayaki,"

Hakka berfikir untuk seketika. Cuba mengingati empunya nama Kayaki.

"Err nama pernah dengar, yang mana satu?" Hakka bertanya lagi. Betul-betul lupa habis ni.

Kayaki hanya gelak. Tak sangka Hakka sudah melupakannya.

"Well, pertarungan kau dengan aku belum selesai lagi," kata Kayaki.

"Oh yea? Marilah," cabar Hakka.

"Naanti, Kayaki jangan bergaduh," kata Ash.

Hakka dan Kayaki memandang Ash. Ash cuba untuk menghentikan pertarungan ini.

"Jangan hentikan aku Ash. Lelaki ni tak guna! Tu mesti anak kau dengan Fawa kan?!" herdik Kayaki.

Fawa? Siapa pula tu? Getus Hakka dalam hati.

"Kau dah buat dia hamil, memang aku takkan maafkan kau!" Kayaki seperti hilang akal. Tumbukannya digenggam.

Hakka menghalakan penumbuknya ke muka Kayaki dan Kayaki menghalakan penumbuknya ke muka Hakka.

Baam!

Kedua-dua tangan Hakka dan Kayaki ditahan oleh Ash. Hakka terkejut melihatnya. Kuatnya lelaki ni!

"Tak perlu untuk bergaduh di sini, atau aku akan masuk campur," Ash memberikan amaran.

Hakka menjarakkan dirinya dengan Ash. Begitu juga Kayaki.

"Lain hari, tanpa Ash. Aku akan bunuh kau," pesan Kayaki.

Hakka macam pernah melihat Kayaki dan juga Ash. Tapi di mana ye? Mujurlah Hakka mempunyai memori ikan emas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience