BAB 10

Action Completed 2194

"Err Hakka, boleh aku tanya?" Ayie meminta izin.

"Apa?" tanya Hakka.

"Siapa baby kat belakang kau tu?"

Hakka memandang bayi comel dibelakangnya itu. Tangannya memaut kuat di bahagian belakang badannya. Rasa sakit sikit pun ada.

"Entahlah Ayie. Aku jumpa dia kat dalam bilik aku. Ramai yang tak tau kewujudan bayi ni. Asal usul dia pun kami tak tau. Malam tu hampir perang besar antara mak aku dengan bapa aku," Hakka mengeluh.

"Apsal dia ikut kau? Letak jela kat rumah dulu," tanya Ayie lagi.

"Ada dua sebab. Pertama family aku taknak jaga. Sebab mood diorang belum baik lagi. Kedua, baby Bora ni asyik ikut aku je. Aku tak taulah dia ni dah berapa bulan tapi dia dah boleh berjalan," ujar Hakka.

"Bora?" Ayie janggal mendengarnya.

"Oh, nama baby ni,"

"Taaaataaa...Boooo...Rarara....Akaka..," Bora mula bersuara.

"Hahaha baby ni comellah," Ayie cuba mengusiknya.

Bora secara tiba-tiba menggigit jari Ayie. Ayie menjerit kesakitan.

"Waduh, sakit banget! Ouch ouch ouch awww shit," habis segala bahasa terpacul keluar daripada mulut Ayie.

Hakka hanya menggelakkan Ayie. Tiada bantuan yang dihulurkan. Tak prihatin betul! Getus Ayie dalam hati.

Secara tiba-tiba ada seorang senior memasuki kelas Hakka dengan renungan tajam. Pelajar lain hanya mendiamkan diri.

"Hakka, ikut saya sekarang juga," seorang lelaki berbadan besar dan sado memanggil Hakka. Namanya Shad.

Hakka hanya menuruti sahaja. Dia tidak berani melawan. Kalau tidak, dia akan dibelasah oleh gengster yang lain.

Shad membawa Hakka ke belakang sekolah. Tiada sesiapa di situ melainkan mereka berdua.

"Kenapa ni?" Hakka bertanya. Seakan-akan bakal ada suatu perkara buruk yang akan berlaku.

"Kau kan dalam gambar ni? Kau berbual dengan pelajar dari ST.HARMY ke?" tanya Shad sedikit garang.

Hakka mengangguk. Namun apakah kesalahannya? Dia ingat-ingat lupa. Rasanya Asfad ada bagitau dia kelmarin.

"Sah kerja kau, sebab kaulah nanti akan ada peperangan!" Shad mula memanaskan bahunya.

"Taaaaa...Bobo....Raaaaa....Aaakkaa..," bayi comel itu seperti mahu memarahi Shad.

"Tak sangka kau ada anak sekarang eh? Siapa maknya? Belum cukup umur lagi kau dah buat semua ni eh, kau memang memalukan pelajar ST.JORAV!" Shad menggenggam penumbuknya. Bersiap sedia untuk menumbuk Hakka.

"Eh nanti dulu," Hakka cuba berdalih.

Namun Shad telah melancarkan tumbukannya. Berkali-kali. Nasib baiklah Hakka dapat mengelaknya dengan mudah.

"Taaa....Baaa...Abababa....Akaa...Roooo,"

Hakka seperti merasakan ada sesuatu yang mengalir di dalam tubuhnya. Apakah ia?

"Jangan elak Hakka!" Shad menjerit sambil penumbuknya dihalakan ke muka Hakka.

Hanya untuk beberapa seketika, Shad berhenti daripada menyerang Hakka. Shad berpeluh dengan banyak.

Tangannya ditahan oleh Hakka. Shad terkejut. Bagaimana Hakka boleh menjadi kuat sebegini?

Hakka pun terkejut dengan tindak balasnya. Dia tidak menyangka dia mempunyai kekuatan sedemikian. Bagi Hakka, inilah peluangnya untuk menumpaskan Shad.

"Baiklah, masa untuk counter attack," Hakka memberikan isyarat untuk menyerang Shad.

Hakka menghalakan penumbuknya tepat ke muka Shad. Shad tidak sempat menahannya. Tumbukan tersebut terlalu laju dan kuat! Akhirnya Shad terpelanting jauh dan rebah di situ.

"Fuh, hebatnya aku," Hakka bersorak kegembiraan.

"Kaaaa bobaaaa....Boo..Raaraa..Aataa," Bora juga bersorak dengan kemenangan Hakka.


******

"Eh mana Hakka?" Asfad bertanya. Dia hanya pergi ke tandas untuk seketika. Namun apabila dia pulang ke kelas semula, dia tidak nampak kelibat Hakka.

"Tadi Shad panggil dia," jawab Ayie.

"Apa?" Asfad terkejut. Kalau Shad yang panggil, mesti bertumbuklah tu jawabnya.

"Yo geng," Hakka menyapa Asfad dan Ayie daripada belakang. Terkejut mereka dibuatnya.

"Eh kau tak cedera? Mana Shad?" tanya Ayie sedikit pelik.

"Dia tengah tidur kat belakang sekolah," Hakka menjawab dengan spontan.

Tidur? Mustahil! Adakah Hakka.......

"Kau kalahkan Shad??" tanya Ayie tidak puas hati lagi.

Hakka hanya memberikan simbol isyarat bagus. Bora yang melihat simbol tangan yang ditunjukkan oleh Hakka dengan cepat menirunya. Bora juga menunjukkan simbol bagus.

"Waah, hebat. Baby ni cepat belajar," puji Asfad.

"Bobobobo...Raaa...Atata...Akaa," Bora seakan-akan memahami Asfad memujinya.

"Seriuslah kau? Shad tu kut. Setahun tua daripada kau. Bukan kau ni....pakar melarikan diri ke?"

"Hahaha, tu dulu. Skang aku dah lain," Hakka cuba meyakinkan dirinya.

Hakka juga berasa pelik. Dari mana kekuatan luar biasanya datang? Hakka memandang Bora yang berada di belakangnya. Takkanlah punca dari dia. Getus Hakka di dalam hati.

Pelajar yang berada di dalam kelas Hakka masing-masing telah memulakan 'bawangnya'. Mereka berasa amat pelik apabila Hakka pulang tanpa sebarang kecederaan. Shad bukan sembarangan orang.

Gosip berkaitan kekalahan Shad cepat sungguh tersebar sehingga ke seluruh sekolah. Raka juga mengetahui gosip yang diberitahu oleh Kadem. Shad yang sedar daripada pengsannya terus bangun untuk berjumpa dengan bos.

"Shad, oh Shad. Dengar citer kau kalah dengan Hakka?" bos bertanya.

Shad sudah menghampakan bosnya. Bosnya tidak suka akan kekalahan!

"Err, si Hakka tu, saya tak tau di mana dia dapat kekuatan yang luar biasa dia tu. Saya ingatkan dia memang lemah," Shad cuba menceritakan perkara sebenar.

"Kekuatan luar biasa? Secara tiba-tiba?" bos berasa pelik.

"Kadem!" panggil bos.

Kadem cepat-cepat masuk dalam bilik bosnya.

"Ye? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya Kadem.

"Anak buah kau ada amik gambar si Hakka dengan beberapa orang student ST.HARMY kan? Kau tau tak kenapa Hakka berjumpa dengan diorang?"

"Menurut anak buah saya, Hakka sedang menjalani satu latihan khas untuknya meningkatkan keberanian dan kekuatan. Dia bersama dengan kawannya, Asfad ketika itu," Kadem menjelaskan.

"Oh? Tingkatkan kekuatan. Menarik bunyinya. Asfad pun ada sekali ye? Tak nampak pula dia dalam gambar ni,"

Bos menyusun semula beberapa keping gambar di atas mejanya. Dilihatnya muka satu persatu.

"Kumpulkan anak buah kau, habis sekolah nanti suruh Asfad dan Hakka berjumpa aku,"

"Baik bos," Kadem segera beredar dari situ. Kadem dapat merasakan kemarahan pada raut muka bosnya. Bukan satu petanda yang baik!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience